28

3.1K 153 13
                                    


Masih ingat ketika Liam mengatakan hanya dia yang tahu sisi sebenar Daniel?

Sisi gelap yang tiada siapa tahu sekalipun Izam.

Mungkin ini agak sedikit memusingkan cerita. Memutar balikkan alur. Bagai menyelak kembali kertas yang sudah dipenuhi tinta.

Rahsia gelap yang sudah disimpan berdekad daripada sebuah keluarga. Keluarga besar yang selalu muncul disetiap sesi berita.

Keluarga yang menerapkan nama Rastor disetiap anak, cucu hingga ke cicit.

Mereka mempunyai satu rahsia besar yang hanya diketahui oleh orang yang telah menjadi salah satu daripada darah daging mereka.

Adakah sebuah syarikat besar dengan cawangan-cawangan kecil yang menjadikan keluarga ini kaya?

Jika ditanya orang awam, mereka pasti akan menjawab ya.

Tetapi, jika ditanya kepada keluarga itu sendiri. Mereka mungkin akan menjawab ya dimulut. Tetapi tidak dihati.

Syarikat yang menjadi turun temurun bagi setiap waris keluarga hanyalah ibarat sehelai kain putih yang menutup kegelapan didalamnya.

Syarikat itu memang berfungsi dengan baik. Tetapi dibawah syarikat itu terdapat satu ruangan besar yang menyimpan seribu satu rahsia.

Mereka menanam biji benih kegelapan dibawah syarikat itu.

Keluarga Rastor memang dipandang baik oleh semua orang. Banyak memberikan sumbangan, membangunkan sekolah, pusat kebajikan, pusat membeli-belah.

Tetapi itu hanyalah sebuah penggelap mata orang awam dan pihak berkuasa daripada mengetahui bahawa mereka adalah sebuah

Keluarga mafia yang sudah lama berkembang. Jauh lebih kedepan daripada pihak berkuasa yang lain.

Mempunyai hak sepenuhnya dalam urusan jual beli dan perdagangan drugs, human trafficking.

Pembunuhan dan keganasan lain adalah normal didalam keluarga ini.

Salah satu ahli keluarga yang telah menjadi waris ke-19 keluarga Rastor adalah Daniel Rastor.

Anak kandung daripada waris sebelumnya. Mempunyai seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang dan ayah yang sentiasa tegas.

Mungkin Daniel mengikuti sifat ayahnya memandangkan dia sudah dilatih dari kecil agar dapat menjadi waris yang baik oleh ayahnya sendiri. Ibunya pula tergolong diantara orang yang sangat pelembut dan akan menjadi benteng pertama jika Daniel dimarahi oleh ayahnya.

Jelas sifat ayah dan ibu Daniel sepenuhnya berbeza tetapi entah bagaimana hubungan kedua orang itu sentiasa harmoni.

Walaupun Daniel mahir dari segi yang lain. Tetapi, yang jelas membina suatu hubungan bukanlah kemahiran Daniel.

"Should I take over from here boss?" William bertanya kepada Daniel.

"No, let me do this alone."

Sebenarnya, Daniel boleh sahaja menyuruh anak buahnya untuk membawa Izam dan Gio ke hadapannya dan berlutut dikaki nya.

Tetapi, keluarga Rastor tidak akan pernah berbuat sedemikian. Keinginan mereka hendaklah dicapai atas usaha sendiri. Kehadiran anak buah hanyalah untuk melicinkan rancangan.

Daniel masih ingat reaksi ibu bapa nya ketika mendapat berita bahawa Izam dan Daniel telah berpisah.

• 𝙁𝙡𝙖𝙨𝙝𝙗𝙖𝙘𝙠 •

" I don't care what you think right now. Bawa Izam pulang ke rumah ni! Be responsible about the pregnancy! I want to see my grandchild."

" Being a Rastor doesn't mean you can get everything in this world. I can blacklist your name within a second from this family."

𝘽𝙚𝙞𝙣𝙜 𝙝𝙪𝙧𝙩 (𝙢𝙥𝙧𝙚𝙜) ✓Where stories live. Discover now