Umai, Ghazwan, Khai dan Ibrahim mendengar suara jeritan Mimi kuat dari dapur. Mereka yang terkesan dengan jeritan tersebut, segera pergi ke dapur untuk melihat keadaan Mimi. Terkejut apabila melihat Mimi terbaring di atas lantai dapur dengan darah melimpah dan masih terus mengalir. Terkejut lagi mereka apabila melihat sebuah kepala sedang mengkoyak-koyakkan kulit Mimi dengan giginya. Ibrahim yang melihat keadaan tersebut, terus menggapai batang penyapu dan memukul kepala itu ketepi. Setelah kepala itu dipukul, tiba-tiba kepala itu lenyap begitu sahaja. Ghazwan datang menghampiri Mimi untuk periksa keadaan Mimi, malangnya Mimi sudah lagi tidak bernyawa. Setelah Ghazwan memberitahu semua tentang keadaan Mimi, semua terkejut dan Umai pula jatuh terduduk dan menangis kerana tidak menyangka hal ini berlaku terhadap Mimi.
Ghazwan menyuruh Ibrahim untuk panggil Mashitah untuk membincangkan tentang situasi terkini yang semakin berbahaya. Ibrahim pun menuju ke bilik Mashitah untuk memanggil tetapi Mashitah tiada di bilik tersebut. Ibrahim pun mula mencari di sekitar kawasan rumah kayu Maryam, malangnya masih lagi tidak menemui Mashitah. Ibrahim kembali semula ke dapur dan memberitahu Ibrahim bahawa dia tidak berjaya menemukan Mashitah.
" Ke mana pula Cik Mashitah pergi dalam keadaan macam ni?" - keluh Ghazwan sambil duduk bertonggeng di mayat Mimi.
" Jadi sekarang apa kita nak buat. Takkan kita nak duduk diam je dekat sini." - kata Khai yang mula berasa takut.
" Rilek, rilek. Ibrahim kau tolong call Ustaz Kamarul. Kita betul-betul perlukan bantuan dia sekarang." - perintah Ghazwan kepada Ibrahim.
" Baik, baik. Aku call." - kata Ibrahim sambil mengeluarkan telefon pintarnya dari poket.
Ibrahim pun kemudiannya membuat panggilan telefon. Pada mulanya, panggilan pertama tidak dijawab oleh Ustaz Kamarul. Ibrahim pun membuat panggilan kali kedua, hasilnya masih sama. Panggilan untuk kali ketiga diteruskan tetapi gagal kerana secara tiba-tiba telefon pintar Ibrahim tidak mendapat talian. Ibrahim pun memberitahu Ghazwan bahawa dia gagal untuk menelefon Ustaz Kamarul. Ghazwan mula kebuntuan dan tidak lagi tahu untuk membuat apa pada waktu dan situasi yang dihadapi oleh mereka berlima.
" Arghhh, aku tak boleh hidup macam ni. Korang nak stay dekat rumah ni, korang stay lah. Aku gerak dulu." - tegas Khai yang mula cuak akan situasi yang dihadapinya sekarang.
" Kau boleh rilek tak? Kau tahu nak lepas bahagian kau je." - tegas pula Ghazwan setelah lama bersabar dengan sikap Khai.
" Kau nak aku rilek dengan keadaan macam sekarang ni? Eh, kalau letak anjing dalam situasi macam ni, anjing pun tak boleh tahan." - kata Khai dengan nada marah.
" Jadi, kau dengan anjing tu lebih kurang lah?" - perli Ghazwan.
" Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!" - marah Khai sambil menunjukan penumbuknya.
" Sudah! Dalam keadaan macam ni pun korang nak bergaduh." - jerit Umai untuk menghentikan pergaduhan diantara Khai dan Ghazwan.
" Arrghhh, lantak korang lah, aku gerak dulu." - tegas Khai sambil melangkah keluar dari dapur tersebut.
Khai pun memasuki biliknya dan mula mengemas barang-barangnya. Ibrahim cuba untuk menghentikan niat Khai untuk keluar dari rumah kayu Maryam tapi pujukan Ibrahim tidak mendatangkan hasil.
Setelah Khai siap mengemas barang nya, dia pun melangkah keluar dari rumah kayu Maryam tersebut. Ibrahim datang ke arah pintu keluar dan bertanya tentang kendaraan yang akan dinaiki oleh Khai.
" Kau nak pergi naik apa, Khai?" - tanya Ibrahim.
" Naik apa lagi, naik van ni lah!" - tegas Khai.
" Habis tu kitorang ni macam mana?" - tanya Ibrahim kerana itu satu-satunya kenderaan yang mereka guna untuk sampai ke rumah kayu Maryam.
" Korang kan nak stay dekat rumah ni sampai mati." - kata Khai dengan bongkaknya.
Khai terus menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanannya. Ibrahim hanya melihat dari jauh sahaja kerana tiada apa lagi yang mampu Ibrahim lakukan untuk menghalang niat Khai untuk keluar dari rumah kayu Maryam.
*****************************
Sepanjang perjalanan Khai memandu, jalanan kelihatan gelap gelita. Lampu jalan kelihatan tidak berfungsi pada hari tersebut. Sepanjang Khai memandu, tiada sebarang kereta melintasnya mahupun bertembung dengannya. Rumah-rumah kampung di tepi jalan juga gelap dan tidak berlampu seakan-akan tidak berpenghuni. Semua ini menyebabkan perjalanan Khai berasa sangat sunyi. Oleh disebabkan itu, Khai menghidupkan radio untuk meriuhkan suasana yang sunyi itu. Tapi malangnya radio tidak berfungsi dengan baik seakan-akan tiada isyarat radio. Khai bercadang untuk memasang lagu dari telefon pintarnya sahaja. Khai pun mencari telefonnya sambil memandu van. Dalam cari-mencari rupanya telefon pintar Khai terjatuh di lantai kerusi sebelahnya. Khai cuba untuk mengapai telefonnya yang berada di atas lantai sambil memandu tapi agak sukar mencapainya. Dalam sibuk menggapai telefonnya, tiba-tiba, Khai terdengar bunyi lori menghon. Khai melihat ke hadapan, dan terkejut Khai melihat kelibat hitam yang berlumuran darah berdiri di hadapan vannya dalam masa yang sama terlihat sebuah lori sedang menuju pantas ke arah van Khai. Van Khai dilanggar oleh lori besar tersebut dan menyebabkan van Khai remuk dalam keadaan yang teruk sekali.
*****************************
Mayat Mimi ditutup dengan selimut untuk menghormati jenazahnya. Ibrahim, Ghazwan dan Umai berkumpul di ruang tamu sambil memikirkan solusi. Mereka semua sudah pening kepala kerana tidak tahu mahu melakukan apa. Telefon tiada talian, kenderaan untuk pergi ke rumah Ustaz Kamarul juga tiada tambahan lagi rumah Ustaz Kamarul jauh dari rumah kayu Maryam, yang paling rumit apabila Mashitah hilang secara tiba-tiba sedangkan Mashitah yang paling faham akan situasi yang terjadi sekarang.
" Macam ni lah, biar aku pergi rumah Ustaz Kamarul jalan kaki." - kata Ghazwan.
" Kau biar betul, jauh kot rumah Ustaz Kamarul dari sini." - kata Umai menjelaskan keadaan.
" Tapi kita tak boleh duduk diam dekat sini je." - jelas Ghazwan.
" Aku setuju dengan Ghazwan. Apa-apapun kita perlukan Ustaz Kamarul dalam situasi macam ni." - setuju Ibrahim terhadap Ghazwan.
" Baiklah aku gerak dulu, kalau aku jumpa motor ke kereta aku minta tumpang lah nanti." - kata Ghazwan sambil bangun dari sofa.
Ghazwan pun menuju ke pintu keluar. Tiba saja ke pintu keluar, tiba-tiba, pintu tersebut tertutup sendiri dengan hentakan yang kuat. Mereka bertiga mula berasa panik. Kemudian, semua tingkap dan pintu keluar belakang tertutup dengan sendiri. Mereka bertiga cuba memecah buka pintu dan tingkap untuk keluar dari rumah tersebut tapi hasilnya seperti ada sesuatu yang besar menahan setiap tingkap dan pintu. Ghazwan bertambah khusut bila mereka tidak boleh keluar dan harapan meminta bantuan Ustaz Kamarul terputus begitu sahaja. Umai dan Ibrahim yang melihat Ghazwan, mula merasakan yang sama.
Bersambung . . .

ANDA SEDANG MEMBACA
Karun Maryam
HorrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...