Bab Akhir : Kembalinya Mashitah

761 65 32
                                    

Khai keseorangan di  dalam bilik. Khai mula rasa ketakutan berada seorang diri di dalam bilik hospital tersebut. Khai cuba mencari telefon untuk membuat panggilan dengan Ustaz Kamarul. Malangnya, telefon Khai rosak teruk akibat kemalangan yang dihadapi oleh Khai sebelum ini.

Tiba-tiba lampu di luar bilik, bercahaya berkelip-kelip. Di saat lampu bercahaya, Khai dapat melihat susuk bayangan hitam di luar pintu. Tapi pandangan itu kabur kerana cermin pintu yang mempuntai tekstur kabur. Di saat lampu malap, susuk bayangan hitam itu hilang. Dengan kejadian tersebut, Khai dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dan seram. Walaupun Khai merasakan semua itu, dia tidak tahu ingin melakukan apa. Fikirannya menjadi kosong dan buntu.

Terlintas dalam fikiran Khai untuk memberanikan diri membuka pintu tersebut. Perlahan-lahan Khai menuju ke arah pintu tersebut. Tiba sahaja di pintu, Khai terus membuka pintu. Malangnya, tiada sesiapa pun di sebalik pintu. Khai bertambah cuak.

Tiba-tiba, Khai mendengar bunyi bisikan memanggil namanya dari arah belakangnya. Khai berasa takut untuk menoleh ke belakang. Tetapi lebih menakutkan jika Khai tidak mengetahui apa yang memanggilnya dari belakang. Jadi, Khai terpaksa beranikan diri untuk menoleh ke belakang.

Khai menoleh ke belakang dan terkejut. Satu susuk hodoh yang sedang terapung di belakangnya. Khai terus pergi ke arah pintu bilik untuk melarikan diri tetapi niatnya terhalang kerana pintu itu tidak boleh dibuka seakan-akan telah dikunci. Makhluk itu datang menghampiri Khai dalam keadaan terapung secara perlahan. Khai buntu dan tiada arah tuju untuk melarikan diri. Khai menoleh ke kiri dan memejam matanya kerana ketakutan. 

Makhluk itu sekarang berada betul-betul di hadapannya. Makhluk itu mencekik leher Khai dan mengangkat Khai ke udara. Cekikan makhluk itu amat kuat hingga membuat muka Khai kemerah-merahan. Khai meronta-ronta untuk melepaskan diri kerana dia tidak dapat bernafas dengan baik.

" Ini masanya untuk kamu mati." - kata makhluk itu sambil terus-menerus mencekik Khai.

" Tidak sabar aku ingin merasai hembusan terakhir kamu. Tak perlu kamu berusaha untuk bernafas. Menyerah saja kerana nyawa kamu sudah tertulis di tangan aku." - kata makhluk itu dan kemudiannya dia ketawa besar.

Khai terus-menerus meronta kerana dia memikirkan itu adalah satu-satunya solusi untuknya untuk melepaskan diri dari cekikan makhluk itu dan terus hidup. Semakin lama Khai dicekik, rontaan Khai menjadi semakin perlahan dan akhirnya Khai tewas di tangan makhluk tersebut.

***************

Ustaz Kamarul, Umai, Ghazwan dan Ibrahim akhirnya tiba ke hospital. Mereka bergegas ke arah bilik Khai. Ustaz Kamarul segera membuka pintu bilik Khai dan terkejut melihat Khai sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ustaz Kamarul meminta Ghazwan untuk memanggil doktor.

Selepas beberapa minit, doktor tiba dan mengangkat Khai ke atas katil dan meminta Umai, Ghazwan, Ibrahim dan Ustaz Kamarul untuk tunggu di luar sementara doktor cuba untuk mengembalikan nyawa Khai. Mereka menunggu di luar dalam keadaan risau dengan keadaan Khai. Sebelum doktor menyuruh mereka tunggu di luar, doktor tidak dapat merasai degupan dan nafas Khai tetapi doktor masih mahu cuba kerana keadaan Khai seperti itu baru sahaja berlaku. Ustaz Kamarul sangat risau dengan keadaan Khai kerana Ustaz Kamarul menganggap seakan-akan ini semua adalah salahnya. Hal ini kerana, jika Ustaz Kamarul tidak meninggalkan Khai begitu sahaja, mesti keadaan Khai tidak jadi seperti ini. 

Setelah 32 minit mereka menunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik tersebut. Ustaz Kamarul terus bangun dari tempat duduknya dan bertanya kepada doktor tentang keadaan Khai.

" Doktor, macam mana dengan keadaan Khai? Semua okey kan doktor?" - tanya Ustaz Kamarul dengan penuh kerisauan.

" Kami minta maaf, kami sudah sedaya upaya untuk menyelamatkan Encik Khai. Sayangnya, Encik Khai memang sudah dalam keadaan lemah dan ditambahkan lagi dengan keadaan Khai yang kurang oksigen menyebabkan dia tidak dapat diselamatkan." - jelas doktor kepada Ustaz Kamarul dan tiga kawan Khai.

Karun MaryamWhere stories live. Discover now