Bab 6 : Bali Maneh

903 56 7
                                        

Maryam rasa sengsara apa yang terjadi pada kehidupannya. Maryam tidak nampak masa depannya akan jadi sebegini teruk. Setiap hari Maryam dimarahi dan dipukul oleh mak cik nya sendiri, Aliyah. Ada masanya, Maryam dikurung di dalam bilik dan tidak diberi makan. Pak Uda nya, Nabil pula sering merogol Maryam sehingga Maryam tidak lalu untuk lawan desakan Nabil.

Maryam sudah ada kata putus. Maryam berazam untuk lari dari rumah Pak Uda dan Mak Uda nya. Malam itu, Maryam sudah pun menyusun strategi untuk keluar dari rumah tersebut. Malam itu merupakan waktu yang sangat sesuai untuk Maryam lari kerana Pak Uda dan Mak Uda pergi ke bandar untuk urusan pembahagian harta arwah ibu bapa Maryam. Maryam mencari kunci pintu utama rumah tersebut secara tergesa-gesa kerana takut jika Pak Uda dan Mak Uda pulang awal sehari. Setelah giat mencari, Maryam menjumpai kunci pintu tersebut yang tersimpan di dalam laci kabinet ruang tamu. Maryam segera pergi ke pintu utama dan membuka kunci pintu itu. Maryam segera lari dari rumah tersebut.

Maryam berlari dan mencari perhentian bas berdekatan. Sampai saja disitu, Maryam menunggu untuk bas ataupun teksi datang berhenti di perhentian bas tersebut. Setelah beberapa minit menunggu, sebuah teksi berhenti di situ. Maryam terus masuk dan memberitahu lokasi yang ingin dia tuju kepada pemandu teksi tersebut. Lokasi yang Maryam maksudkan ialah rumah Mak Wan, isteri kepada Pak Kabu. Sepanjang perjalanan pergi ke rumah Mak Wan, Maryam memikirkan nasib malangnya setelah ketiadaan ibu bapanya sehingga menyebabkan Maryam menangis pilu.

*******************************

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya Maryam tiba ke destinasinya, rumah Mak Wan. Mak Wan yang mendengar bunyi enjin kereta dari luar, terus melihat siapa yang datang ke rumahnya pada waktu malam begini. Maryam membuka pintu kereta dan keluar dalam riak wajah yang kusam dan sedih. Mak Wan terus membawa Maryam masuk ke dalam rumahnya.

Mak Wan tertanya kenapa Maryam datang ke rumahnya. Walaupun berkali-kali Mak Wan menanyakan Maryam, Maryam memilih untuk membisukan diri. Kemudian, Mak Wan melihat keadaan Maryam yang berparut satu badan. Mak Wan mula risau dengan keadaan Maryam yang berparut. Oleh disebabkan itu, Mak Wan bertanya tentang apa yang sudah terjadi pada Maryam tetapi Maryam masih membisukan diri. Mak Wan pun membiarkan Maryam di biliknya. Mak Wan berfikir, kemungkinan Maryam memerlukan masa untuk bersendirian sementara waktu.

*******************************

Maryam mengambil tuala dan bergerak ke bilik air untuk mandi. Dalam perjalanan ke bilik air, Maryam melalui bilik Pak Kabu. Maryam pun membuka bilik Pak Kabu dan menjenguk keadaan dalam bilik tersebut. Semua barang-barangan Pak Kabu terletak rapi seperti tidak pernah disentuh. Maryam mula melihat satu-persatu barang milik Pak Kabu. Kemudian Maryam terjumpa sebuah balutan kain kuning di bawah meja Pak Kabu. Maryam pun menarik balutan kain kuning itu keluar dari situ.

Maryam membuka balutan itu dan kelihatan sebuah peti kayu yang cantik dan sangat antik. Maryam pun membuka peti tersebut. Di dalam peti tersebut terisi dengan secepis nota, satu keris kecil, garam dan satu mangkuk kecil. Maryam membuka secepis nota tersebut. Nota tersebut terisi sebuah mentera. Mentera itu adalah sebuah mentera untuk menyeru Bali Maneh. Bali Maneh adalah sebuah mahkluk halus yang mampu menghidupkan tuannya kembali dengan syarat mereka berkongsi satu badan.

Maryam mula memikir sejenak. Maryam memikir kemungkinan jika dia hidup kembali suatu hari nanti, kehidupannya akan jadi lebih baik dari sekarang. Maryam berfikir bahawa Bali Maneh kemungkinan adalah jalan penyelasaian untuk Maryam mendapatkan kehidupan yang bahagia. Maryam telah pun mempunyai keputusan muktamad, iaitu menyeru Bali Maneh.

" Sepi . . . Sayu . . . Sunyi . . . kehidupan ku. Hidup aku penuh darah. Hidup aku penuh air mata. Matikan aku, dan hidupkan aku. Biar aku hidup bahagia. Wahai Bali Maneh, aku menyeru mu untuk kekuatan mu. Marilah kita buat satu perjanjian. Perjanjian kita hidup bersatu." – baca Maryam apa yang tertulis pada cepisan nota itu.

Maryam pun mula menaburkan garam pada mangkuk kecil tersebut. Maryam mengambil keris kecil tersebut dan mencucuk hujung ibu jari tangannya dan menitiskan darah di atas garam yang telah ditaburkan ke dalam mangkuk kecil itu. Dalam kesibukkan Maryam melakukan kerjanya, Mak Wan pun datang menjenguk Maryam. Terkejut Mak Wan, melihat Maryam dengan peti kayu milik suaminyal, Pak Kabu. Mak Wan yang tidak berfikir panjang, terus merampas kotak tersebut dan berkata " Apa yang kau dah buat ni, Maryam? Barang ni bukan barang mainan."

Mak Wan terus membawa peti itu ke dapur dan mencapai sebilah pisau. Tiba-tiba, Mak Wan dapat merasakan sesuatu memerhatinya dari belakang. Mak Wan tahu siapa yang memerhatinya dan tekaan Mak Wan betul apabila Mak Wan menoleh ke belakang. Tekaan Mak Wan adalah Bali Maneh.

" Kau sudah terlambat. Aku sudah buat perjanjian dengan wanita itu." – kata Bali Maneh.

" Aku takkan biarkan kau kacau Maryam. Akan aku kurung kau ke tempat sepatutnya." – tegas Mak Wan.

Mak Wan pun menggunakan pisau yang dipegangnya dan mencungkil mata kirinya keluar. Dalam tempoh Mak Wan mencungkil mata kirinya, Mak Wan teriak kesakitan. Akhirnya, mata kiri Mak Wan berjaya dikeluarkan. Mak Wan pun mula membaca menteranya.

" Satu janji, satu pangkal. Aku pilih kamu Bali Maneh. Aku kurung kamu. Aku penjara kamu. Aku tutup pintu keluar kamu. Aku telankan kamu ke dalam mata kiri aku dan diamlah engkau di situ. Dan aku masukkan kamu ke dalam peti. Terlerailah kunci, jika terbukalah pintu." – jampi Mak Wan

Bali Maneh pun disedut masuk ke dalam mata kiri Mak Wan. Mak Wan segera memasukkan mata kirinya ke dalam peti kayu milik Pak Kabu. Mak Wan kemudiannya mengikat peti itu dengan kain kuning. Setelah itu, Maryam datang menjeguk Mak Wan. Mak Wan hanya menjeling Maryam dari jauh.

*******************************

" Begitulah kisah Karun Maryam." – kata Mashitah.

" Jadi, Maryam mati sebab apa? Kemalangan atau sebab mahkluk pelik tu?" – tanya Khai kepada Mashitah.

" Maryam meninggal sebab penyakit tua. Sejak kejadian tersebut, Maryam jadi senyap dan tak pernah berkata-kata sehinggalah dia meninggal." – jelas Mashitah kepada mereka berlima.

" Jadi benda yang serang kami semua ni, Bali Maneh?" – tanya Ibrahim pula kepada Mashitah.

" Ya. Dia adalah Bali Maneh." – kata Mashitah lagi.

" Tapi kenapa dia perlu serang kami. Dan apa yang dimaksudkan Cik Mashitah yang kami ni cukup untuk dia?" – tanya Umai yang kehairanan.

" Ini kerana janji Maryam dengan Bali Maneh." – jawab Mashitah.

" Apa janjinya?" – tanya mereka berlima serentak.

Bersambung . . .

Perhatian : Novel seram baru berjudul  "Sayonara"  bakal menyusul setelah Karun Maryam tamat. Wanita anime tu aku lukis sendiri. Sekian.

 Sekian

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Karun MaryamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang