Umai, Ibrahim dan Ghazwan, masing-masing sudah buntu dan tidak tahu lagi ingin melakukan apa bagi menyelesaikan masalah seram yang dihadapi oleh mereka semua. Semua pintu dan tingkap masih tertutup rapat. Mencuba untuk mendapatkan pertolongan dari luar pun tidak boleh dilaksanakan kerana mereka tidak mendapat talian untuk menelefon sesiapapun termasuk Ustaz Kamarul.
" Kita tak boleh duduk diam macam ni. Kita kena buat sesuatu segera." - tegas Ibrahim.
" Ya, memang kita tak boleh duduk diam tapi apa je yang kita boleh buat sekarang dalam keadaan macam ni. Cuba cerita dekat aku?" - jelas Ghazwan.
" Ustaz Kamarul tiada dekat sini. Cik Mashitah pun tiada dekat sini. Kita kena cari cara kita sendiri untuk selamat." - kata Umai kepada Ibrahim dan Ghazwan.
Mereka pun masing-masing cuba untuk memikirkan cara untuk melepaskan diri dari rumah kayu Maryam itu sendiri. Ghazwan yang masih kebuntuan idea, cuba sekali lagi membuka pintu dan tingkap dengan mengetuk permukaan pintu dan tingkap dengan kerusi kayu yang diambil dari dapur. Malah, kerusi kayu tersebut yang patah. Seakan-akan mengetuk batu bukan pintu mahupun tingkap kayu.
********************************
Ustaz Kamarul baru sahaja siap membancuh kopi pekatnya. Ustaz Kamarul pun membawa secawan kopi bersama dengannya ke ruang tamu. Ustaz Kamarul meletakkan secawan kopi itu di meja tamu. Ustaz Kamarul cuba menggapai alat kawalan jauh yang turut terdapat di atas meja tamu. Ustaz Kamarul pun membuka televisyen dan menonton rancangan televisyen ilmiah Islam sambil menghirup kopi yang masih panas.
Sambil menonton televisyen, Ustaz Kamarul pun memeriksa telefonnya setelah mendengar bunyi nada dering notifikasi. Ustaz Kamarul perasan bahawa dia tidak menjawab panggilan dari Ibrahim. Jadi, Ustaz Kamarul pun cuba untuk menghubungi Ibrahim semula. Malangnya, panggilan tersebut gagal disambung. Ustaz Kamarul pun cuba untuk membuat panggilan lagi, tapi masih mendapatkan hasil yang sama. Ustaz Kamarul mula rasa tidak sedap hati. Seakan-akan ada sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka di rumah kayu Maryam. Dalam keadaan Ustaz Kamarul bimbang, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu yang sangat kuat dari luar rumah Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul pun membuka selak pintu dan cuba untuk memeriksa sesiapa yang ada di luar rumah. Terkejut Ustaz Kamarul melihat Khai berlumuran darah.
" Apa terjadi dekat kamu ni, Khai?" - tanya Ustaz Kamarul yang bimbang melihat keadaan Khai yang luka parah.
" Ustaz, ustaz kena tolong kami. Tolong kawan-kawan saya." - jelas Khai tercungap-cungap kerana menahan kesakitan.
" Apa dah jadi sebenarnya ni. Kenapa sampai luka-luka berdarah ni?" - tanya Ustaz Kamarul yang keliru.
" Sekarang, Ustaz kene bawa saya pergi rumah kayu Maryam. Kawan-kawan saya dalam bahaya." - tegas Khai kerana tidak mahu membazir masa lagi.
Ustaz Kamarul bergegas mencari kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta dan memecut ke rumah kayu Maryam. Sambil dalam perjalanan ke rumah kayu Maryam, Khai pun menceritakan segalanya yang terjadi di sana. Bermula dengan kematian Mimi, kemudian tentang hilangnya Mashitah, dan dia luka teruk kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ustaz Kamarul sangat terkejut dan risau akan kawan-kawan Khai setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Khai.
********************************
Umai, Ibrahim dan Ghazwan masing-masing keliru dan pening kepala untuk mencari solusi bagi masalah yang dihadapi oleh mereka pada ketika itu. Dalam kesibukan mereka mencari solusi, Umai tiba-tiba mendiamkan diri dan memandang ke arah lantai. Ibrahim dan Ghazwan berasa pelik dengan keadaan Umai yang tiba-tiba berubah. Ibrahim menegur Umai samada dia baik-baik sahaja atau sebaliknya tetapi Umai masih mendiamkan diri dan memandang ke arah lantai. Ibrahim dan Ghazwan mula berasa tidak sedap hati terhadap Umai. Umai tiba-tiba menerapungkan dirinya ke udara sambil menggeliatkan badannya. Ibrahim dan Ghazwan terkejut melihat situasi tersebut di depan mata mereka. Ibrahim pun mula membaca beberapa potongan ayat al-Quran sambil menghalakan tapak tangannya ke arah Umai yang sedang terapung ke udara. Malangnya, ayat-ayat yang dibaca oleh Ibrahim seperti tidak memberi sebarang kesan kepada Umai.
Dalam kepanikan Ibrahim dan Ghazwan untuk membantu Umai yang di dalam keadaan dirasuk, secara tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari luar rumah kayu Maryam. Selepas bunyi ketukan itu, suara memberi salam diikuti. Ibrahim dan Ghazwan yang mendengar bunyi tersebut, segera mengetuk pintu dan meminta pertolongan dari luar. Ustaz Kamarul yang mendengar bunyi ketukan tersebut, terus membaca beberapa-beberapa potongan ayat al-Quran. Habis sahaja Ustaz Kamarul membaca, Ustaz Kamarul menghalakan tangannya ke arah pintu dan pintu tersebut terbuka. Kemudian, Ustaz Kamarul terus memasuki rumah kayu Maryam untuk melihat keadaan di dalam. Terkejut Ustaz Kamarul melihat Umai yang terapung di udara. Ustaz Kamarul pun memulakan ruqyahnya. Sepanjang ruqyah, Umai menjerit-jerit kesakitan sambil menggeliatkan tubuh badannya dengan gaya yang keras. Ustaz Kamarul mengabaikan jerita keras tersebut dan meneruskan ruqyahnya. Setelah hampir 30 minit Ustaz Kamarul mengadakan ruqyah terhadap Umai. Umai perlahan-lahan mendaratkan tubuhnya ke atas lantai dan pada ketika itu Umai sudah tidak sedarkan diri. Ustaz Kamarul menyuruh Khai, Ibrahim dan Ghazwan mengangkat Umai dan meletakkannya di atas katil. Ustaz Kamarul membiarkan Umai berehat.
" Boleh ceritakan kepada saya, apa sebenarnya yang terjadi ni?" - tanya Ustaz Kamarul yang bimbang akan keadaan mereka berlima.
" Sebelum tu, ustaz. Saya nak ustaz ikut saya pergi ke dapur. Ada benda saya nak tunjuk." - kata Ghazwan.
Ghazwan, Ibrahim, dan Ustaz Kamarul pergi ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. Rupa-rupanya, Ghazwan ingin menunjukkan mayat Mimi yang masih terbaring di atas lantai. Ustaz Kamarul sangat terkejut dengan keadaan mayat Mimi, gambarannya lebih teruk dari apa yang dikhabarkan oleh Khai ketika dalam perjalanan ke rumah kayu Maryam. Ustaz Kamarul meminta Ibrahim dan Ghazwan untuk membantu dia menguruskan jenazah Mimi.
Setelah selesai menguruskan jenazah Mimi, Ustaz Kamarul kembali bertanya apa yang sebenarnya terjadi. Ghazwan menceritakan bahawa Bali Maneh kembali semula untuk memburu mereka. Ghazwan juga turut memberitahu bahawa Bali Maneh berjaya mendapatkan korban pertama iaitu Mimi dan sekarang Bali Maneh hanya memerlukan empat lagi korban. Kemudian, Ustaz Kamarul bertanya lagi tentang apa yang terjadi pada Mashitah. Bagaimana dia boleh menghilangkan diri secara tiba-tiba. Ghazwan dan Ibrahim, masing-masing tidak tahu ke mana hilangnya Mashitah. Ibrahim turut memberitahu mereka tiada cara untuk menghubungi Mashitah kerana Mashitah tidak menggunakan telefon bimbit dan hanya menggunakan telefon ganggang atau telefon rumah sahaja. Ustaz Kamarul dapat merasakan sesuatu yang aneh tentang hubungan Bali Maneh dan Mashitah.
Ustaz Kamarul menyuruh mereka semua untuk berehat dan biar dia sahaja yang menjaga keadaan mereka. Ketika mereka semua sedang berehat di bilik masing-masing, Ustaz Kamarul memagari semula rumah kayu Maryam tapi dengan lebih keras supaya benda-benda dari luar akan sukar untuk masuk. Ustaz Kamarul juga mendirikan banyak solat sunat dan meminta perlindungan daripada Allah SWT untuk melindungi dirinya dan lima mereka yang lain. Sesudah Ustaz Kamarul menyelesaikan ibadah sunatnya, Ustaz Kamarul merasakan sesuatu berdiri tegak di belakangnya. Kemudian, Ustaz Kamarul mendengar suara yang amat keras dari belakang dirinya.
" Tiada guna kamu memagari rumah ini. Kerana hal yang kamu mahu halang bukan di luar, tapi di dalam." - kata suara yang menjelma dari belakang Ustaz Kamarul.
Bersambung . . .
ANDA SEDANG MEMBACA
Karun Maryam
HorrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...
