Bab 7 : Janji

859 59 3
                                    

Mereka berlima tertanya tentang perjanjian yang dibuat oleh arwah Maryam dengan Bali Maneh. Mashitah pun menerangkan segalanya.

" Seperti yang saya ceritakan kepada semua, Bali Maneh mampu menghidupkan tuannya kembali. Tapi untuk semua itu terjadi, Bali Maneh memerlukan sesuatu hal." – jelas Mashitah kepada mereka berlima.

" Apa yang dia perlukan?" – tanya Ibrahim kepada Mashitah.

" Dia perlukan jantung manusia. Bukan seorang tapi lima. Cukup sahaja dia makan lima jantung, dia dan arwah Maryam akan bercantum menjadi satu." – jelas Mashitah dengan series.

" Apa jantung? Cik Mashitah jangan nak bergurau." – persoal Mimi kepada Mashitah

" Bergurau? Kamu rasa saya ada masa untuk bergurau. Saya tak pernah bergurau atas apa yang saya sudah cakap." – tegas Mashitah kepada mereka berlima.

" Arghh aku tak nak dengar! Cik Mashitah harus bertanggungjawab. Ini semua masalah hidup Cik Mashitah. Kenapa pula kami nak kena tanggung?" – tegas Khai.

" Bertanggungjawab? Saya memang sudah bertanggungjawab. Saya sudah amaran kamu semua dari hari pertama kamu sampai. Saya sudah beritahu dengan jelas jangan masuk atau usik apa-apa dalam bilik tersebut. Sekarang bukan tanggungjawab saya. Disebabkan tiada siapa antara kamu ingin mengaku salah, jadi ia tanggungjawab kamu semua." – tegas Mashitah.

" Jadi apa yang kami patut buat?" – tanya Ghazwan?

" Tiada apa yang kamu semua boleh buat termasuk saya sendiri." – jelas Mashitah.

" Apa maksud Cik Mashitah? Cik Mashitah nak biar dia bunuh kami?" – tegas Mimi.

" Memang tidak ada benda yang boleh saya buat. Dia mahkluk yang sulit. Sekali dia diseru, dia hanya boleh dikurung sekali seumur hidup dia. Saya sudah kurung dia sekali, jadi dia takkan dapat dikurung lagi, kecuali. . ." – jelas Mashitah.

" Kecuali apa, Cik Mashitah?" – tanya Umai.

" Hanya ada satu cara. Kita kena biarkan dia dapat cukup korban dia." – kata Mashitah.

" Apa! Cik Mashitah sudah gila ke!" – tegas Khai.

" Diam! Saya belum habis cakap lagi. Apabila dia dapat lima korban, dia akan bersatu dengan arwah Maryam. Dan pada saat itu, fizikal dia akan seperti manusia, dia ada jantung yang berdegup, dan dia boleh disentuh. Orang terakhir yang selamat, harus bunuh dia." – jelas Mashitah.

" Orang terakhir yang selamat? Cik Mashitah maksudkan diri Cik Mashitah?" – Ghazwan.

" Saya? Saya juga boleh jadi korban walaupun saya ada hubungan rapat dengan Maryam. Saya sendiri tidak tahu siapa akan selamat, tapi apa pun yang terjadi, orang itu harus bunuh Bali Maneh pada waktu itu." – jelas Maryam.

**************************

Malam pun tiba, mereka berlima berfikir untuk menetap di rumah kayu Maryam. Mereka sehingga sekarang masih berfikir tentang apa yang Mashitah ceritakan kepada mereka. Mereka berlima duduk di satu bilik beramai-ramai untuk berbincang tentang hal tersebut.

" Apa sekarang kita nak buat. Aku tak nak mati." – kata Mimi.

" Kau fikir kau nak mati juga ke. Aku muda lagi." – kata Khai dengan tegas kepada Mimi.

" Pasti ada cara lain. Takkanlah satu-satu caranya adalah mati." – kata Ibrahim.

" Cara apa lagi. Kau nak kata yang Cik Mashitah tu menipu. Aku tak rasa dia menipu." – tegas Khai kepada Ibrahim.

" Rilek, Khai. Kita semua ni nak berbincang bukan nak cari gaduh." – kata Ghazwan.

" Arghh, nak berbincang apa lagi! Kita semua akan mati." – tegas Khai.

" Mati, mati, mati, boleh tak kau stop sebut perkataan mati." – kata Mimi.

" Arghhh, ini semua salah kau, Umai! Kalau kau tak letak tempat ni dalam assignment kita, semua benda ni takkan jadi." – tuduh Khai kepada Umai.

" Kenapa kau nak tuduh, Umai? Bukan kita semua setuju nak buat assignment kita dekat sini. Umai buat research je." – kata Ibrahim untuk melindungi Umai.

Perbincangan mereka tak berjalan seperti yang mereka rancangkan. Perbincangan mereka hanya dipenuhi dengan pertelingkahan. Mereka semua dalam keadaan risau dan takut. Mereka semua takut akan kematian. Tetapi Ibrahim masih berpegang teguh pada pendiriannya, bahawa pasti ada solusi yang lebih baik daripada solusi yang disarankan oleh Mashitah.

Sepertinya, mereka berlima tidak dapat tidur dengan lena kerana masing-masing risau bahawa mereka akan menjadi mangsa Bali Maneh. Bali Maneh boleh menyerang mereka bila-bila masa sahaja, walaupun waktu mereka semua tidur.

**************************

Pagi pun menjelang, Umai tidak tidur selepas solat subuh. Dia membaca al-Quran dan kemudiannya dia menunaikan solat Dhuha. Umai pun pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk kawan-kawannya dan Mashitah.

Dalam perjalanan ke dapur, Umai ternampak Mashitah berdiri dan termenung ke luar jendela. Umai pun datang menghampiri Mashitah.

" Apa yang Cik Mashitah termenungkan di luar sana?" – tanya Umai kepada Cik Mashitah.

" Ouh, kamu Umai. Tidak ada apa. Saya hanya terfikirkan tentang nasib kita semua." – kata Mashitah.

" Saya pun risau. Tapi saya tak rasa kita harus termenung dan fikirkan masalah itu je. Kalau kita tak tahu pun cara nak selesaikannya, sekurang kita berdoa kepada Allah. Allah itu maha berkuasa. Tiada siapa lebih berkuasa dariNya." – jelas Umai kepada Mashitah.

" Kamu percaya kepada Allah?" – tanya Mashitah.

" Apa maksud ,Cik Mashitah? Kita sebagai Islam, kita kena percaya yang Allah itu wujud dan Dia tuhan kita." – jelas Umai.

" Saya bukan apa. Saya percaya dia wujud. Tapi lepas saya lihat nasib arwah Maryam, saya tertanya kenapa Allah tidak mahu tolong arwah." – jelas Mashitah kepada Umai.

" Cik Mashitah, percayalah. Apa sahaja yang Allah rancangkan, semua terbaik untuk kita. Okeylah, saya pergi ke dapur dahulu. Saya siapkan sarapan." – kata Umai.

Umai kemudian pun pergi ke dapur. Umai melihat-lihat barangan dapur apa yang ada, untuk memasak juadah untuk sarapan.

**************************

Empat sahabat Umai yang lain sudah pun jaga dari tidur mereka. Mereka pun menghidu bau yang sedap dari dapur. Mereka pun keluar dari dapur untuk menjenguk apa yang dihidangkan untuk mereka sempena sarapan.

Sampai sahaja di dapur, terhidang di atas meja makan, nasi goreng buatan Umai. Umai menjemput sahabat-sahabatnya untuk makan. Mereka pun terus duduk di atas kerusi meja dan menjamu selera.

Umai perasan sesuatu bahawa Mashitah tidak menyertai sarapan pagi. Umai pun pergi ke bilik Mashitah untuk melihat keadaannya. Umai melihat Mashitah sedang termenung sekali lagi sambil duduk di atas katil.

" Apa yang Cik Mashitah duduk termenung lagi tu? Saya dah buatkan sarapan. Marilah makan sekali." – pelawa Umai.

Malangnya, pelawaan Umai diabaikan oleh Mashitah. Mashitah hanya termenung di dalam bilik dalam keadaan duduk kaku. Umai pun datang menghampiri Mashitah dari belakang. Umai dengan perlahan-lahan menyentuh bahu Mashitah. Kemudian, Mashitah tiba-tiba menjerit dengan kuat setelah disentuh oleh Umai. Sahabat-sahabat Umai yang sedang menjamu selera, terus bergegas ke bilik Mashitah setelah mendengar jeritan Mashitah. Selepas Mashitah menjerit dengan bising, Mashitah pun pengsan dan terbaring di atas katil.

Bersambung . . .

Karun MaryamWhere stories live. Discover now