Ghazwan membawa kereta dengan pecut kerana risau dengan kawan-kawannya yang berada di rumah kayu Maryam dengan keadaan Mashitah yang sedang dirasuk. Tetapi mereka tidak boleh memecut laju ke sana dengan tangan kosong. Mereka harus berjumpa dengan Ustaz Kamarul terlebih dahulu dan membawanya ke sana. Hal ini kerana hanya Ustaz Kamarul sahaja yang boleh membantu mereka pada masa ini.
Setelah beberapa minit memandu kereta, akhirnya Ghazwan dan Ibrahim telah sampai ke destinasi mereka. Mereka segera memberi salam. Salam mereka pun dijawab oleh Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul pun membuka pintu.
" Ada apa saya boleh bantu." - tanya Ustaz Kamarul yang kehairanan melihat dua lelaki muda datang ke rumahnya dalam keadaan cemas.
" Bantu kami, Ustaz. Kenalan kami kena rasuk." - jelas Ibrahim kepada Ustaz Kamarul.
" Ya, Allah. Kalau macam tu, segera kita ke sana." - kata Ustaz Kamarul dalam keadaan terkejut setelah mendengar apa yang terjadi.
Mereka bertiga pun memasuki kereta dan Ghazwan memulakan perjalanannya dengan segera ke rumah Karun Maryam.
**********************
Umai, Mimi dan Khai dalam keadaan ketakutan, cemas dan tidak tahu untuk melakukan apa. Manakala Mashitah meronta-ronta di atas katil. Mereka bertiga tidak tahu apa yang mereka harus lakukan dalam situasi begini.
" Apa kita nak buat sekarang ni? Aku takut!" - kata Mimi yang menjauhi Mashitah.
" Arghhh, aku tak tahu." - jerit Khai yang kerusingan.
" Kita tak boleh duduk diam. Apa kata korang berdua tolong aku." - kata Umai yang risau melihat keadaan Mashitah.
" Tolong apa?" - tanya Khai dan Umai dalam keadaan serentak.
" Tolong cari tali ke, apa ke, asalkan boleh mengikat." - jawab Umai.
Khai dan Mimi pun mula mencari sesuatu barang yang membenarkan mereka untuk mengikat. Khai mencari sesuatu di dapur dan menjumpa kain lap meja yang cukup panjang untuk dijadikan sebagai pengikat. Mimi pula menemui tali di luar rumah. Mereka pun membawa dua barang tersebut kepada Umai.
" Okey. Khai kau tolong pegang dua-dua tangan Cik Mashitah dan dekatkan dekat tiang katil." - jelas Umai.
" Apa? Aku?" - tertanya Khai dengan permintaan Umai.
" Habistu, takkan kitorang pula. Kitorang ni perempuan, kau tu lelaki. Ke kau takut hah, Khai?" - perli Mimi terhadap Khai.
" Mana ada!" - tegas Khai.Tangan kiri Khai memegang tangan kanan Mashitah, dan tangan kanan Khai disebaliknya. Umai dan Mimi segera mengambil tindakan dan terus mengikat kedua-dua tangan Mashitah dengan barang yang mereka temui itu. Mereka memastikan mereka telah mengikat dengan cukup kuat kerana khuatir Mashitah mampu melepaskan dirinya. Setelah mereka berjaya mengikat Mashitah. Mashitah mula mendiamkan diri. Yang tadinya meronta-ronta, sekarang hanya terbaring diam. Tiba-tiba, Mashitah mula bersuara.
" Satu-persatu dari kalian semua akan mati. Darah kalian milik aku." - kata Mashitah yang sedang dirasuk oleh Bali Maneh.
**********************
Dalam perjalanan ke rumah kayu Maryam, Ustaz Kamarul agak tertanya-tanya apa yang sudah terjadi dengan mereka berlima, termasuk Mashitah. Jadi, Ustaz Kamarul pun memulakan pertanyaannya.
" Boleh kamu ceritakan kepada saya, apa sebenarnya yang sudah terjadi supaya saya boleh faham situasi kamu semua?" - tanya Ustaz Kamarul kepada Ibrahim dan Ghazwan.
Mereka pun berceritalah dari awal cerita hinggalah ke penghujung cerita. Bermula dari bagaimana mereka boleh berada di Kampung Saka Berhenti, dari apa punca segala ini berlaku, dan siapa Maryam.
Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Ghazwan dan Ibrahim, Ustaz Kamarul sudah tahu tentang arwah Maryam dan Mashitah. Ustaz Kamarul menceritakan bahawa dulu dia pernah mempelawakan dirinya untuk membantu Mashitah dalam menyelesaikan masalah yang dilakukan oleh arwah Maryam. Malangnya, pelawaan yang diberikan oleh Ustaz Kamarul ditolak mentah-mentah oleh Mashitah dengan alasan ilmu yang ada pada Ustaz Kamarul tidak boleh menyelesaikan masalah arwah Maryam.
" Begitu rupanya. Tapi Ustaz, memang terus abaikan masalah ni ke lepas Cik Mashitah tolak pelawaan Ustaz?" - tanya Ibrahim.
" Saya tak duduk diam. Saya ada juga tengok-tengok dari jauh keadaan rumah tu. Tapi ada satu hari, Mashitah perasan saya hari tu. Dia cakap dekat saya, tak perlu risau sedab Bali Maneh takkan kembali selagi tiada siapa yang mengganggunya." - jelas Ustaz Kamarul
" Ini semua salah kami semua. Kami punca Bali Maneh muncul semula." - kata Ghazwan.
" Kamu berlima masih belum tahu siapa diantara kamu yang membuka peti itu?" - tanya Ustaz Kamarul.
" Ya, Ustaz. Tak ada seorang pun yang nak mengaku. Kami pun malas dah nak ambil tahu siapa yang buka peti tu. Lagipun, kalau tahu siapa yang buka pun, bukan boleh selesaikan masalah Bali Maneh ni." - kata Ghazwan.
Dalam mereka berbual, akhirnya mereka sampai juga di rumah kayu Maryam. Dari luar suasana nampak senyap tapi di dalam tiada siapa yang tahu. Ustaz Kamarul, Ghazwan serta Ibrahim segera masuk untuk melihat keadaan di dalam rumah. Mereka bertiga pun memasuki bilik Mashitah. Lega Khai, Umai dan Mimi apabila melihat Ghazwan dan Ibrahim telah tiba bersama dengan seorang Ustaz.
Ustaz Kamarul mula menyarungkan sarung tangannya untuk memulakan sesi ruqyah. Ustaz Kamarul pun memegang kepala Mashitah dan mula membaca beberapa potongan ayat al-Quran.
" Kau jangan sibuk dalam urusan ini. Kau tiada kaitan dan urusan ini" - kata Mashitah dalam keadaan kesakitan.
" Ini sudah jadi tanggungjawab aku untuk membantu sesama Islam. Jadi, ini adalah urusan aku." - kata Ustaz Kamarul
" Baik kau berambus. Kalau kau teruskan, kau akan mati. Tidakkah engkau takut akan mati." - kata Mashitah sambil memandang marah terhadap Ustaz Kamarul.
" Aku tak takut. Aku takut pada tuhan aku, Allah SWT. Lagipun bukan kau yang tentu ajal maut aku bila." - tegas Ustaz Kamarul.
Ustaz Kamarul meneruskan bacaannya sambil memegang kepala Mashitah. Mashitah berasa panas satu badan dan mula menjerit-jerit dengan sangat lantang. Ustaz Kamarul mengabaikannya dan meneruskan dengan sesi ruqyah nya. Mereka berlima hanya melihat Ustaz Kamarul dengan Mashitah dalam keadaan risau dari jauh sahaja.
Setelah beberapa minit aktiviti ruqyah dijalankan, akhirnya Mashitah dalam keadaan tenang tapi masih tidak menyedarkan diri. Ustaz Kamarul memaklumkan bahawa Mashitah akan sedar semula apabila tenaganya kembali.
Mereka berlima dan Ustaz Kamarul berkumpul di ruang utama untuk membincangkan tentang Bali Maneh dan Maryam.
" Ustaz, apa yang kami perlu lakukan untuk selesaikan masalah ni." - tanya Ibrahim.
" Saya tak boleh bagi sebarang jawapan pasti." - jelas Ustaz Kamarul.
" Apa maksud, Ustaz. Kami panggil Ustaz untuk bantuan!" - tegas Khai yang tidak berpuas hati dengan jawapan Ustaz Kamarul.
" Saya akan bantu apa yang saya mampu tapi saya tak boleh janjikan apa-apa." - kata Ustaz Kamarul.
" Kenapa, Ustaz?" - tanya Ghazwan.
" Saya dah banyak rawat orang. Dan berdasarkan pengalaman saya, bila ia berkaitan dengan perjanjian mahkluk halus, ia akan jadi rumit. Sebab bila kita dah buat perjanjian dengan benda-benda syirik ni, memang susah sikit untuk putuskan apa yang sudah dijanji. Tapi saya akan tolong kamu semua apa yang saya mampu. Mula-mula saya akan dinding rumah ini dan baca beberapa ayat al-Quran pada setiap penjuru rumah ini." - jelas Ustaz Kamarul.
Ustaz Kamarul pun mula menaburkan garam di sekeliling rumah kayu Maryam. Ustaz Kamarul juga pergi ke setiap bucu bilik dan mula membacakan beberapa potongan ayat al-Quran. Selesai saja semua perkara itu, Ustaz Kamarul pun meminta diri untuk pulang. Ustaz Kamarul memaklumkan kepada mereka untuk menelefonnya jika ada berlaku sebarang masalah seperti hari ini.
Bersambung . . .
YOU ARE READING
Karun Maryam
HorrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...