Ghazwan pun memecut kereta untuk pulang ke rumah kayu Maryam semula. Sampai sahaja ke rumah kayu Maryam, mereka berlima pun keluar dari kereta. Ghazwan pun memecit hon kereta berkali-kali untuk memanggil Cik Mashitah. Cik Mashitah yang mendengar bunyi bising dari luar, pun menjenguk.
" Kenapa kamu semua patah balik? Bukan saya sudah menyuruh kamu semua pulang!" – tanya Mashitah dengan tegas.
" Kami patah balik, sebab kami nak penjalasan. Apa sebenarnya yang ada dalam peti tu." – tanya Ghazwan dengan cemas.
" Dalam itu, ada sesuatu milik arwah Maryam. Dan tiada sesiapa pun patut membukanya, apatah lagi menyentuhnya." – jelas Mashitah.
" Arghh bukan itu yang kami nak dengar! Tadi berlaku benda aneh semasa kami nak pulang. Cik Mashitah hantar benda dekat kami ke?" – tegas Khai.
" Takkan lah. Takkan lah ia sudah bermula." – kata Cik Mashitah dalam keadaan kerisauan.
" Bermula apa ni? Apa yang bermula?" – tanya Mimi yang kehairanan.
" Lebih baik kamu masuk, dan saya akan ceritakan semuanya kepada kamu semua." – kata Mashitah kepada semua.
" Arghh, beritahu kamu di sini, sekarang!" – marah Khai.
" Rilek, Khai. Kita ikutkan saja kehendak Cik Mashitah." – pujuk Ibrahim.
Mereka berlima pun bersetuju untuk masuk ke dalam dan sudi mendengar penjelasan Cik Mashitah. Mashitah meminta mereka semua untuk duduk di kerusi yang disediakan. Cik Mashitah pun membuka pintu merah itu dan mengambil kotak peti yang terdapat dalam bilik tersebut.
" Benda dalam kotak ini banyak sejarahnya." – kata Mashitah.
**************************************
Keluarga Maryam merupakan sebuah keluarga yang sangat bahagia. Ibu Maryam, Maimun merupakan seorang jururawat di hospital berdekatan. Ayah Maryam, Rashid merupakan seorang pemilik kedai emas. Rashid dan Maimun sangat menyayangi Maryam. Bagaimana tidak sayang, kerana Maryam hadir dalam kehidupan mereka setelah 6 tahun perkahwinan mereka.
Maryam mempunyai minat yang berbeza. Maryam sangat minat akan seni bela diri yang dipanggil sebagai silat. Rashid yang menyedari minat Maryam ini, menghantar Maryam belajar di Pondok Pak Kabu. Di sana, Maryam belajar seni silat. Hampir 5 tahun Maryam di bawah didikan Pak Kabu dan Maryam menjadi salah satu anak ajaran terbaik Pak Kabu. Maryam banyak memenangi pertandingan silat dalam kategori wanita mahupun berbeza jantina.
Setelah 5 tahun, Maryam sudah berumur 15 tahun. Pada ketika itu, Maimun mendapat panggilan dari Maryam, dan Maryam memberi khabar buruk bahawa Pak Kabu sudah pun meninggal dunia di siang hari. Berita itu cukup mengejutkan Maimun dan Rashid. Mereka pun bergegas untuk melawat jenazah Pak Kabu di Kampung Seri Terhias dengan menaiki kereta mereka.
Perjalanan ke rumah Pak Kabu mengambil masa selama 45 minit ke sana. Semasa di dalam pertengahan perjalanan, Sebuah lori pembawa ais kehilangan kawalan dalam memandu. Pemandu lori itu menekan sandal brek berkali-kali tetapi tidak memberi sebarang hasil. Lori ais itu pun melanggar sebuah kereta yang dinaiki oleh Maimun dan Rashid. Kereta itu menerima empak yang besar dan dalam keadaan remuk yang sangat teruk.
**************************************
Di rumah Pak Kabu, semua kenalan Pak Kabu sedang membaca Yassin dan duduk mengelingi di sekeliling jenazah Pak Kabu. Maryam hanya melihat jenazah Pak Kabu dari jauh sahaja. Maryam berasa sedih akan kehilangan tok guru silatnya yang telah sudi mengajarnya seni bela diri, silat.
Isteri Pak Kabu, Mak Wan mendapat panggilan. Mak Wan pun datang menghampiri Maryam dan memberikan telefonnya kepada Maryam.
" Ada orang nak cakap dengan kamu, Maryam." – kata Mak Wan sambil menghulurkan telefon kepada Maryam.
" Siapa yang telefon, Mak Wan?" – kata Maryam sambil mengambil telefon dari Mak Wan.
" Dari hospital katanya." – kata Mak Wan.
Maryam tetanya akan kenapa hospital menelefonnya. Maryam pun merapatkan telefon itu ke telinganya dan berkata "Ini Maryam, ada apa-apa saya boleh tolong?".
" Kami dari pihak hospital ingin memaklumkan kepada adik Maryam bahawa Rashid bin Zul dan Maimunah binti Bahar, iaitu ibu dan bapa adik Maryam sudah pun meninggal dunia pada pukul tiga pagi tadi." – kata doktor yang ada dalam panggilan telefon tersebut.
Selepas selesainya penjelasan dari doktor tersebut. Maryam tergamam dan terkilu seribu bahasa. Hanya air mata yang mengalir dari mata Maryam sahaja sudah cukup menjelaskan perasaan Maryam. Mak Wan bertanya kepada Maryam akan tangisan oleh Maryam. Maryam memandang ke arah Mak Wan dengan mata berkaca dan berkata bahawa ibu dan bapanya sudah meninggal dunia. Mak Wan seperti tidak dapat percaya atas apa yang dia dengari tetapi itulah hakikatnya. Maryam kehilangan tiga orang yang dia sayangi dalam masa sehari sahaja.
**************************************
Arwah ibu dan ayah Maryam dikuburkan di tanah perkuburan yang sama dengan Pak Kabu. Mereka dikebumikan bersebelahan. Maryam menangis dalam keadaan yang sangat sayu atas pemergian orang-orang yang dia sangat sayangi.
Maryam pun pulang semula ke rumah Pak Kabu bersama dengan isteri Pak Kabu, Mak Wan. Maryam duduk di atas sofa di ruang tamu sambil memegang gambar keluarganya. Mak Wan menghidangkan secawan teh panas kepada Maryam bagi menenangkan Maryam.
" Sudah-sudahlah, Maryam. Maryam kena ikhlaskan pemergian ibu dan ayah Maryam. Mak Wan faham apa yang Maryam rasa kerana hari ini Mak Wan juga kehilangan orang yang Mak Wan sayang." – pujuk Mak Wan sambil duduk di sebelah Maryam dan mengusap belakang Maryam.
Mak Wan terus-menerus memujuk Maryam. Mak Wan tahu apa yang dirasai oleh Maryam. Memang susah untuk menerima kenyataan bahawa Maryam tiada lagi tempat untuk bersandar dan kini dia menjadi anak yatim piatu.
**************************************
Pada keesokan harinya, rumah Pak Kabu didatangi tetamu. Tetamu itu adalah Aliyah dan Nabil. Aliyah dan Nabil merupakan Mak Cik dan Pak Cik kepada Maryam. Aliyah dan Nabil datang ke rumah Pak Kabu atas niat untuk mengambil Maryam pulang dan tinggal bersama mereka. Mak Wan pelawa mereka berdua untuk masuk ke dalam. Mak Wan pun menghidangkan kopi panas serta biskut kering. Kemudian, perbualan mereka berdua pun bermula.
" Kami mula-mula nak minta maaf kerana tak sempat datang pengebumian Maimun dan Rashid. Kami sibuk." – jelas Nabil kepada Mak Wan.
" Tidak mengapa. Saya faham." – jawab Mak Wan.
" Kami sebenarnya berniat nak bawak Maryam pulang bersama kami. Lagipun dia sudah tiada sesiapa lagi kecuali kami. Kami pun dah anggap Maryam ini macam anak kami sendiri." – kata Aliyah sambil memandang senyum terhadap Maryam.
" Baguslah begitu. Lebih bagus kalau Maryam itu tinggal bersama orang sedarahnya." – jawab Mak Wan.
Setelah perbualan itu selesai, Mak Wan pun masuk ke dalam bilik Maryam. Mak Wan membantu Maryam mengemas barang-barangnya. Maryam pun meletakkan barang-barangnya ke dalam bonet kereta Pak Cik Nabil. Maryam pun menyalam, memeluk dan mencium Mak Wan. Mak Wan menasihati Maryam untuk menjaga diri. Maryam pun memasuki kenderaan. Kereta itu pun bergerak dan perjalanan mereka bermula, malah kehidupan baru Maryam pun bermula.
Bersambung . . .
YOU ARE READING
Karun Maryam
HorrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...