Di saat Ustaz Kamarul menoleh ke belakang, terlihat sebuah kelibat seakan-akan manusia dibaluti kain guni yang penuh dengan darah. Ustaz Kamarul tahu bahawa dia ialah Bali Maneh yang disebut-sebut oleh mereka berlima.
" Jangan kau ganggu anak cucu Adam. Kalau tak, aku akan sakiti kau." - tegas Ustaz Kamarul kepada kelibat tersebut.
" Aku tidak takut akan kau. Selagi aku tidak dapat apa yang aku mahu, aku takkan berhenti." - kata Bali Maneh dengan suara garaunya.
Ustaz Kamarul pun mula membaca beberapa potongan ayat al-Quran untuk mengusir Bali Maneh. Selepas beberapa potongan ayat al-Quran, Bali Maneh mula merasakan kesannya. Bali Maneh mula menjerit-jerit dan meronta-ronta kerana kesakitan.
" Aku akan lindungi mereka sehabis baik. Takkan aku biar kau sentuh mereka!" - tegas Ustaz Kamarul.
" Kau seorang diri takkan mampu lindungi semua orang." - jawab Bali Maneh yang dalam keadaan kesakitan.
" Aku tidak seorang diri. Sesungguhnya Allah SWT ada dengan orang-orang yang memerlukannya." - balas Ustaz Kamarul.
Ustaz Kamarul menyambung semula bacaan potongan ayat al-Quran nya. Bali Maneh tidak mampu menanggung kesakitan dan melarikan diri. Ustaz Kamarul tahu bahawa Bali Maneh masih ada di dalam rumah ini kerana Ustaz Kamarul sudah memagari rumah kayu Maryam. Disebabkan itu, keesokan harinya, Ustaz Kamarul meminta Ibrahim dan Ghazwan untuk menolongnya melaungkan azan di setiap penjuru rumah kayu Maryam .
*********************************
Jam sudah menunjukkan 2:30 petang, Ustaz Kamarul meminta Ibrahim, Ghazwan dan Umai untuk berkumpul di ruang tamu. Ustaz Kamarul memberitahu bahawa rumah ini sudah mempunya isyarat telefon. Ustaz Kamarul meminta Ghazwan untuk menelefon nombor yang diberinya. Nombor tersebut ialah nombor Ahli Jawatan Kuasa Surau. Nombor itu diberi untuk memaklumkan kepada AJK Surau untuk membuat pengumuman tentang kehilangan Mashitah yang masih menjadi tanda tanya.
Ustaz Kamarul mengajak Ibrahim untuk menemani dia membawa Khai pergi ke hospital. Keadaan Khai amat teruk dan perlu segera dirawat. Ustaz Kamarul sudah menyediakan keretanya sendiri di luar. Ustaz Kamarul dan Ibrahim memimpin Khai masuk ke dalam kereta. Mereka pun memulakan perjalanan ke hospital.
Sesudah Ustaz Kamarul dan Ibrahim bertolak, Ghazwan terus membuat panggilan telefon dan memberikan maklumat terperinci mengenai Mashitah bagi memudahkan penduduk kampung mengenal pasti Mashitah di luar sana. Ustaz Kamarul ada berpesan sebelum bertolak supaya membiarkan semua pintu dan tingkap terbuka dan telah dipaku. Ustaz Kamarul sudah menyediakan semuanya. Ghazwan pun mula membuka semua tingkap dan pintu, kemudian memakukan semua pada dinding. Umai pula menghidangkan air sirap ais untuk Ghazwan yang sedang bekerja.
*********************************
Ustaz Kamarul menceritakan apa yang terjadi semalam kepada Ibrahim sambil memandu ke hospital. Ustaz Kamarul juga memaklumkan kepada Ibrahim bahawa Bali Maneh ada di dalam rumah kayu Maryam dan dia tidak boleh keluar kerana rumah tersebut telah dipagar. Setelah mendengar apa yang Ustaz Kamarul ceritakan, Ibrahim menjadi risau akan keadaan Ghazwan dan Umai di sana.
" Jangan risau. Saya sudah baca sedikit tadi dan dengan laungan azan yang kita buat tadi, InshaAllah dapat menahannya untuk sementara waktu daripada muncul semula." - jelas Ustaz Kamarul kepada Ibrahim.
Lega Ibrahim setelah mendengar penjelasan daripada Ustaz Kamarul. Setelah beberapa minit perjalanan, akhirnya mereka tiba ke hospital. Pihak hospital segera membawa katil hospital dan mengangkat Khai ke atas katil dan terus di bawa ke bilik kecemasan.
*********************************
Pada pukul empat petang, Ghazwan mendengar bunyi pengumuman tentang pencarian Mashitah yang telah hilang beberapa hari yang lalu. Sekarang Ghazwan dan Mashitah hanya mampu berdoa dan mengharapkan agar mendapat khabar yang baik tentang Mashitah.
" Agaknya apalah jadi dekat kita lepas ni?" - keluh Umai yang sedang duduk di atas kerusi rotan.
" Apa maksud Umai?" - tanya Ghazwan yang kehairanan.
" Ya lah. Mimi dah meninggal. Khai pula tengah sakit teruk. Cik Mashitah entah ke mana. Kenapa dalam banyak-banyak orang, kita kena hadap benda ni?" - keluh Umai lagi.
" Umai, aku faham apa yang kau rasa. Tapi, kita sekarang kan ada Ustaz Kamarul. InshaAllah, Ustaz Kamarul boleh bantu kita." - pujuk Ghazwan untuk menenangkan Umai.
" Aku takut Ghazwan. Aku takut." - kata Umai sambil memegang kepalanya.
" Jangan risau Umai, Allah ada dengan hambanya" - pujuk Ghazwan lagi.
*********************************
Ibrahim dan Ustaz Kamarul masih berada di hospital kerana ingin menunggu khabar Khai daripada doktor. Setelah hampir dua jam menunggu, doktor akhirnya. Doktor memaklumkan Khai kehilangan banyak darah kerana hampir sehari semenjak kemalangannya berlaku. Doktor memaklumkan bahawa hospital mempunyai darah yang secocok dengan Khai. Kemungkinan Khai akan sedar pada malam ini sekiranya dia mendapat darah dengan kadar yang mengcukupi. Doktor memaklumkan kepada Ibrahim dan Ustaz Kamarul bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan kerana keadaan Khai baik-baik sahaja dan hanya memerlukan darah sahaja.
Setelah mendengar khabar berita baik daripada doktor, Ibrahim dan Khai berhasrat untuk pulang semula ke rumah kayu Maryam. Maklumlah, agak bahaya membiarkan Ghazwan dan Umai di rumah yang dimana Bali Maneh menunggu masa sahaja untuk munculkan diri. Tiba saja di kereta, Ustaz Kamarul mengeluh.
" Kenapa Ustaz?" - tanya Ibrahim kehairanan melihat Ustaz Kamarul mengeluh.
" Tayar bocor." - jawab Ustaz Kamarul.
" Kalau macam tu, saya order grab je lah Ustaz." - kata Ibrahim.
Ibrahim pun membuka telefon pintarnya dan mula membuat pesanan Grabcar. Ibrahim dan Ustaz Kamarul terpaksa menunggu beberapa minit untuk pemandu Grabcar tiba. Ustaz Kamarul mula rasa tidak sedap hati. Ustaz Kamarul risau akan terjadi apa-apa di rumah kayu Maryam. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya pemandu Grabcar tiba. Ustaz Kamarul dan Ibrahim pun memulakan perjalanan pulang.
Dalam perjalan pulang, cuaca menjadi mendung. Setelah beberapa minit mendung, titisan-titisan hujan mula turun. Keadaan cuaca pada ketika itu menambahkan lagi kerisauan kepada Ustaz Kamarul tentang keadaan Umai dan Ghazwan. Disebabkan itu, Ustaz Kamarul pun membuat panggilan telefon. Malangnya, panggilan telefon tersebut tidak dijawab. Ustaz Kamarul cuba berkali-kali dan masih mendapat hasil yang sama. Hal ini menambahkan lagi kerisauannya.
*********************************
Ghazwan dan Umai menyedari cuaca di luar sudah pun hujan. Tempias-tempias hujan memasuki ruang dalam rumah kayu Maryam. Mereka tidak boleh menutup pintu dan tingkap kerana semuanya telah dipaku pada dinding.
Cuaca mendung membuatkan suasana menjadi sejuk dan gelap. Lampu dibiarkan terpasang supaya dapat memberi pengcahayaan di dalam kegelapan. Tetapi secara tiba-tiba lampu terpadam. Ghazwan cuba membuka dan menutup semula suis, tetapi lampu masih tidak menyala. Tiba-tiba, Umai dan Ghazwan mendengar bunyi cawan kaca terjatuh dari dapur. Mereka mula menjadi cuak. Rasa seakan-akan ada angin yang datang dari dapur.
Umai merenung dapur yang gelap itu. Tiba-tiba Umai ditarik masuk ke dalam dapur itu. Ghazwan tidak sempat menghulurkan tangan untuk membantu Umai. Ghazwan tidak dapat melihat apa yang terjadi di dalam kerana keadaan di dapur sangat gelap. Ghazwan memanggil Umai keluar berkali-kali tetapi tiada jawapan. Ghazwan pun cuba datang menghampiri dapur secara perlahan-lahan dan kemudian...
Bersambung. . .

ANDA SEDANG MEMBACA
Karun Maryam
TerrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...