Mashitah pun bertanya akan sesiapa yang membuka bilik pintu merah tersebut tetapi mereka berlima mendiamkan diri dan tidak mahu menjawab. Mashitah tidak dapat jawapan daripada mereka. Oleh disebabkan itu, Mashitah pun terus menuju ke bilik pintu merah tersebut lalu membuka pintu tersebut. Ghazwan, Ibrahim, Khai, Umai dan Mimi mengintai dari luar keadaan bilik pintu merah tersebut. Bilik hanya kelihatan kosong dan hanya ada satu meja di hujung bilik tersebut. Di atas meja tersebut pula, terdapat sebuah peti kayu kecil yang diikat dengan kain kuning.
Mashitah pun membaca sebuah potongan ayat yang nampak pelik jika dibaca mahupun didengari.
" Ku rungkai kain ini tetapi tidak ku rungkaikan kuncinya. Berdiri senyap kamu di dalam. Jangan bergerak selangkah jika tidak kamu terpijak paku." – kata Mashitah sebanyak tiga kali dalam keadaan berbisik.
Selepas itu, Mashitah pun membuka ikatan kain kuning itu dan terus membuka peti tersebut. Buka sahaja peti itu, perkara pertama yang disebut oleh Mashitah ialah "Dah Hilang". Riak wajah Mashitah menunjukkan seribu kebimbangan dan takut.
Mashitah pun keluar dari bilik tersebut dan terus bertanyakan soalan kepada mereka berlima bahawa siapa antara mereka yang telah masuk ke dalam bilik pintu merah itu.
" Siapa yang dah masuk dalam bilik tu?" – tanya Mashitah lagi dalam nada yang tegas.
Malangnya, mereka semua masih mendiamkan diri dan tidak mahu berkata apa-apa.
" Jawab!" – jerit Mashitah.
" Kamu tak dengar ke syarat yang saya cakapkan, jangan sentuh apa-apa dan masuk bilik tu. Kamu sedar tak kamu dah buat satu masalah besar." – kata Mashitah dalam riak wajah kerisauan.
" Apa maksud Cik Mashitah. Apa salah yang kami dah buat?" – tanya Ibrahim kepada Mashitah.
" Sudah-sudah. Baik kamu semua balik malam ni juga. Kamu semua dah tak selamat, kamu semua cukup untuk dia." – kata Mashitah yang kerisauan.
" Apa maksud, Cik Mashitah?" – tanya Mimi yang cuak.
" Sudah, jangan banyak tanya. Kemas barang kamu semua dan keluar." – tegas Mashitah lagi.
********************************
Setelah ditegaskan berkali-kali oleh Mashitah, mereka berlima pun masuk ke dalam bilik masing-masing untuk mengemas barang. Mereka semua masih berasa pelik, hairan dan tertanya-tanya apa yang sudah terjadi.
" Apa yang agaknya ada dalam peti tu? – tanya Umai yang kehairanan.
" Arghh, tu tak penting. Sekarang disebabkan ada orang curi barang dalam tu, kita tak dapat nak teruskan assignment kita dekat sini." – kata Khai dengan penuh kekecewaan.
" Betulah tu, korang tak nak mengaku ke siapa yang ambil barang dalam tu?" – tanya Ibrahim yang kehairanan.
" Baik korang semua mengaku, kita kena siapkan juga kerja ni." – tegas Khai lagi.
" Kau yakin kah yang pencuri tu ada dalam kalangan kita, entah-entah orang luar. Kita semua dalam bilik kan." – tegas Mimi.
" Tapi Mimi, kau ada keluar nak pergi tandas kan?" – kata Umai.
" Memang, memang aku pergi tandas. Kau nak tuduh aku ke Umai? – kata Mimi dengan nada perli.
" Kau pun ada keluar dari bilik kan, Ghazwan?" – tanya Ibrahim kepada Ghazwan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Karun Maryam
HorrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...
