Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Bab 14 : Pintu

631 51 8
                                        

Ghazwan pun cuba untuk datang menghampiri dapur yang gelap, iaitu kawasan yang dimana Umai telah ditarik. Sebelum Ghazwan memasuki dapur, Ghazwan cuba untuk menyalakan lampu dapur tetapi lampu dapur seakan-akan tidak berfungsi. Ghazwan mengeluarkan telefonnya dan membuka lampu telefonnya untuk menerangi kawasan dapur. Terkejut Ghazwan melihat Umai yang sedang terbaring di atas lantai dapur sambil bergelut dengan makhluk yang sangat seram dan aneh. Ghazwan mencapai segala barang yang terdapat di dapur dan kemudian dibaling ke arah makhluk tersebut. Makhluk itu bertindak balas atas tindakan Ghazwan. Makhluk itu memandang Ghazwan dan mula berlari ke arah Ghazwan.

" Lari keluar Umai, ikut pintu dapur."  - jerit Ghazwan sambil melarikan diri dari makhluk seram tersebut.

Umai pun terus keluar dari rumah kayu Maryam melalui pintu dapur. Ghazwan cuba melarikan diri ke arah pintu utama. Ghazwan menoleh ke belakang dan terkejut dengan pergerakan makhluk itu yang melompat dari lantai ke dinding, dan dinding ke siling. Ghazwan terus memecut secepat mungkin kerana makhluk itu sudah semakin menghampirinya. Disaat makhluk itu cuba mencapai baju Ghazwan, Ghazwan berjaya melompat keluar daripada rumah kayu Maryam. Makhluk itu berhenti mengejar Ghazwan kerana dia tidak boleh keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu telah dipagar. Makhluk halus dari luar mahupun dari dalam tidak boleh melepasi pagar tersebut.

Umai datang menemui Ghazwan di hadapan pintu utama. Lega Ghazwan melihat Umai dalam keadaan baik-baik sahaja. Kemudian, terdengar bunyi enjin kenderaan. Rupa-rupanya, Ustaz Kamarul dan Ghazwan sudah pulang dari hospital. Ustaz Kamarul dari dalam kereta sudah perasan ada kelibat makhluk sedang berdiri di pintu utama. Ustaz Kamarul sudah tahu semua perkara ini akan terjadi dan disebabkan itu, Ustaz Kamarul meminta mereka berdua untuk memaku setiap pintu dan tingkap secara terbuka supaya makhluk tersebut tidak dapat menutup pintu dan tingkap untuk menyekat orang di dalam rumah kayu Maryam. Seperti yang diperkatakan oleh Bali Maneh bahawa dia ada di dalam rumah bukan di luar rumah.

" Kau Bali Maneh bukan? Ini wajah sebenar kau?" - tanya Ustaz Kamarul pada makhluk tersebut.

" Bali Maneh? Aku Bali Maneh? Hahahahahahah." - kata makhluk itu sambil memandang tajam ke arah mata Ustaz Kamarul.

" Kenapa kau ketawa? Jawab!" - tanya lagi Ustaz Kamarul dengan tegas.

" Aku bukan Bali Maneh, aku hambanya. Bali Maneh itu raja aku." - jelas makhluk itu terhadap Ustaz Kamarul.

" Dimana Bali Maneh?" - tanya Ustaz Kamarul lagi.

" Mana? Ustaz rasa dia di mana?" - berteka-teki makhluk tersebut.

" Jangan main-main dengan aku. Jangan sampai aku bakar kau dengan ayat-ayat suci al-Quran." - tegas Ustaz Kamarul.

" Hahahahahahahaha. Bali Maneh tiada di dalam rumah ini. Dia ada di luar sana, mencari mangsa kedua." - kata makhluk tersebut.

Ustaz Kamarul berfikir sejenak apabila makhluk tersebut menyebut perkataan "mangsa kedua".  Terlintas dalam fikiran Ustaz Kamarul tentang Khai yang sedang terlantar di hospital. Ustaz Kamarul terus mengadakan aktiviti ruqyah dan mula membaca beberapa potongan ayat al-Quran. Makhluk itu mula menunjukkan kesan dan meronta-ronta kepanasan. Ustaz Kamarul tiada masa untuk menghalau makhluk ini jauh dari Kampung Saka Berhenti dan disebabkan itu, Ustaz Kamarul hanya mampu melekatkan makhluk tersebut pada dinding rumah dan mengurung makhluk tersebut di dalam rumah kayu Maryam.

Ustaz Kamarul sudah tidak mempunyai banyak masa. Mereka harus segera ke hospital demi keselamatan Khai. Kalau betul firasat Ustaz Kamarul bahawa mangsa kedua yang dimaksudkan adalah Khai, bermakna Khai betul-betul dalam keadaan bahaya. Mereka berempat segera memasuki kereta dan memulakan perjelanan cemas ke hospital.

**********************

Di hospital, doktor sedang membuat pemeriksaan terhadap Khai yang masih belum sedarkan diri. Setelah selesai membuat pemeriksaan terhadap Khai, doktor tersebut pun keluar dari bilik tersebut. Doktor itu mahu menutup pintu bilik tersebut tetapi pintu itu tertutup sendiri dan dalam masa yang sama, lampu di atas doktor itu malap dan menyala semula. Doktor itu tidak merasakan apa-apa yang ganjil lagi, jadi dia pun meninggalkan Khai untuk Khai berehat.

Dalam beberapa langkah, doktor mendapat panggilan telefon daripada Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul membuat permintaan terhadap doktor untuk tinggal di samping Khai sehingga Ustaz Kamarul tiba ke sana. Doktor itu pun mengikuti apa yang disuruh oleh Ustaz Kamarul. Doktor itu kembali ke bilik Khai dan cuba untuk membuka pintu bilik tersebut tapi malangnya pintu itu seakan-akan telah dikunci dari dalam. Doktor itu cuba memaksa buka pintu itu sekeras mungkin.

Di dalam bilik, Khai mula menyedari. Khai terdengar bunyi pintu ditendang-tendang seakan-akan ada sesuatu yang ingin memecah masuk. Tetapi itu tidak boleh mencuri perhatian Khai apabila ada sesuatu yang melekat di atas siling dan sedang memandang Khai dari atas. Khai terkejut dan menjerit sekuat-kuat hati. Doktor dari luar yang mendengar jeritan Khai, memaksa keras untuk membuka pintu bilik tersebut. Doktor tidak dapat menemui cara lain dan disebabkan itu doktor mengambil tong pemadam api dan mengetuk pintu itu sekuat dayanya. Dalam beberapa ketukan, akhirnya pintu itu terbuka. Doktor dengan segeranya pergi ke arah Khai untuk melihat keadaannya. Khai memandang ke arah doktor yang datang menghampirinya dan memandang ke arah siling semula dan mendapati bayangan tersebut itu telah hilang.

" Encik, encik boleh dengar suara saya?" - tanya doktor itu kepada Khai.

" Doktor, tolong jangan tinggalkan saya." - minta Khai untuk ditemani.

" Jangan risau, saya ada dekat sini. Boleh saya tanya, kenapa encik menjerit tadi." - tanya doktor yang kehairanan tentang jeritan yang didengarinya sebelum ini.

Belum sempat Khai menjawab soalan tersebut, datang seorang jururawat wanita meminta doktor untuk pergi ke bilik Puan Yati kerana ada hal yang ingin dibicarakan oleh Puan Yati. Doktor itu meminta izin Khai untuk pergi berjumpa dengan Puan Yati tetapi Khai menghalangnya dan meminta doktor untuk menemani Khai. Doktor cuba meyakinkan Khai bahawa dia hanya pergi berjumpa Puan Yati hanya sekejap sahaja, tidak mengambil masa yang lama.

Doktor pun pergi ke pejabat Puan Yati dan meninggalkan Khai seorang diri di dalam bilik tersebut. Doktor mengetuk pintu pejabat Puan Yati sebagai tanda meminta izin masuk. Malangnya, tiada sebarang tindak balas dari dalam pejabat selepas beberapa ketukan pintu. Oleh disebabkan itu, doktor membuka pintu dan terus memasuki pejabat Puan Yati. Rupa-rupanya, pejabat Puan Yati kosong. Puan Yati tiada di situ. Setelah menyedari Puan Yati tiada di pejabat, doktor ingin keluar dari pejabat. Belum sempat melangkah keluar, pintu pejabat tertutup dengan sendirinya dan telah dikunci. Doktor cuba membuka pintu itu berkali-kali tetapi menemui hasil buntu.

Bersambung. . .

Karun MaryamCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang