Bab 2 : Bilik Pintu Merah

1.1K 75 20
                                    

Kedengaran bunyi burung berkicauan di luar jendela. Mimi dan Umai sudah bangun dari lena mereka. Udara pagi mereka lebih segar daripada biasa. Maklumlah, sekarang mereka berada di sebuah kampung. Malah sekelilingnya dipenuhi padang rumput. Dimana lagi boleh mencari suasana seperti ini.

Umai memberitahu Mimi bahawa dia mahu pergi mandi. Sementara Umai sedang pergi mandi, Mimi pun keluar dari biliknya dan melihat sekitar ruang tamu. Banyak barang-barang antik disusun rapi pada setiap kabinet yang ada di ruang tamu tersebut. Malah ada beberapa keris yang tergantung pada beberapa buah dinding. Mashitah terlihat Mimi yang sedang melihat koleksi barang antik milik Maryam. Mashitah pun menegurnya.

" Kamu suka?" – tegur Mashitah dari belakang Mimi.

" Ahh! Suka. Barang-barang antik kan sangat berharga." – jawab Mimi yang terkejut apabila ditegur oleh Mashitah.

" Bukan harganya, tapi kenangan disebalik barang itu." – kata Mashitah.

" Cik Mashitah memang suka kumpul barang-barang antik macam ni ke?" – tanya Mimi pula.

" Bukan saya, tapi arwah Maryam. Arwah tu memang suka barang-barang macam ni. Lagi-lagi, keris."

" Keris, ya?" – kata sekilas oleh Mimi.

" Ya, sebab arwah dulu pandai sangat bersilat. Dia selalu persembahkan silat dia bersama kerisnya." – jelas Mashitah kepada Mimi.

" Wah, arwah memang berbakat." - kata Mimi.

" Ehh, terlupa pula. Sebenarnya saya nak beritahu sarapan dah siap. Kalau kamu mahu makan, boleh pergi ke dapur." – pelawa Mashitah.

" Terima kasih, Cik Mashitah." – jawab Mimi.

Mimi pun pergi ke dapur untuk melihat juadah sarapan mereka. Terhidang dengan cantiknya pulut kuning yang disiram dengan rendang ayam. Mimi segera mencapai pinggan dan mencedok pulut kuning itu dan kemudian meletakkan dipinggan. Sudah lama Mimi tidak makan pulut kuning. Jadi, takkan Mimi sia-siakan rezeki yang sudah terhidang di depan mata.

Dari jauh Khai melihat Mimi sedang menjamu selera. Khai pun datang menegur dari belakang.

" Hah! Makan tak ajak orang." – kata Khai menepuk bahu Mimi dan menyebabkan Mimi tersedak air dan terbatuk-batuk.

" Asal lah semua nak terkejutkan aku hari ni, hah!" – kata Mimi dalam keadaan tengking.

" Alaaa kau, gurau sikit pun tak boleh." – kata Khai.

" Agak-agaklah, Khai. Kau tengah kacau aku makan kot." – tegas Mimi.

" Wah! Pulut kuning. Nampak sedap." – kata Khai selepas membuka tudung saji.

" Memang sedap pun. Kau try lah satu." – kata Mimi dalam keadaan mulutnya penuh mengonyah pulut kuning tersebut.

Khai pun mengambil pinggan untuk mencuba pulut kuning tersebut. Selepas menjamu selera, mereka berdua pun sudah penuh perut. Mimi pun pergi ke bilik air mandi setelah Umai selesai mandi.

************************

Tengah hari sudah menjelma, mereka berlima dan Mashitah berkumpul di ruang tamu untuk memulakan sesi temu bual bagi projek mereka. Beberapa soalan ditanyakan kepada Mashitah tentang rumah kayu Maryam termasuk pemilik rumah itu sendiri, Maryam.

" Kami mulakan ya, Cik Mashitah?" – tanya Ghazwan kepada Mashitah bagi memulakan sesi temu bual.

" Ya, silakan." – jawab Mashitah.

" Okey, soalan pertama kami, siapakah arwah Maryam binti Khusyai?" – tanya Ibrahim sebagai pemula temu bual.

" Arwah Maryam merupakan seorang wanita yang sangat baik. Dia suka tolong orang dan tak suka menyusahkan orang. Arwah orangnya penyabar. Sangat penyabar. Arwah tu dalam lemah lembutnya, terselit juga keberaniannya. Arwah sangat mahir dalam persembahan silat. Arwah juga hebat dalam menggunakan keris. Arwah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Keluarga arwah mendapat pendapatan mereka melalui kedai emas mereka. Tapi sayang, arwah Maryam kehilangan kedua ibu bapanya. Ibu dan ayah Maryam terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak hari itu, arwah Maryam tinggal bersama mak cik dan pak ciknya. Itu sahaja yang boleh saya ceritakan." – cerita Mashitah dengan jelas tentang latar belakang Maryam.

" Pada pendapat Cik Mashitah, apa yang membuatkan rumah ini berharga dan boleh jadi satu perkara yang bersejarah?" – tanya Khai pula.

" Kenapa rumah kayu Maryam boleh dijadikan sesuatu yang bersejarah? Kerana dulu rumah ini adalah tempat pengadilan penggal kepala. Semasa Malaysia dijajah. Rumah kayu besar ini menjadi tempat askar jepun menjatuh hukuman penggal kepala ataupun sebaliknya. Tapi jangan risau, hukuman penggal kepala tidak dilakukan di rumah ini. Rumah ini hanyalah tempat pembicaraan hukuman saja." – jelas Mashitah kepada mereka berlima.

" Kenapa agaknya keluarga arwah Maryam membeli rumah ini." – tanya Umai pula kepada Mashitah.

" Mengikut apa yang arwah nenek saya, nek Kiah, ceritakan, rumah ini terlalu mahal kerana merupakan tempat yang ada kaitan dengan sejarah Malaysia. Disebabkan keluarga arwah Maryam mahu menunjukkan kekayaan mereka, mereka pun membeli rumah ini." – jelas Mashitah lagi.

" Soalan ni mungkin sensitif sedikit, boleh kamu tahu punca arwah Maryam meninggal dunia?" – tanya Umai lagi kepada Mashitah.

Mashitah mendiamkan diri selepas soalan itu ditanya oleh Umai. Mashitah seperti takut atau was-was untuk memberitahu punca arwah Maryam meninggal dunia.

" Saya minta maaf. Saya rasa soalan tu terlampau privasi. Ouh, saya lupa. Saya ada hal di pekan. Kita sambung esok, ya." – kata Mashitah selepas tiada idea untuk menolak daripada menjawab soalan tersebut.

Mashitah kemudiannya bangun dari kerusi kayu tersebut dan bersiap-siap untuk keluar. Mereka berlima berasa kecewa kerana soalan terakhir mereka tidak mendapat jawaban. Malah soalan tersebut merupakan hal yang penting dalam projek mereka.

************************

Hari sudah pun malam. Yang dulu matahari berdiri, kini bulan pula berdiri. Awan ditutupi oleh gelap malam. Walaupun hari sudah malam, Mashitah masih belum pulang ke rumah. Perkara ini membuat tanda tanya kepada mereka berlima.

Umai dan Mimi sedang lepak di dalam bilik mereka sambil berbual-bual tentang hal-hal wanita. Manakala, Ghazwan dan Ibrahim sedang sibuk membincangkan tentang projek mereka. Dalam kesibukan mereka berdua, Khai sedang sibuk bermain permainan digitalnya di telefon pintarnya.

Dalam kesibukan masing-masing di dalam bilik, tiba-tiba mereka berlima mendengar bunyi kaca jatuh dan pecah dari ruang tamu. Mereka berlima bertindak reflex terhadap bunyi tersebut dan terus ke ruang tamu.

Rupa-rupanya, cermin di ruang tamu terjatuh dan pecah. Dalam masa yang sama, Mashitah sudah pulang dan membawa beberapa beg plastik putih yang berisikan barang dapur. Mashitah melihat dari jauh cermin yang sudah pecah tersebut. Mashitah pun masuk ke dalam rumah dan bertanyakan apa yang sudah terjadi. Mereka berlima memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa yang terjadi, tiba-tiba saja terdengar bunyi pecah. Khai mengatakan, kemungkinan paku yang melekatkan cermin itu sudah longgar.

Mashitah mengutip satu-persatu kaca tersebut, dan kemudian Mashitah perasan sesuatu yang aneh pada serpihan-serpihan kaca tersebut. Serpihan tersebut memiliki darah pekat padanya. Malah darah pekat itu sangat melekit. Kini Mashitah perasan akan apa yang telah terjadi.

" Siapa yang masuk bilik pintu merah tu." – tegas Mashitah sambil menunjukkan bilik pintu merah itu dengan menggunakan jari telunjuknya.

Mereka berlima semua terdiam. Mereka tidak tahu siapa di kalangan mereka yang memasuki bilik tersebut.

Bersambung . . .

Karun MaryamWhere stories live. Discover now