Keesokan harinya, di waktu pagi yang redup disebabkan awan menghitam menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi. Di pagi hari itu, Umai pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk kawan-kawanya. Hari ini, Umai hanya menyediakan sarapan mudah iaitu roti bakar yang disapukan mentega. Setelah siap membuat sarapan, Umai memanggil kawan-kawannya untuk sarapan. Kemudian Umai masuk ke bilik Mashitah untuk melihat keadaanya. Syukur Umai apabila melihat Mashitah sudah sedar dan sedang duduk di atas katil sambil melihat jendela biliknya.
" Alhamdulillah, Cik Mashitah sedar." - sapa Umai dari pintu bilik Mashitah.
" Ouh, kamu rupanya Umai. Terkejut saya." - jawab Mashitah.
" Cik Mashitah okey? Ada rasa pening-pening kepala?" - tanya Umai yang risau tentang keadaan Mashitah.
" Saya rasa baik-baik saja. Hanya badan saya saja rasa lenguh-lenguh. Saya rasa tak lama nanti baik lah tu." - jelas Mashitah tentang keadaannya.
" Lega saya mendengarnya." - kata Umai dalam keadaan lega.
" Apa yang sudah jadi pada saya sepanjang saya tak sedarkan diri." - tanya Mashitah yang keliru tentang apa yang sudah terjadi pada dirinya.
" Saya pun tak tahu apa yang sebenarnya sudah terjadi tapi saya rasa Cik Mashitah kena rasuk dengan Bali Maneh." - jelas Umai kepada Mashitah.
" Bali Maneh? Dia ada kata apa?" - tanya Mashitah yang semakin ingin tahu.
" Dia tak ada cakap apa-apa yang penting pun. Ehh, sebelum saya terlupa, saya ada sediakan sarapan dekat depan. Cik Mashitah jemputlah makan. Tapi saya buat roti bakar sapu mentega je." - pelawa sarapan Umai terhadap Mashitah.
" Tak apa. Nanti saya nak makan, saya turun. Saya nak berehat sekejap." - kata Mashitah yang kepenatan.
Umai pun keluar dari bilik untuk membiarkan Mashitah berehat. Umai tahu Mashitah dalam keadaan lelah dan badanya pun masih lemah-lemah. Umai pun sertai mereka untuk makan sarapan pagi.
******************************
Ibrahim membuat panggilan telefon untuk menelefon Ustaz Kamarul untuk memberitahunya bahawa Mashitah sudah sedarkan diri. Ustaz Kamarul memaklumkan dia akan datang dengan segera ke rumah kayu Maryam.
Setelah satu jam setengah selepas panggilan itu, Ustaz Kamarul akhirnya tiba di rumah kayu Maryam. Ustaz Kamarul pun memberi salam menandakan yang dia sudah tiba. Ghazwan dan Ibrahim yang mendengar salam Ustaz Kamarul pun menjawab salam tersebut.
" Waalaikumsalam. Jemput masuk Ustaz." - pelawa Ghazwan menyuruh Ustaz Kamarul untuk masuk kedalam.
" Baiklah." - kata Ustaz Kamarul yang sedang melangkah masuk ke rumah kayu Maryam.
" Cik Mashitah ada dekat dalam bilik dia. Ustaz boleh lah jumpa dia" - kata Ibrahim sambil menunjukkan dengan jari telunjuknya di mana bilik Mashitah.
Ustaz Kamarul pun pergi ke hadapan pintu bilik Mashitah dan kemudiannya dia pun memberi salam. Mashitah pun menjawab salam Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul pun meminta izin untuk masuk ke dalam bilik Mashitah dan Mashitah mengizinkannya.
" Cik Mashitah baik? Ada rasa pelik-pelik?" - tanya Ustaz Kamarul tentang keadaan Mashitah.
" Saya rasa baik-baik saja. Hanya lenguh-lenguh badan. Mungkin sebab tak cukup rehat." - jelas Mashitah tentang keadaanya.
" Betul Cik Mashitah rasa baik-baik saja. Kenapa saya lihat Cik Mashitah nampak macam tak sihat?" - tanya Ustaz Kamarul selepas melihat keadaan Mashitah.
YOU ARE READING
Karun Maryam
HorrorNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...