Bab 5 : Kepalsuan

927 63 18
                                        

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya Maryam tiba ke rumah Aliyah dan Nabil. Nabil pun membuka bonet kereta dan mengeluarkan bagasi milik Maryam dan membawanya ke bilik tetamu. Nabil memberitahu Maryam bahawa ini adalah biliknya dan menyuruh Maryam untuk menganggap bilik ini seperti rumahnya sendiri.

Maryam pun memasuki bilik itu sambil menarik bagasinya ke dalam. Maryam membuka bagasi itu dengan menarik zipnya. Maryam mengeluarkan satu demi satu pakaiannya dan kemudian diletakkan di dalam almari kayu jati itu. Dalam kesibukan Maryam mengemas barangnya, Aliyah pun datang menjenguk Maryam.

" Maryam sudah siap kemas?" – tanya Aliyah kepada Maryam.

" Belum lagi, Mak Uda." – jawab Maryam sambil memasuki bajunya ke dalam almari jati.

" Kalau dah siap mengemas nanti, pergi mandi ye. Dah habis mandi, turun makan ya." – kata Aliyah kepada Maryam.

" Baiklah, Mak Uda." – jawab Maryam lagi.

Aliyah pun pergi ke dapur untuk menyiapkan makan malam mereka sekeluarga. Maryam pula menyambung memasuki bajunya ke dalam almari.

*************************************

Setelah Aliyah selesai mandi dan mengenakan pakaian, dia pun bergegas turun ke bawah dan pergi ke ruang makan.

Sampai sahaja di ruang makan, terhidang pelbagai juadah makan malam yang sangat menyelarakan. Dari segi pemandangan luar sudah kelihatan lazat, apatah lagi rasanya. Aliyah yang melihat Maryam datang, menjemput Maryam untuk duduk.

Kemudian, Aliyah pun bergerak ke tangga dan berkata " Abang, makanan dah siap. Marilah turun makan sekali".

Nabil pun turun dari biliknya dan terus pergi ke meja makan. Aliyah mencedukkan nasi untuk suaminya terlebih dahulu kemudian diberikan pula kepada Maryam.

" Maryam ambil lah lauk apa yang Maryam mahu. Jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri." – kata Aliyah kepada Maryam.

" Betul tu. Lagipun Pak Uda dengan Mak Uda bukannya orang asing. Jangan segan-segan. Jemput, jemput." – kata Nabil pula kepada Maryam.

Maryam pun mengambil lauk-pauk yang terhidang depannya. Maryam pun merasai masakan Aliyah. Seperti yang dijangkakan, rasanya juga enak seperti apa yang terhidang di mata. Sesungguhnya, Aliyah sangat hebat dalam memasak.

*************************************

Sudah hampir sebulan Maryam tinggah bersama mak cik dan pak cik nya. Mereka hidup dengan bahagia sepanjang tempoh tersebut. Maryam kini sudah menganggap mereka seperti keluarganya sendiri. Tetapi itu tidak berkekalan lama, sehinggalah Maryam terdengar perbualan mak cik dan pak cik nya bersama seorang peguam.

" Jadi macam pengurusan harta adik saya, Maimun?" – tanya Aliyah

" Puan tak perlu risau, semua pengurusan berjalan lancar. Saya yakin kalau puan dan tuan terus menjaga Maryam, pihak mahkamah mungkin akan menitikberatkan pembahagian harta Tuan Rashid dan Maimun kepada puan dan tuan. Kalau tidak sepenuhnya, mungkin sebahagian harta akan diberikan kepada tuan dan puan." – jelas peguam itu.

" Baguslah macam tu. Kaya kita abang." – kata Aliyah kepada suaminya, Nabil.

" Betul tu, sayang." – jawab Nabil.

Maryam yang terdengar perbualan mereka berasa berasa kecewa dengan mak cik dan pak cik nya. Rupa-rupanya, hubungan yang mereka cipta hanyalah satu kepura-puraan. Kasih sayang yang diberikan mak cik dan pak cik nya hanyalah satu kepalsuan.

*************************************

Keesokan harinya, Maryam turun dari biliknya dan pergi ke ruang makan. Maryam turun dengan muka yang muram dan suram. Aliyah berasa hairan dengan riak wajah anak buahnya ini.

" Maryam sakit ke? Monyok je?" – tanya Aliyah kepada Maryam sambil mengcedokkan nasi untuk Maryam.

" Mak Uda, boleh Maryam tanya satu soalan?" – kata Maryam kepada mak ciknya, Aliyah.

" Soalan apa tu? Tanya lah?" – kata Aliyah.

" Mak Uda ikhlas ke jaga Maryam?" – tanya Maryam kepada Aliyah.

" Kenapa tanya soalan macam tu? Mak Uda dah anggap Maryam macam anak Mak Uda sendiri." – jawab Aliyah kepada soalan Maryam

" Ouh, bukan sebab nak harta arwah ayah dan ibu, Maryam?" – tanya Maryam lagi kepada Aliyah.

" Kenapa Maryam cakap macam tu? Mak Uda tak pernah terfikir pun nak buat macam tu dekat anak buah Mak Uda." – tegas Aliyah kepada persoalan Maryam.

" Sudahlah, Mak Uda. Maryam bukan nak kurang ajar. Maryam dengar apa yang Mak Uda bualkan dengan peguam semalam. Mak Uda dan Pak Uda jaga Maryam semata-mata nakkan harta arwah ibu dan arwah ayah je. Maryam tak sangka Mak Uda sanggup buat macam ni dekat Maryam." – tegas Maryam pula.

" Jadi kau dah tahulah. Jadi, tidak perlulah aku berlakon lagi. Memang betul aku bela kau sebab aku nakkan harta kau semata-mata." – jujur Aliyah kepada Maryam.

" Sampai hati Mak Uda." – kata Maryam.

" Memang aku sampai hati. Kau tahu tak kau ni menyusahkan aku. Setiap hari aku terpaksa berikan kau makan. Sara hidup kau. Kau patut bersyukur dan jangan banyak soal." – tegas Aliyah sambil memicit kedua-dua belah pipi sampai termuncung mulut Maryam.

" Sakit, Mak Uda. Sakit!" – jerit Maryam kesakitan.

" Sakit? Sakit lagi hati aku dengan mak kau. Aku ini adik dia, tapi sekupang pun dia tak pernah bagi aku. Orang kaya sombong." – kata Aliyah yang masih memicit kedua-dua belah pipi Maryam.

" Mak Uda, Sakittt!" – jerit Maryam lagi.

Dalam kebisingan itu, suami Aliyah pulang dari kerjanya. Terkejut suami Aliyah, Nabil apabila melihat apa yang terjadi di rumah saat ketiadaanya. Nabil terus menyuruh isterinya untuk melepaskan Maryam. Aliyah berdegil untuk tidak melepaskan Maryam. Nabil yang melihat kedegilan isterinya, terus mengenggam tangan isterinya dan dengan paksaan menarik tanga Aliyah daripada Maryam.

" Apa yang sayang buat ni?" – tegas Nabil kepada isterinya, Aliyah.

" Budak ni, abang, tak reti bersyukur. Orang dah jaga dia, banyak pula soal dia." – jelas Aliyah sambil menolak-nolak kepala Maryam.

" Apa benda sayang ni? Maryam ni anak yatim piatu. Tak elok menganiayai anak yatim piatu. Berdosa besar, sayang." – pesan Nabil.

" Arghh, abang bela lah budak ni. Malas saya nak layan." – kata Aliyah dan terus pergi naik ke biliknya.

Nabil telah membuat isterinya merajuk tetapi Nabil mengdahului anak buahnya. Nabil bertanyakan tentang keadaan Maryam dan Maryam mengatakan bahawa dia baik-baik sahaja. Nabil pun menyuruh Maryam naik ke atas untuk menenangkan diri.

*************************************

Pada waktu Malam, Maryam baring dan menangis sambil memegang gambar arwah ibu dan ayahnya. Kejadian yang terjadi pada pagi tadi menyebabkan Maryam bersedih dan merindui keluarganya.

Dalam kesedihannya, tiba-tiba Maryam mendengar bunyi ketukan pintu. Nabil pun bersuara " Boleh Pak Uda masuk?". Maryam pun membenarkan Nabil untuk masuk. Nabil kelihatan seperti membawa secawan air kosong dan pil ubat. Nabil menyuruh Maryam untuk memakan ubat tersebut. Maryam bertanyakan apakah ubat yang diminta untuk makan itu. Nabil menjawab bahawa itu hanya pil vitamin C. Maryam tidak berfikir panjang dan terus memakan ubat itu yang disangka vitamin C.

Setelah memakan pil itu, selepas beberapa minit, Maryam berasa mamai. Maryam pun tertidur dan terbaring di atas riba Nabil. Rancangan Nabil berjaya untuk menidurkan Maryam dan kemudian merogol Maryam pada hari itu.

Bersambung . . .

Karun MaryamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang