" Macam mana dengan keadaan Cik Mashitah, dah sedar?" - tanya Ghazwan kepada Mimi.
" Masih tak sedarkan diri." - jawab Mimi.
Umai pula berada di dalam bilik Mashitah sedang menemani dan menunggu Mashitah untuk tersedar. Kejadian yang berlaku itu masih mengejutkan mereka semua. Adakah Bali Maneh sudah memulakan pemburuan dia untuk hidup semula bersama dengan arwah Maryam?
Khai kelihatan sedang berfikir sesuatu di ruang tamu. Kebetulan pula, Ghazwan dan Ibrahim datang ke ruang tamu. Khai pun cuba menyuarakan ideanya untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan Bali Maneh ini.
" Aku rasa aku ada idea, macam mana nak selesaikan semua masalah ni." - kata Khai kepada Ghazwan dan Ibrahim." Idea macam mana tu?" - tanya Ghazwan.
" Kita panggil bomoh? Hal-hal mistik macam ni aku rasa bomoh adalah solusi terbaik. Lagipun kita ni manusia biasa. Kita tak ada ilmu yang cukup tinggi nak settlekan benda-benda ghaib macam ni." - terang Khai kepada mereka berdua.
" Aku bangkang idea kau!" - kata Ibrahim setelah mendengar penjelasan merepak Khai." Asal kau nak bangkang aku, hah? Ini satu saja caranya kita nak settle masalah ni" - tegas Khai kepada Ibrahim.
" Sebab syirik. Bomoh-bomoh ni semua kerja syirik. Daripada kita panggil bomoh ni, baik kita panggil Ustaz mana-mana yang boleh buat perubatan Islam ni." - jelas Ibrahim kepada Khai.
" Hrmmm, bajet alim." - kata Khai dalam keadaan berbisik hingga tidak didengari oleh Ghazwan dan Ibrahim." Mana kita nak cari Ustaz dekat kawasan ni? Kita bukannya orang sini." - tanya Ghazwan kepada Ibrahim.
" Maghrib nanti aku akan pergi solat dekat surau berdekatan. InshaAllah, aku cuba tanya orang-orang dekat sana yang mungkin tahu." - jelas Ibrahim kepada Ghazwan.
Perbincangan mereka pun berakhir. Mereka bertiga pun pergi melawat Mashitah. Kecewa mereka melihat keadaan Mashitah yang masih belum menyedarkan dirinya. Umai meminta Mimi untuk bawakan kain dan mangkuk berisikan air kosong. Mimi bertanyakan untuk apa semua itu diperlukan. Umai menjawab bahawa dia ingin membersihkan Mashitah. Mimi langsung terus ke dapur untuk dapatkan barang yang dikehendaki oleh Umai.**************************
Di tengah hari yang redup, Umai sedang mengemas biliknya. Mimi pun datang menjenguk keadaan Umai.
" Aku tengok kau Umai, macam tak takut jer dengan apa yang dah terjadi." - kata Mimi sambil melihat Umai.
" Mestilah aku takut, Mimi. Tapi jangan lah kita takutkan semua benda ni lebih daripada kita takutkan Allah SWT, kan?" - jawab Umai." Dah mula dah ustazah kita ni." - kata Mimi yang tersentap.
Umai pun sudah selesai mengemas biliknya. Umai pun kembali ke bilik Mashitah untuk menjenguk keadaan Mashitah yang terkini. Malangnya Mashitah masih tidak sedarkan diri. Mashitah kelihatan berpeluh satu badan. Umai pun kembali mengelapkan badan-badan Mashitah. Risau Umai melihat keadaan Mashitah yang tiada perkembangan.
**************************
Hari sudah semakin gelap menunjukkan sudah memasuki waktu maghrib. Seperti yang telah dikatakan oleh Ibrahim, dia ingin mencari mana-mana Ustaz yang boleh membantu mereka menyelesaikan hal-hal ghaib yang berlaku di rumah kayu Maryam sekaligus melihat keadaan Mashitah.
Ghazwan mempelawakan diri untuk menyertai Ibrahim solat Maghrib berjemaah di surau, manakala Khai leka bermain dengan telefon bimbitnya. Ghazwan pun menghidupkan enjin vannya dan memulakan perjalanan ke surau. Sementara mereka memulakan perjalanan, Ibrahim membuka aplikasi Maps dalam telefon pintar untuk mencari surau berdekatan. Setelah menjumpai lokasi mereka, mereka terus bergerak ke sana.
Sampai sahaja ke surau, azan Maghrib pun baru bermula. Ghazwan dan Ibrahim pun pergi ke tempat mengambil wuduk untuk berwuduk. Selesai sudah, mereka pun bersiap-siap untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
YOU ARE READING
Karun Maryam
HororNovel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di...