Riuh rendah kedengaran gelak tawa pasangan suami isteri yang sedang mengemas rumah baru mereka . Kadangkala berlari kadangkala berpelukan mesra . Satu pasangan romantik yang baru sahaja berkahwin sehari yang lalu .Majlis perkahwinan gilang gemilang meraikan penyatuan dua hati itu . Pasangan sama cantik sama padan . Mendapat pujian ramai orang dek kerana keduanya orang yang berkerjaya .
Jeon Jungkook , anak kepada seorang ahli perniagaan kapal . Mengambil alih perniagaan ayahnya setahun yang lalu kerana Tuan Jeon mengutarakan dirinya mahu beristirehat panjang .
Si isteri pula , Song Jihyo seorang pengusaha butik pengantin ternama .
Mendapat banyak sambutan bahkan dari para selebriti terkenal ." Aaaa--- awak basahlah baju saya "
Jihyo merengek geram apabila Jungkook menyembur air kepadanya . Keduanya berada dihalaman membasuh kereta . Jungkook tertawa senang dapat mengusik isterinya itu . " Sayang kan tak mandi lagi " ujar Jungkook dan mahu semburkan air kepada Jihyo lagi ." Aniyo , jangan--- awak pun sama tak mandi lagi .
Tak naklah--- sejuk " Jihyo menghentak kaki membuatkan Jungkook semakin galak ketawa . " Okay--- okay--- tak sembur dah " paip air dia letak bawah .Jungkook menghampiri Jihyo dan memeluk isterinya itu dari belakang .
" Sayang--- keluar nak ? " tanya Jungkook seraya mencium pipi gebu isterinya itu ." Keluar ?
Pergi mana ? "
Jihyo memegang tangan Jungkook dipinggangnya . " Makan , shopping , tengok wayang . Nak ? "Jihyo sengih .
" Nak .
Awak belanja saya ya "" Boleh , sayang .
Nak apa pun saya belanja "
Balas Jungkook membuatkan Jihyo senyum lebar kesenangan . Jihyo pusing mengadap suaminya itu . Kedua pipi Jungkook dia pegang . " Awak , thanks tau .
Saya happy sangat sekarang . Thanks hadir dalam hidup saya " ucap Jihyo dibalas ciuman singkat oleh Jungkook dibibirnya ." Saya yang sepatutnya berterima kasih dengan awak .
Saya bertuah sangat dapat memperisterikan awak " rambut Jihyo diselit tepi telinga .Jihyo peluk Jungkook .
" Awak janji tau jangan tinggalkan saya .
Saya sayang awak sangat-sangat " tubuh itu dipeluk erat .
Dia terlalu sayangkan Jungkook ." Ya--- sayang .
Saya janji " pelukan Jihyo dibalas .+++