Hari yang ditakutkan dan melukakan hati Jihyo akhirnya tiba . Hari dimana sang suami mengahwini wanita lain . Tabahkan diri walau hatinya luka parah . Kecewa dengan apa yang terjadi . Menyaksikan sendiri di depan mata Jungkook mengahwini Irene . Sesak dada menyaksikan penyatuan keduanya . Airmata ditahan kerana dia tidak mahu terlihat lemah .
Dari jauh Jihyo melihat .
Berdiri seorang diri di meja paling belakang . Kacamata yang dipakai dia betulkan . Tidak mahu sesiapa melihat matanya yang kemerahan akibat menangis tidak berhenti semalam .Bunyi kerusi ditarik disebelah menarik perhatian Jihyo . Dia berpaling kesebelah .
" Kenapa tak makan ? "
Tanya Minghao . Makanan di depan Jihyo langsung tidak luak sedikit pun . " Jihyo tak lapar lagi , oppa "" Jihyo , oppa dah cakap kan kalau tak boleh jangan paksa diri .
Tak ada siapa marah kalau Jihyo tak datang " ujar Minghao . Sebagai seorang abang dia tidak mahu tengok adiknya sedih . " Jihyo okay , oppa " balas Jihyo seraya senyum nipis .Jihyo toleh kearah seseorang .
Dia serasa seperti mengenali lelaki itu .
" Erm--- oppa Jihyo nak jumpa kawan kejap " Minghao angguk dan menumpukan perhatian kearah pentas .Jihyo menghampiri lelaki yang sedang berdiri ditepi tiang sambil makan sepiring kek ditangan .
" Taehyung ? "
Teguran Jihyo mengalihkan perhatian lelaki itu . Dia terus berhenti makan . " Oh , hai Jihyo " Taehyung angkat tangan kepada Jihyo ." Hai , awak buat apa dekat sini ? "
Tanya Jihyo .
Bingung dengan kehadiran Taehyung di majlis hari ini . " Majlis kahwin kawan saya " jawapan Taehyung semakin membingungkan Jihyo . Kawan ?" Kawan ?
Siapa ? "" Pengantin perempuan .
Irene .
Dia kawan saya masa dekat kolej lagi " balasan Taehyung mengejutkan Jihyo . Tidak menyangka Taehyung rupanya kawan Irene . Wanita yang kini sudah menjadi madunya ." Awak pula buat apa dekat sini ?
Pengantin lelaki kawan awak ke ? "
Tanya Taehyung .
Manalah tahu sama sepertinya datang tengok kawan kahwin .
Jihyo geleng . Raut wajah berubah .
" Bukan kawan .
Tapi suami " jawapan Jihyo membuatkan mata Taehyung membulat ." Suami ?
Siapa suami awak ? "
Soal Taehyung inginkan kepastian ." Pengantin lelaki suami saya "
Jawab Jihyo pelan .
Hampir tidak kedengaran .
Tapi tetap dapat didengari oleh Taehyung .
" Hah ! jadi--- " Taehyung tidak mampu untuk meneruskan soalannya akibat terlampau terkejut . Situasi apakah sekarang ini ? jarang berlaku isteri datang majlis kahwin suami sendiri ." Nae , kawan awak madu saya "
Jelas Jihyo lagi dan berlaku pergi .
Mahu ke tandas .Taehyung pandang Jihyo yang sudah melangkah pergi . Sukar untuk dia percaya sekarang ini . " Apa benda ni ? " tanya Taehyung sendiri . Confius dengan apa yang dia dengar . Situasi semacam apa ini .