" Hari ni aku tak nak makan makanan yang kau masak . Aku nak kau keluar belikan aku dengan Su Ah makanan . Kau dengan anak kau tu suka hati kau nak makan apa .
Aku tak kisah "" Jangan melawan cakap aku kalau kau tak nak aku apa-apa kan anak kau "
Arahan Irene dituruti oleh Jihyo dek kerana tidak mahu apa-apa terjadi kepada Gun Ho . Jihyo menaiki bas mahu ke pasaraya . Dengan diri yang masih berpantang dia gagahi juga untuk membelikan makanan seperti yang disuruh oleh Irene . Dia tidak ubah seperti hamba abdi kepada madunya sendiri .
" Jihyo--- "
Laju Taehyung melangkah kearah Jihyo yang sedang keluar dari pasaraya . Kiri kanan plastik berisi barang-barang dapur . " Jihyo--- " panggil Taehyung sekali lagi . Jihyo memandang Taehyung ." Taehyung , awak buat apa dekat sini ? "
Tanya Jihyo . " Saya yang patut tanya awak soalan tu . Awak buat apa dekat sini ? awak tengah berpantang kan , kenapa pula awak yang kena keluar beli barang dapur ? " pertanyaan Taehyung membuatkan Jihyo terdiam sejenak ." Saya yang nak keluar beli "
Jawab Jihyo dan melangkah pergi ." Tunggu--- Jihyo awak datang dengan apa ? " Taehyung mengejar langkah Jihyo dan berdiri dihadapan wanita itu . " Bas " jawab Jihyo sepatah . Jihyo tidak mahu berlama-lama kerana risau apa-apa berlaku kepada Gun Ho . Dia risaukan anaknya itu .
" Jom , saya hantarkan awak balik "
Tanpa menunggu balasan dari Jihyo , Taehyung terus mengambil plastik ditangan Jihyo dan bawa ke keretanya . " Aish--- Taehyung tak payahlah " bantahan Jihyo tidak dihiraukan oleh Taehyung ." Bahaya dengan keadaan macam ni balik dengan bas .
Kajja ! " Taehyung membuka pintu kereta selepas meletakkan plastik barang dapur ditempat duduk belakang . Jihyo akur jua . Dia masuk di seat selepas pemandu . Taehyung mengukir senyum akhirnya Jihyo setuju walaupun terpaksa ." Cuba awak jujur dengan saya .
Betul ke awak sendiri yang nak keluar ataupun ada orang yang paksa awak ? " tanya Taehyung memecahkan kesunyian antara mereka ." Taehyung--- boleh tak awak tak payah nak masuk campur urusan saya .
Kenapa pula saya perlu jujur dengan awak ?
kita tiada kena mengena apa-apa pun " balas Jihyo tidak suka . Baginya Taehyung sedikit mendesak .Taehyung langsung tidak terasa dengan setiap kata-kata Jihyo .
Dia memberhentikan kereta di tepi jalan .
" Irene ada buat benda tak elok dengan awak ke ? "" Tak ada .
Saya kata tak ada jadi tak ada lah "" Jihyo , kalau awak rasa awak tak boleh nak terus terang sebab Irene kawan saya . Jadi awak anggap jelah yang saya dengan Irene tak pernah kenal .
Please , Jihyo .
Saya tahu awak tipu .
Lengan awak menjelaskan segalanya kepada saya " ujar Taehyung membuatkan Jihyo terus menutup kesam lebam di lengannya dengan cara menurunkan lengan yang terselak itu .Taehyung pandang Jihyo dengan raut wajah risau . " Irene dera awak ? "
" Jihyo , tolong jujur .
Jangan biarkan saya dalam penasaran " Taehyung seakan terdesak .
Kesam lebam di lengan Jihyo agak lain .
Jika dikatakan jatuh tidak akan seperti itu .
Kesan lebam itu seperti di dera .