chap ; 9

302 59 34
                                    

new york .

" Jungkook— "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jungkook— "

Jungkook toleh .
Sedang melihat fail ditangan .
Seorang staff lelaki menghampirinya .

" Tuan Jeon call .
Dia cakap kau tak jawab call dia "
Ujar staff tersebut .
Jungkook terus ambil telefon dan periksa telefonnya . Memang ada panggilan tidak berjawab daripada Tuan Jeon . " Ah— aku tak perasan . Kejap lagi aku call balik " ralit sangat buat kerja sampai tak perasan appa nya call .

" Tuan Jeon suruh kau call dia sekarang .
Dia cakap Jihyo dah selamat melahirkan bayi lelaki " kata-kata staff tersebut mengejutkan Jungkook . Tanpa menunggu lama telefon terus dia ambil . " Tolong simpan fail-fail ni kejap " suruh Jungkook . Dia keluar dari bilik tersebut . Nombor telefon Tuan Jeon dia hubungi .










 Nombor telefon Tuan Jeon dia hubungi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyo mencuit pipi gebu Gun Ho .
Terukir manis senyuman Jihyo apabila Gun Ho mengeliat comel . Tangan kecil Gun Ho begitu mengemaskan . Gun Ho baru sahaja tidur selepas Jihyo menyusukan anaknya itu . Selimut Jihyo tarik menyelimut Gun Ho . Gun Ho ditepuk-tepuk perlahan .

Sesekali Jihyo menguap .
Dia pun sudah merasa mengantuk .
Baru sahaja mahu melelapkan mata , pintu dibuka dari luar . Terpancul muka bengis Irene .

" Hey , Jihyo—
Kau ni dari semalam balik senang lenang je dalam bilik ni . Kau ingat aku apa ?
Orang gaji dalam rumah ni ? kau bangun sekarang kemas rumah , masak . Asyik aku je kena buat " herdik Irene geram .
Padahal Jihyo baru melalui proses berpantang . Memanglah kena rehat .

" Irene , aku tengah pantang kan .
Kalau kau tak boleh nak tolong kau balik jelah rumah kau . Aku tak paksa pun kau tolong aku " balas Jihyo dan meletakkan kepala atas bantal . Dia mahu tidur . Malas mahu bergaduh dengan Irene .

" Kau gila ke ?
Kalau aku balik apa pula Jungkook kata .
Kau memang nak menampakkan aku jahat kan ? " ujar Irene .
Dia tidak membalas . Mata sudah dipejamkan . Amarah Irene membuak-buak .

" Bangun ! "
Irene bertindak menarik Jihyo bangun .

" Irene kenapa kau ni ?
Lepaslah ! " terkejut Jihyo dengan tindakan Irene . Dia ditarik sehingga turun dari katil . Dia menarik kembali lengannya , tapi kudratnya tika ini begitu lemah . Dia dalam proses berpantang . Masih tidak kuat sepenuhnya . " Aku nak kau kemas rumah .
Masak ! kau tak payah nak bersenang-senang ! " bentak Irene .

" Irene ! sakitlah .
Lepas ! " Jihyo menjerit .
Lengannya terasa sakit akibat ditarik terlalu kuat oleh Irene . Pintu bilik ditutup kasar oleh Irene sehingga Gun Ho terbangun dan menangis .

" Gun Ho , Irene lepas !
Kau dah gila ke ? "
Jihyo mahu masuk kembali kedalam bilik apabila dengar suara tangisan Gun Ho .

" Ikut aku !
Aku tak nak jadi pembantu rumah kau ! "
Irene sudah gila akal .
Jihyo ditarik turun ketingkat bawah .
Tangisan Jihyo tidak dihiraukan .

" Ark— "
Mengerang Jihyo apabila dia ditolak sehingga jatuh tersemban di lantai tingkat bawah . Airmata mengalir laju .
Sakit dirasa pada jahitan pembedahannya . Perit dia rasakan . " Hiks--- Irene , tolong jangan buat aku macam ni .
Hiks--- sakit " Jihyo menangis sakit .
Irene tidak hiraukan .

" Aku nak kau bangun sekarang !
Bangun ! "

" Kau pergi masak sarapan pagi sekarang juga ! kalau tidak aku buat lagi teruk atau aku kerjakan anak kau ! " ugutan Irene benar-benar mengejutkan Jihyo . " Andwae ! Irene aku merayu jangan apa-apa kan Gun Ho . Tolonglah " rayu Jihyo . Dengan keadaan begini dia tidak mampu untuk melawan Irene .

" Kalau tak nak bangunlah .
Pergi masak aku dengan Su Ah lapar " tepik Irene kuat bagaikan singa betina . Dengan susah payah Jihyo berdiri . Perlahan-lahan dia bergerak ke dapur . Masuk ke dapur Jihyo mula memasak . Airmata tidak berhento daripada mengalir .

" Cepat !
Aku nak pukul 7:30 kau dah siap masak .
Lepas masak basuh baju aku dengan baju Su Ah . Kemas bilik aku dengan Su Ah .
Dan kemas rumah ni .
Kau jangan rehat selagi tak siap semua " arah Irene dan berlalu pergi mahu melihat Su Ah yang masih tidur .

" Hiks--- "
Jihyo menangis di depan sinki .
Bahunya terangkat-angkat .
Tidak menyangka nasibnya akan seteruk ini . Tangan naik memegang perut yang terasa pedih . Kesan jahitan pembedahan terasa sakit-sakit akibat jatuh sebentar tadi . Jahitan itu masih lagi baru . Sudah tentu dia rasa sakit .

" Hiks--- eomma , appa "
Rintih Jihyo seorang diri .







+++




Sepanjang apa melakukan apa yang diarahkan oleh Irene , Jihyo menahan sakit . Banyak kali dia mengaduh sakit . Lelah dirasa membuat semua kerja rumah . Mengangkat apa yang berat seperti bakul kain dan sampah . Irene hanya tengok sahaja dengan senyuman sinis . Merasa kemenangan .

Acapkali juga Jihyo menangis .
Menangis sedih akan apa yang jadi kepadanya dan menangis kerana sakit .
Dan seringkali juga Jihyo merintih kelaparan . Irene tidak membenarkan Jihyo makan selagi semua kerja tidak disiapkan sepenuhnya . Jihyo menahan lapar . Air pun tidak diberi minum sehingga Jihyo terpaksa minum air paip kerana terlampau dahaga .

" Dah , kau boleh rehat "

Dengar sahaja kata-kata Irene , Jihyo naik ketingkat atas . Masuk kedalam bilik dia terus menguruskan Gun Ho . Diberi susu , memandikan serta menukar pakaian Gun Ho . Baru sahaja mahu duduk disebelah Gun Ho , telefon Jihyo berbunyi . Telefon diatas meja dia ambil .

Raut wajah Jihyo berubah .
Panggilan daripada Jungkook .
Jihyo duduk dibirai katil .
Tanpa fikir panjang dia terus jawab .

" Yeoboseyo , hai sayang buat apa tu ?
Baby sihat ? " tanya Jungkook ceria .

" Sihat "
Jawab Jihyo pendek . " Erm--- awak "

" Nae , kenapa sayang ? "
Tanya Jungkook .
Dia sekarang berada di dalam kereta mahu balik ke hotel . Baru sahaja selesai kerja . Jihyo mahu menceritakan apa yang dilakukan oleh Irene , tapi apabila teringat akan ugutan Irene mahu mencederakan Gun Ho Jihyo batalkan niatnya mahu memberitahu Jungkook tentang itu .

" Bila awak nak balik ? "
Tanya Jihyo .
Sehari pun dia rasa terseksa .
Cepatlah Jungkook balik .
Jadi tidaklah dia diseksa oleh Irene lagi .

Jungkook tersenyum mendengar pertanyaan Jihyo . " Lagi lima hari , Jihyo .
Kenapa dah rindu ke ? " seloroh Jungkook . Hatinya terasa lega .
Mungkin Jihyo sudah tidak marah . Airmata Jihyo mengalir laju . " Hiks--- "

Terkejut Jungkook apabila dengar Jihyo menangis . Terus dia duduk tegak .
" Hey , kenapa menangis ni ?
Jihyo , ada apa-apa jadi ke ?
Kenapa nangis ni ? " tanya Jungkook risau .

" Aniyo , saya cuma nak awak balik cepat "
Jawab Jihyo lirih .
Lima hari terlalu lama .
Macam-macam boleh berlaku sepanjang lima hari itu .

" Jihyo , sayang jangan macam ni .
Saya janji habis kerja saya terus balik .
Saya janji okay "

" Tapi awak kena janji dengan sayalah .
Awak kena jaga diri , jaga Gun Ho sebaiknya . Jangan skip makan .
Kalau ada apa-apa call saya " pesan Jungkook prihatin . Jihyo kesat airmata yang semakin mengalir laju . Meronta-ronta dia mahu suruh Jungkook balik hari ini terus . Tapi dia tahu Jungkook kerja .

' Hiks--- Jungkook saya perlukan awak .
Saya takut ' rintih hati Jihyo .

" Sayang , take care tau .
Nanti saya call lagi .
Saya nak balik hotel ni .
Dah jangan nangis okay..
Nanti tak senang duduk saya dekat sini sebab risaukan awak "

...

BERSAMBUNG .

[ ✓ ] 𝑎𝑛𝑜𝑡ℎ𝑒𝑟 𝑏𝑟𝑖𝑑𝑒 | 𝙟𝙟𝙠Where stories live. Discover now