Beberapa bulan berlalu , keadaannya masih sama . Jihyo setia menyulam luka yang sedia ada parah . Kadangkala kena menahan melihat kemesraan Jungkook dan Irene di depan mata apabila keluarga mengadakan majlis makan-makan . Jungkook sedaya upaya bersikap adil . Tapi seadil apapun Jungkook tetap tidak mampu mengubat kembali luka yang ditoreh .Perut Jihyo pun sudah membesar dan menghitung hari sahaja untuk melahirkan . Dan berjalannya waktu , keadaan Su Ah semakin parah . Tidak mampu untuk berjalan bahkan untuk bercakap pun tidak boleh . Hanya bunyi sahaja yang kedengaran . Patan perkataan langsung tidak keluar . Su Ah bagaikan bisu dan juga lumpuh .
" Jihyo "
Jungkook mendekati Jihyo yang sedang termenung di depan kolam renang . " Kemas barang . Saya nak awak tinggal dengan Irene buat sementara waktu " ujar Jungkook membuatkan Jihyo terkejut ." Kenapa pula saya kena tinggal dengan dia ? " tanya Jihyo tak puas hati .
" Saya kena uruskan cawangan dekat London sementara , Jihyo .
Saya risau kalau awak tinggal sorang sebab awak dah sarat sangat ni . Sekurangnya Irene ada untuk tengok kan awak .
Lagipun dia yang cadangkan "" Saya tak nak .
Saya nak duduk rumah ni "
Bantah Jihyo .
Dia tidak mahu duduk menumpang , tambahan pula itu rumah Irene . " Tolonglah jangan nak paksa saya " Jihyo mahu pergi tapi lengannya dipegang oleh Jungkook ." Arrassoe--- saya suruh Irene pindah tinggal dekat sini .
Please , saya tak nak tinggal awak dengan keadaan sarat macam ni sorang diri . Saya tak minta tolong eomma dengan appa kita sebab bagi saya lebih baik Irene yang jaga awak . Lagipun dia berharap sangat dapat jaga awak " disamping itu , Jungkook mahu memulihkan keadaan yang sedia ada keruh . Manalah tahu sepanjang Irene jaga Jihyo hubungan keduanya akan baik dan rapat ." Suka hati awaklah .
Awak kan suami berhak buat keputusan .
Saya ni isteri je " sindir Jihyo dan masuk kedalam . Jungkook hela nafas berat . Rambut diraup kebelakang . " Saya cuma risaukan awak , sayang " keluh Jungkook . Berat hati untuk dia pergi . Tapi sudah tanggungjawabnya .
Jungkook mendail nombor telefon Irene .
Mahu memberitahu Irene supaya berkemas kerana dia akan menjemput Irene dan Su Ah sebentar lagi ." Yeoboseyo , nae sayang kenapa ? "
Tanya Irene lembut . " Awak kemas-kemas barang awak dengan Su Ah .
Kejap lagi saya ambil awak dengan Su Ah .
Buat sementara ni awak tinggal dekat sini . Boleh kan ? " tanyanya walaupun Irene sudah bersetuju dari awal lagi untuk menjaga Jihyo .