chap ; 3

261 61 39
                                    

" Nah ! bekal untuk awak , sayang "Jihyo memberikan sebuah bekas bekalan makanan kepada Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Nah ! bekal untuk awak , sayang "
Jihyo memberikan sebuah bekas bekalan makanan kepada Jungkook .
" Apa ni ? " tanya Jungkook sambil sambung betulkan tali lehernya . Jihyo meletakkan bekas makanan diatas meja .

" Bekal untuk awak makan dekat pejabatlah "  ujar Jihyo dan bantu kemaskan tali leher suaminya itu . " Senanglah sikit nanti tak adalah awak susah-susah nak keluar . Bekal dah ada jadi makan je dekat pejabat . Kan senang " Jihyo dongak dan senyum kepada suaminya itu .

" Tak perlu susahkan diri awak .
Saya tahu awak busy dengan butik "
Balas Jungkook .
Entah kenapa dia tiba-tiba rasa bersalah . " Mana ada lah awak .
Seorang isteri tak akan rasa susah bila uruskan suaminya " sekilas Jihyo mencium pipi Jungkook .

" Saya nak kemas dapur .
Awak pergilah kerja .
Take care , husband "
Ujar Jihyo ceria seraya menapak masuk ke dapur . Jungkook tercegat disitu . Rasa terpukul dengan kata-kata isterinya itu . Jungkook pandang bekas makanan diatas meja . Dia ambil bekas tersebut dan keluar dari rumah .

" Oh ya , awak !
Sayang ! "
Dari dapur Jihyo berlari keluar .
Jungkook yang sudah berada di kereta menoleh . Jihyo berdiri di muka pintu . " Awak--- malam ni saya pergi juga tau majlis makan-makan Jeons Holding . Jumpa dekat sana tau " ujar Jihyo membuatkan raut wajah Jungkook berubah .

" Aish--- buat apa nak pergi juga .
Awak kan balik lewat kerja .
Nanti penat " balas Jungkook sengaja mencari alasan agar Jihyo tidak pergi .

" Aww--- so sweet awak risaukan saya .
Tapi gwenchana , saya okay tak penat pun .
Saya pergi ya " Jihyo membalas ceria dan masuk kembali .

Jungkook hela nafas berat .
Sangkanya Jihyo tidak akan pergi ke majlis makan-makan itu .
Kesudahannya akan datang juga .
Segala rencananya mahu keluar dengan Irene selepas itu akan dibatalkannya dek kerana Jihyo turut ada disana .







" Oh , "
Terus berubah sedih raut wajah Irene apabila Jungkook mengatakan yang mereka tidak boleh keluar malam ini selepas majlis makan-makan . Jungkook rasa serba salah . " Lain kali kita boleh keluar . Mianhe , saya takut kantoi nanti " ujar Jungkook cuba memujuk Irene .

" Saya okay je kalau awak tak boleh keluar .
Cuma Su Ah . . "

" Dia tahu ? "

Irene angguk .
" Dia asyik kata nak jumpa dengan awak je .
Nak makan-makan dengan awak " Jungkook mulai rasa bersalah apabila mengingatkan Su Ah . " Yeke , rasa bersalah pula "

" Mianhe , sebab buat awak rasa bersalah .
Saya sebagai ibu hanya nak tunaikan permintaan anak saya je " Irene tunduk dengan raut wajah sedih . " Irene--- " Jungkook memegang tangan Irene diatas meja .

" Macam ni , saya akan cuba .
Tapi saya tak janji , okay ? "

Senyuman Irene terbit .
" Arrassoe--- tapi jangan paksa diri awak .
Saya tak nak awak rasa terpaksa " ujar Irene walaupun dalam hati berharap sangat Jungkook boleh . Dia tidak sanggup tengok Su Ah sedih . " Okay , dah makan .
Nak balik pejabat pula ni " pinta Jungkook . Irene angguk ceria . Jungkook memang pandai ambil hatinya .

Dalam hati merasa sungguh bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki sebaik Jungkook . Sanggup menampung keperluan harian dia dan Su Ah . Gajinya yang tidak seberapa kadangkala membuatkannya terbatas untuk membeli segala keperluan .

Jungkook banyak membantu kerana separuh gajinya dibuat untuk bayar segala bil seperti bil air dan elektrik serta sewa rumah . Jungkook juga ada menyuarakan untuk membelikan Irene dan Su Ah rumah supaya keduanya selesa dan tidak duduk menyewa lagi .






+++



Majlis makan-makan sudah pun bermula .
Ramai tetamu yang hadir termasuklah ahli keluarga bagi syarikat Jeons Holding dan syarikat yang bekerjasama . Cukup mewah dan meriah . Jihyo sedari tadi berdiri disebelah Minghao asyik berbual . Ditengah tengah terdapat meja makan dan banyak makanan .

Berhadapan dengan mereka ada Jungkook serta beberapa staff Jeons Holding sedang berbual sambil minum . Irene berdiri disebelah Jungkook . Sedaya upaya keduanya bereaksi biasa . Saling menyapa seperti tidak mengenali satu sama lain .

Jihyo sesekali melirik kearah Jungkook .
Tidak mengesyaki apa-apa walaupun keduanya berdiri bersebelahan kerana semua dihadapannya staff Jeons Holding . Jihyo sambung berbual dengan Minghao sambil makan sepotong kek .

Apabila Jihyo memandang kearahnya , Jungkook mengukir senyum .
Dilirik Irene disebelahnya .
Raut wajah Irene lain .
Sedih kerana dia rasa jauh dengan Jungkook sekarang ini kerana Jihyo turut berada di majlis tersebut.

Perlahan-lahan Jungkook memegang tangan Irene dibawah . Berselindung dari meja . Cuba untuk memujuk Irene agar tidak merasa sedih . Dalam diam Irene mengukir senyum . Jungkook melepaskan kembali tangan Irene apabila Jihyo memandang kearahnya .

" Awak--- "

" Nae , ya sayang "
Jawab Jungkook membuatkan Jihyo gelak kecil . Raut wajah Irene berubah mendengar panggilan Jungkook kepada Jihyo . " Jom makan dekat sana " ajak Jihyo sambil menunjuk kearah sebuah meja di tepi kolam renang .

Irene melangkah pergi .
Tidak sanggup melihat suasana yang membuatkan hatinya cemburu .

Jungkook melirik Irene sekilas .
" Jom "
Dia dan Jihyo bergerak ke meja tersebut .
Minghao pula sudah tiada disitu kerana berbual dengan kawan-kawan nya .

" Awak--- siapa dekat sebelah awak tadi ? "

" Huh ? "
Jungkook sedikit terkejut apabila Jihyo bertanyakan tentang itu . " Ala--- perempuan dekat sebelah awak tadi tulah .
Cantiklah dia .
Saya tak pernah nampak .
Staff awak ke ? " tanya Jihyo lagi sambil menyuapkan daging kedalam mulut .

" Oh , nae staff baru .
Tapi cawangan lain.
Irene "
Jawab Jungkook sedikit gugup .
Lega kerana Jihyo tidak mengesyaki apa-apa . Jihyo terangguk-angguk . " Patutlah saya tak pernah nampak .
Lagipun , saya sekarang kan dah jarang jenguk awak dekat syarikat .
Mianhe tau , asyik busy je dengan butik "

Jungkook senyum .
" Sokay , sayang .
Saya faham awak busy dengan design baru .
Lepas tu dengan tempahan lagi .
Jangan risau saya faham "

" Thanks awak sebab faham saya "
Jihyo mengenggam tangan Jungkook diatas meja . Keduanya berbalas senyum . Dari jauh Irene melihat keduanya . Dia tunduk sedih . Tanpa sedar mata berkaca . Rupanya beginilah rasanya apabila bercinta dengan suami orang . Sakitnya tidak tertahan .

Tetapi Irene sudah terlanjur cintakan Jungkook . Tidak mampu untuk berpatah balik lagi . Dia akan cuba bertahan selagi rasa cinta itu ada .

 Dia akan cuba bertahan selagi rasa cinta itu ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


...

BERSAMBUNG .

[ ✓ ] 𝑎𝑛𝑜𝑡ℎ𝑒𝑟 𝑏𝑟𝑖𝑑𝑒 | 𝙟𝙟𝙠Where stories live. Discover now