chap ; 6

351 65 25
                                    

Keluar sahaja dari dalam bilik doktor , Jihyo melihat Jungkook bersama dengan Irene dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keluar sahaja dari dalam bilik doktor , Jihyo melihat Jungkook bersama dengan Irene dari jauh . Keduanya baru sahaja keluar dari wad seseorang dan kawasan itu adalah wad kanak-kanak . Jihyo melangkah kearah wad tersebut apabila Jungkook dan Irene sudah masuk kedalam lif .

Perlahan-lahan Jihyo membuka pintu kamar tersebut . Dia berdiri dimuka pintu . Seorang kanak-kanak sedang duduk diatas katil menonton televisyen rancangan kartun dengan semangkuk keropok ditangan . Wajah itu pucat lesi . Matanya terarah kepada Jihyo dengan raut wajah kebingungan .

" Auntie siapa ? "
Tanyanya lembut seraya membongkok hormat kepada Jihyo .
Jihyo mengukir senyum dan menghampiri katil . " Nama auntie Song Jihyo " ujar Jihyo memperkenalkan diri .

" Auntie datang nak melawat saya ke ?
Sebab sebelum ni ramai orang yang saya tak kenal datang melawat .
Diorang cakap sebab diorang kasihankan saya . Diorang cakap saya sakit " lirih sahaja nada suara Su Ah sambil tunduk memandang tangannya yang dicucuk jarum . Airmuka itu keruh sahaja membuatkan Jihyo tersentuh .

" Er nae--- auntie datang nak melawat awak dan . . " Jihyo melabuhkan duduk dibirai katil depan Su Ah . " Nae awak memang sakit . Tapi awak akan sembuh . Awak kena kuat . Semua orang pernah sakit , diorang kuat sebab tu diorang sembuh . Jadi awak pun kena kuat " balas Jihyo tanpa sedar memberikan insan lain kekuatan walaupun dia sendiri sekarang ini dalam kesukaran hidup .

Su Ah angkat wajah .
Dia pandang Jihyo .
" Tapi--- doktor kata saya dah tak lama , auntie " kata-kata Su Ah benar-benar membuatkan dada Jihyo sesak . Tanpa sedar matanya berkaca . " Aniyo--- memang doktor kata macam tu . Tapi kita sendiri kan kena kuat untuk kehidupan kita . Kuat kita mampu untuk ubah macam mana kita dimasa depan . Auntie percaya Su Ah boleh . Kuat okay " Jihyo mengenggam tangan Su Ah yang tidak dicucuk jarum .

Perlahan-lahan airmata Su Ah mengalir .
Inilah kali pertama orang yang dia tidak kenali memberikan kata-kata penguat kepadanya .

" Janganlah nangis "
Jihyo mendekat dan memeluk tubuh itu erat . " Hiks--- auntie , Su Ah rindu appa .
Kenapa Su Ah tak macam orang lain ?
Tadi ada sorang budak appa dia bawa turun bawah jalan-jalan . Su Ah tak ada pun " rintih Su Ah . Mengalir laju airmata Jihyo .

' Su Ah--- inikah sebab awak mahu suami auntie jadi appa awak ? '
Detik hati Jihyo .

' Kasihannya awak .
Saat begini pun tidak merasa belaian seorang appa . Maafkan auntie sebab terlalu mementingkan diri auntie '
Jujur Jihyo merasakan dia terlalu pentingkan diri sendiri walau dia punya segalanya . Tidak mampukah dia berkorban untuk seorang kanak-kanak seperti Su Ah ?






Bunyi ketukan pen mengalihkan perhatian Jungkook yang sedang menulis sesuatu diatas fail . Dia angkat kepala tengok Minghao . Abangnya itu bagaikan sedang cuba menarik perhatiannya . Entah apa yang mahu dibicarakan .

" Apa hyung ? "
Jungkook meletakkan pen .
Dia melipat lengan kedada . " Tak apa . Hyung cuma rasa adik hyung ni tak berapa pandai " kata-kata Minghao membingungan Jungkook .

[ ✓ ] 𝑎𝑛𝑜𝑡ℎ𝑒𝑟 𝑏𝑟𝑖𝑑𝑒 | 𝙟𝙟𝙠Where stories live. Discover now