Jungkook
Irene ,
Kejap lagi saya sampai di airport .
Saya dah bagitahu Jihyo , tapi dia tak balas lagi . Dia tidur ke ?Irene
Dah tidur rasanya .
Lepas makan terus masuk bilik .
Saya tak tidur lagi sebab nak kemas dapur .Jungkook
Sorry , sebab awak kena urus semua .
Nanti dia dah habis berpantang dia akan tolong awak .Irene
Tak apa awak .
Saya okay je buat semua .
Kesian dia .
Biarlah dia habis berpantang dulu .Selepas berhubung dengan Jungkook , Irene menghantar mesej kepada Taehyung .
Sebentar lagi dia akan ke airport jemput Jungkook .
Jungkook sudah pun selesai tugasannya disana dan sudah tiba untuk balik ke Korea .Irene
Taehyung ,
Kau datang rumah Jihyo boleh tak ?
Jihyo sakit .
Aku nak bawa dia pergi hospital .Beberapa minit kemudian , Taehyung sampai . Keluar dari kereta , Taehyung melangkah kearah pintu . Pintu diketuk . Tapi tiada sesiapa buka . Taehyung cuba pulas tombol pintu . Terbuka .
" Boleh masuk tak ni ? "
Taehyung tertanya-tanya .
Tapi dia melangkah juga masuk .
Sunyi .
Di ruangtamu tiada sesiapa .Tiba-tiba mulut Taehyung ditekup seseorang dengan tuala kecil bersama ubat tidur . Taehyung pengsan disitu .
Dia ditarik kearah ruangtamu.Selesai menguruskan Taehyung , Irene keluar dari rumah dan mula bertolak ke airport untuk menjemput Jungkook .
Jungkook mahu balik dengan teksi .
Tapi Irene beria-ria mahu menjemputnya .Selepas menyusukan Gun Ho , Jihyo terasa dahaga . Mahu basahkan tekak .
Gun Ho diselimut tidak mahu anaknya itu kesejukan . Jihyo turun ketingkat bawah dan masuk kedapur . Segelas air kosong dia teguk hingga habis .Kemudian , Jihyo keluar dari dapur .
Baru sahaja mahu naik ketingkat atas , dia ternampak seseorang sedang berbaring di sofa ruangtamu .Raut wajah Jihyo jelas terkejut .
" Taehyung ? "
Jihyo menapak ke ruangtamu .
" Apa dia buat dekat sini ? "
Sungguh Jihyo terkejut melihat Taehyung berbaring diatas sofa rumahnya ." Taehyung ! Taehyung !
Bangun ! "
Jihyo duduk melutut dilantai .
Taehyung dikejutkan supaya bangun .
Taehyung tidak bergerak sedikit pun ." Bangun !
Apa awak buat dekat sini , Taehyung ? "
Badan Taehyung dia goncang kuat sehingga Taehyung mulai memberi respon .
Taehyung memegang kepala yang terasa sangat pening . " Arr--- " Taehyung mengeluh . Kepalanya begitu sakit akibat pengsan dan kesan ubat tidur .