BAB 12

7.9K 723 38
                                    

Aku mendengus geram melihat Ilma yang tidak habis-habis tergedik sana sini dengan si Daryan. Yang sorang tu pun sama jugak! Tak pandai-pandai balik rumah sendiri ke? Berapa lama lagi agaknya dia nak bertapa dalam rumah papa ni. Agaknya, rumah papa ni dah boleh buat rumah tumpangan gamaknya.

Naik bengang jugak aku dengan adik kembar aku seorang tu. Tak habis-habis merengek itu...ini...membuatkan darah aku mendidih naik. Tidak ditambah lagi dengan kedatangan- ah tidak perlu sebut. Buat sakit hati je.

Aku memandang jam di dinding. Sudah pukul 11 pagi dan ada masa sejam lagi sebelum kak Qis dan abang Zahin pulang. Aku bergegas turun ke tingkat bawah bersama dompet dan telefon bimbit. Aku hanya memakai pakaian simple dan shawl yang disilang malas ke bahu.

Aku mengapai kunci kereta. Dari aku terus duduk di dalam rumah melayan kerenah Ilma yang suka mengarah itu ini, lebih baik aku bergerak ke KLIA. Walaupun masih berbaki satu jam lagi.

Jarak antara rumah aku dan KLIA 45 minit. Memandai jugak, sebab kak Qis ada cakap jam penerbangan mereka yang asal tangguh selama dua jam disebabkan masalah teknikal. Mungkin mereka akan lewat sejam atau dua jam.

"Kak, nak gi mana!" Jerit Faez dari tingkat atas.

Hingga menarik perhatian dua belangkas di ruang tamu itu. Siapa lagi, kalau bukan Daryan dan Ilma. Aku menjeling mereka dan memandang Faez yang berlari anak menghampiri aku.

"Airport. Ambik kak Qis dan abang Zahin. Kau nak ikut ke?" Soal aku malas sambil menyarung sandal ke kaki.

Faez laju mengangguk. "Nak lah kak..."

Budak tu berlari-lari menuju ke Range Rover milik papa. Aku sengaja membawa kereta itu kerana aku yakin barang kak Qis dan abang Zahin pasti banyak. Lebih baik aku bawa kereta besar. Lagipun, sudah lama tidak bergaya menggunakan kereta itu.

Baru aku ingin membuka pintu di bahagian pemandu, kunci di tangan aku dirampas oleh seseorang. Aku terpinga-pinga melihat Daryan sudah berdiri di sebelah aku dengan raut wajah seriusnya.

"Aku bawa kereta ni" ujarnya dingin.

Aku menggaru kening. Apahal pulak? Tadi bukan main lagi senyum-senyum...gelak tawa bersama Ilma. Sampai dekat kau, dingin macam kutuk ais. Aku tak faham betul.

"Eh, Ilma pun nak ikut!" Jerit Ilma kuat.

Terus badan aku ditolak ke tepi. Dia mengambil tempat di sebelah Daryan. Lelaki itu pula hanya diam dan menghidupkan enjin kereta. Aku nampak, Ilma tersenyum sinis pada aku. Lantak kau lah perempuan.

Aku mengheret Faez ke arah keretanya. Kami memilih lamborghini merah kesayangan Faez dan aku duduk di sebelah pemandu. Faez yang seakan faham, tak banyak soal menghidupkan enjin keretanya.

Aku membuang pandangan keluar tingkap. Sejak kehadiran Ilma dua hari lalu, hidup aku jadi tidak tenteram. Lagi-lagi perangai Ilma yang tidak tahu malu itu. Papa dan mama Aisyah pula tiada di rumah. Mama Aisyah menemani papa ke Jepun selama satu minggu untuk memantau projek di sana.
















Kami memilih duduk di sebuah kafe tidak jauh dari lobi utama. Seperti biasa, keadaan KLIA tidak pernah tidak sesak dengan orang ramai. Ada saja yang lalu lalang bersama bagasi-bagasi mereka. Aku menghidup perlahan air latte yang masih panas dan berasap tipis. Aku lebih memilih melihat orang lalu lalang dari melihat dua manusia di depan aku yang asyik bercekerama.

"Delisha?"

Aku mengangkat muka. Wajah aku bingung melihat seorang lelaki berpakaian pilot menyapa aku. Kacak. Kulitnya tidak terlalu cerah tidak terlalu gelap. Kaca mata yang dikenakan menambah bonus kekacakkan sedia ada.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now