PROLOG

20.5K 870 27
                                    

Aku tertawa riang . Melihat Kak Qis tersenyum bahagia di hari perkahwinan . Senyuman manis bak gula itu membuatkan semua mata yang melihat pasti tertawan . Lagi-lagi Kak Qis memang memiliki kecantikkan yang asli . Walaupun raut matanya sepet .

Ini kerana arwah ayah Kak Qis merupakan muallaf Korea . Mama Aisyah kahwin dengan ayah Kak Qis lepas saja putus cinta dengan papa .

Ya aku tahu . Memang sedih . Nak buat macam mana ? Jodoh tak ada kan ? Redho je laa .

Aishh . Susah ke nak move on ? Ace jawab ?

Tapi sekarang, mama Aisyah sedang tersenyum bahagia disamping papa . Siap peluk lengan papa lagi . Aku taulah badan papa tu hots, tapi jangalah ketara sangat adegan semut tu .

Aku yang tengok pun naik menyampah . Mati terus senyuman manis aku ni . Lagi-lagi apabila bedebah sebelah aku ni tak habis-habis bising .

" Kau boleh diam tak setan ? Aku nak concentrate pun tak leh ! Kau duk borak macam kawan kau tu sebatu dari kau erk ! " marah aku .

Orang dah panas . Kipas pun macam tak berfungsi je . Aku dah cakap sewa dewan tapi taknok . Nak jugak buat ala-ala kenduri berkhemah bagai . Tahu dak cuaca sekarang ni panas ?

Kau goreng telur pun dah boleh masak tahu tak ! See aku dah melalut ! Salah korang laa ni .

" Kau tu pehal ? Duk tepi aku dari tadi . Kau patut sana ! Menyemak je kat sini ! " halau adikku .

Dasar budak . Tak reti hormat kakak ! Aku benci kau ! Dengan muka bengang , aku pergi dari bawah khemah . Malas layan adik tak guna tu .

Menyakitkan hati aku je .

Tapi di pertengahan jalan, kaki aku berhenti mendadak . Mata aku membulat besar melihat lenggok sesorang . Dengan kebaya ketat warna merah . Yang penting , lipstik tu ! Kalau boleh nak merah macam lampu isyrat !

" Betina liar ni ! " aku ketap gigi kuat . Apabila perasan dia membelok ke arah parents aku .

Di mana, papa dan mama berdiri sambil berbual dengan tetamu . Tengok senyuman betina tu je buat hati aku meluap . Rasa nak tonyoh je muka tak malu betina tu kat tahi lembu . Biar busuk setahun !

" Jangan berani kau nak rosakkan hari bahagia kitorang ! Kau tunggulah ! The Devil's Isha will coming ! " aku senyum sinis .

Seorang pelayan ala-ala hotel datang ke arah aku . Membawa segelas air sirap . Aku terus mendapat akal . Segelas air sirap aku ambil berserta senyuman ? Apa ? Senyum pon salah ke ?

Dan mata aku memandang kiri kanan . Memandang jika ada sesuatu yang lain boleh jadikan sebagai alat untuk aku basuh betina liar tu .

" Haa tu pun kau ! " aku senyum jahil .

Mikey, kucing jantan kesayangan aku elok membuang bawah pasu bunga kesayangan mama . Ni kalau mama tahu, habislah kau Mikey . Kena kurung dalam sangkar seminggu .

Berak merata lagi ! Tapi satu cecair yang baru dilepaskan oleh Mikey menjadi perhatian aku . Cecair itu nampak baru . Muka Mikey pun nampak penuh kelegaan .

Aku mengambil plastik lalu disarungkan ke tangan . Pinggang polisterin pun aku ambil dan dipatahkan dua . Aku kauk cecair yang ditinggalkan oleh Mikey tadi .

" Tunggulah kau betina liar ! " aku sengih-sengih sorang diri .

Aku bangun setelah selesai satu tugas . Dengan baju kurung moden warna purple dan shawl purple cair , aku melangkah ke arah papa sambil membawa segelas air .

" Rina , tolonglah jangan buat hal kat sini ! Malulah sikit " suara keras papa kedengaran .

Nampak macam tengah tahan marah . Tetamu mula memasang telinga . Melihat sketsa yang dicipta oleh betina liar tu .

Aku makin lajukan langkah . Tak boleh jadi ni .

" Apa ? Abang jangan nak halang saya ! Saya pun berhak juga dalam majlis ni ! Perempuan tu patutnya berambus ! Bukan Rina ! " tinggi nada suara digunakan wanita anggun itu .

Mencerlung tajam memandang seorang perempuan bertudung di sebelah bekas suaminya itu . Hati dia berdongkol geram .

" Oii kau betina ! Perempuan yang kau sebut tu ada nama tau ! Tu mama aku ! " aku jerit dari belakang .

Berasap pula telinga aku .

" Isha jangan nak backup perempuan tu ! Isha sini dekat mummy . Jangan dekat-dekat dengan perempuan acah-acah baik tu ! " jari runcingnya cuba menyentuh lengan aku .

Tapi aku tepis laju dan membuatkan gelas di tangan aku terus terpelanting jauh . Mata aku dah membulat besar . Habislah !

PAK ! Aku pejam mata rapat . Tak berpaling pun ke belakang . Dan bunyi kaca gelas pecah kedengaran . Serta bau semerbak dari gelas itu . Membuatkan suasana menjadi huru-hara .

" YA ALLAH ! " suara terkejut mama kedengaran panik . Digabung suara-suara cemas tetamu yang lain .

Aku buka mata . Perlahan-lahan . Slow motion . Benda pertama aku nampak, papa tengah pandang aku tajam . Wiushh . Dah macam pisau dah .

Kalau boleh papa nak hiris badan aku kot .

" FASYA DELISHA ! " papa memanggil aku dalam nada serius .

Aku sengih . Tapi bunyi derap kaki seseorang membuatkan jantung aku berdegup laju . Umpama marathon sejauh 30 kilometer . Dan bau itu semakin kuat . Aku kerutkan hidung .

BUSUK ! Dan aku tunduk bawah . Kasut kulit warna hitam berkilat berhenti betul-betul sebelah aku . Dan aku tahu ianya lelaki .

" Maafkan anak saya Tuan . Saya-" suara papa hilang .

Aku tahu nasib aku akan malang . Apa kau dah buat ni Isha ? Kau dah rosakkan majlis yang gilang-gemilang ni .

" It's okay . Don't mind " suara garau seseorang kedengaran . Di sebelah kanan aku .

" May I know who's the girl ? " dan aku tahu dia menanya .

Aku geleng kepala pada papa . Janganlah sebut nama aku . Janganlah sebut nama aku . Jangan-

" Fasya Delisha "

Papa memang tak membantu . Aku terus jatuh bahu . Usaha aku gagal ! Pehal mamat tu muncul tak kena tempat !

" Ah I see " suara dia kedengaran perlahan .

Dan aku dapat rasakan kedudukan kami sangat rapat . Sehingga terasa deruan nafas hangatnya di telinga kanan aku .

" Mark my words beauty .. " bisiknya .

Aku dah kaku habis . Tak bergerak .

" You will regret ! "

Dan aku rasa hidup aku dah tak aman . Sebab mamat tu !

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now