BAB 1

11.4K 784 16
                                    

" Pagi semua .. " aku menjerit riang .

Selesai saja mandi aku terus turun ke bawah . Masa untuk makan ! Lepas subuh tadi aku dah terbongkang , bangun-bangun je terus perut berdendang laju remix . Lapar dia tak boleh bawa bincang dah .

Kesian cacing dalam perut aku .

Aku lihat semua dah berada di meja makan . Menjamu selera . Aku rasalah kan , aku sorang je paling lewah . Hmph-ada kakak pun tak guna . Duduk je sebelah bilik aku . Bukan nak kejut !

Aku tarik kerusi . Sebaik saja aku duduk , kaki aku terus naik atas sekali . Bersila ! Aku tak suka kaki duk bawah . Tak selesa . Entah laa , dah memang tabiat aku macam ni .

" Waaaah mama masak nasi lemak " mata aku nampak love dah . Gila ! Kegemaran aku kot !

Mama Aisyah sengih saja . Dia duduk disebelah papa setelah menghulurkan aku pinggan kosong . Aku apalagi , terus kuat nasi dalam pinggan . Tiga senduk kau ! Heh !

Kak Qis kat sebelah nampak ayu je makan . Alahai , suap nasi pun lembut bukan main . Ciri-ciri isteri solehah ni . Aku cebik bibir .

" Haa Isha awak tenung Kak Qis tu dah nape ? " mama menegur aku . Pelik kot .

Aku tarik sengih . Kak Qis terus pandang aku dengan wajah merahnya . Hailah anak Korea ni . Muka putih melepak . Kalah aku yang perempuan ni . Kulit melayu . Ketara sangat bezanya tu .

" Hehehe tak ada apa-apa pun mama " jawab aku . Terus suap nasi lemak sambal sotong . Nanti makin banyak pula mama soal siasat .

" Dia jeles laa tu mama . Macam tak tau Kak Isha selalu cemburu dengan Kak Qis " sindir adikku , Faez Fiyyad .

Budak ni lah !

" Mana ada ! Kau diam budak sebelum aku lempang kau sampai berterabur gigi kau tu ! " ujar aku berang . Tangan aku tampar kuat di atas meja .

Bergegar semua benda yang ada atas meja kaca itu . Muka mama dah cuak dah . Cepat-cepat dia menghulurkan aku segelas air masak .

" What ? Betul kan ? Kau jelesss " ejeknya sambil menjelir lidah .

Aku geram ! Terus air masak yang tinggal separuh itu aku simbah tepat ke wajah Faez Fiyyad . Terdiam semua . Aku sengih sinis . Apa ? Kau cabar aku kan budak !

" Ya Allah budak-budak ni . Pening mama . Tak elok bergaduh depan rezeki . Aishh ! " mama Aisyah sudah memegang dahi .

Papa ? Muka dia biasa saja . Tapi aku tahu papa sedang menahan marah . Kerana antara kami bertiga , akulah paling degil dan keras kepala . Paling suka melawan . Paling suka menjawab !

" Bukan salah Isha . Salah Iyad tu kacau Isha " kata aku . Menegakkan keadilan buat aku .

Muka Faez tika itu jangan cakaplah . Bengang habis ! Baju kemeja putih miliknya lecun dengan air siraman dari aku . Aku senyum puas . Padan muka kau budak !

" Sial ! Kau tahu kan aku nak ke sekolah . See ! Kau memang cari nahaslah laa Isha ! " katanya berang . Nada dia sudah meninggi .

Aku buat muka tak bersalah .

Kak Qis dah kalut . " Aaa-haa Iyad naik atas . Semalam mujur Kak Qis gosok lebih baju awak . Naik atas tukar . Kang lambat awak nak ke sekolah " ujar Kak Qis lembut . Memujuk .

Faez pandang aku tajam . Aku buat-buat tak nampak . Kisah apa aku . Kau jangan cari pasal dulu .

" Isha lepas ni Isha buat perangai lagi papa kurung Isha dalam bilik " suara tegas papa kedengaran .

Aku angguk saja . Kurung dalam bilik . Aku dah biasa . Habis saja SPM aku terus tanam anggur . Goyang kaki sambil menolong mama kemas-kemas rumah yang besar gedabak ini .

Selesai saja makan , aku menolong mama membasuh semua pinggan mangkuk yang kotor . Mama pula membersihkan meja makan dan mengemop lantai . Kami tak pakai pembantu . Sebab mama tak suka . Dia lebih suka buat sendiri .

Aku rasalah itulah sebab kenapa papa sayang sangat kat mama Aisyah . Dah lah baik . Penyayang pula tu . Cakap pun lembut sopan je . Aku cemburu .

Aku sejak dari lahir lagi tak pernah dapat kasih sayang . Aku ditinggalkan bersama papa yang ketika itu hanya bekerja sebagai kuli di sebuah syarikat pembinaan . Terkontang-kanting papa membesarkan aku . Mujur ada nenek dan atuk belah papa yang jagakan aku .

Aku tak tahu erti kasih sayang dari ibu . Aku cemburu dengan Kak Qis dan Faez . Biarpun aku nampak macam tenang , tapi hati aku sakit sangat . Sakit . Aku nak sangat rasa pelukan seorang ibu .

Tapi ibu aku ? Huh . Aku benci dia . Aku kalau boleh tak nak tengok langsung muka dia . Aku benci yang teramat benci . Sebab dialah aku jadi macam ni . Kasar . Macam lelaki .

" Isha .. " suara lembut mama Aisyah kedengaran .

Terus mati segala lamunan aku . Airmata yang menitis di pipi aku lap laju-laju . Biar aku seorang saja tahu . Aku tak nak sesiapa tahu bertapa rapuhnya seorang Fasha Delisha .

" Erm ya .. mama . Kenapa ? " .

" Dah siap ? Kalau dah siap jomlah kita ke depan . Ada benda sikit papa nak bincang dengan kita semua " ujar mama dengan senyuman .

Aku angguk . Hilang saja kelibat mama aku terus menarik nafas dalam-dalam . Aku tak nak sesiapa perasan yang aku menangis . Kalau papa tahu , mesti banyak dia soal .

Aku pergi ke ruang tamu . Faez sudah lengkap berpakaian sekolah . Masih berumur 15 tahun . Budak tak matang lagi tu . Ada hati nak ejek aku .

" Semua dah ada ? " papa bertanya . Sebagai mukadimah membuka bicara .

Aku hanya berdiri . Bersandar di kabinet tv dengan muka tak berperasaan . Otak aku ke arah lain .

" Papa hanya nak cakap yang malam ni ada tetamu akan bertandang . Jadi papa nak kamu semua ada di rumah . Faham ? " .

" Faham papa " Kak Qis membalas laju .

Dia bertugas sebagai doktor pakar bedah di sebuah hospital swasta . Papa pula , seorang CEO di Ranz's Copr.

Aku masih ingat lagi . Bersusah payah papa bekerja sendiri demi menyara aku yang ketika itu masih bayi . Banyak pergorbanan papa pada aku dulu . Aku akan ingat jasa papa sampai bila-bila .

Dan papa kini berjaya . Memiliki sebuah syarikat pembangunan dan pembinaan . Syarikat perkapalan dan penerbangan . Atuk banyak membantu papa dalam mengeluarkan modal . Akhirnya , papa berjaya .

Tan Sri Ranz Mikael berjaya .

Papa aku berjaya .

" Isha ! " mama menegur aku lagi .

Aku sengih . Nampak sangat aku berangan . Papa sudah mengeleng kepala kesal .

" Sorry papa , mama . Terberangan pulak " aku sengih sendiri .

Faez sudah menjeling aku . Budak tu lah . Suka sangat nak cari pasal dengan aku .

" Ingat pesan papa . Sharp 8 o'clock semua dah ada " tegas papa lagi .

Aku angguk saja . Makan malam je kan ? Hmm terpaksalah aku berlakon malam ni . Jadi perempuan melayu terakhir .

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now