Daryan merenung wajah Delisha yang tertidur di sebelahnya. Dia menghentikan keretanya di hadapan rumah Tan Sri Hanz Mikael; papa kepada Delisha. Riak tenang gadis itu membuatkan Daryan tidak jemu merenung wajah cantik itu. Alangkah indahnya, jika saat ini mereka sah menjadi suami isteri. Pipi gebu dan putih gadis itu pasti akan menjadi mangsa kucupan darinya.
Daryan segera mematikan enjin keretanya. Perlahan tangan dia bergerak ke arah bahu Delisha. Digoyangkan dua tiga kali dengan riak wajah datarnya. Ditahan hati untuk tidak terlepas dari menerkam budak di sebelahnya. Jujurnya, hati dia sudah terpaut sejak kejadian dirinya dimandikan dengan 'air' ciptaan gadis itu.
"Erm...kita dah sampai ke?"
"Dah. Kau lama sangat tidur. Ke memang niat kau nak tidur dalam kereta aku sampai malam?" Sindir Daryan. Dia membuka pintu kereta dan ketika itu lah, dia melihat Tan Sri Hanz Mikael serta Puan Aisyah di muka pintu.
Daryan segera mendekati pasangan suami isteri itu. Tangan Tan Sri Hanz Mikael disalam, dikucup penuh hormat.
"Kamu berdua dari mana? Dah nak maghrib baru balik. Risau papa..." ujar Tan Sri Hanz Mikael lembut.
Dia percayakan Daryan. Dia cukup kenal lama lelaki muda itu semenjak Daryan menjalinkan kerjasama antara syarikatnya. Malah, dia belum pernah melihat Daryan mengambil kesempatan ke atas perempuan sebelum ini. Tetapi, perempuan yang mengejar dia adalah.
"Isha...masuk sayang. Solat maghrib, lepas tu turun makan..." panggil Puan Aisyah.
Daryan memandang Delisha yang asyik menguap dan berjalan malas. Sandal di kaki dilepaskan dan disusun di dalam rak kasut. Delisha tanpa berkata apa-apa masuk ke dalam rumah. Daryan pula menanggalkan kasut kulitnya. Disusun di sebelah kasut kulit milik Tan Sri Hanz Mikael.
"Maafkan Daryan pa. Masa macam ni baru balik rumah. Daryan singgah mall cari barang. Itu yang lama..."
Tan Sri Hanz Mikael hanya mengangguk. "Dah nak maghrib ni Daryan. Kamu naik atas, papa dah sediakan kain pelikat dan baju melayu. Papa pinjam dari Iyad. Nanti kamu turun ke bawah ya...kita jemaah sama-sama"
Daryan mengangguk. Dia terus meminta diri naik ke atas. Sampai di tingkat atas, dia melihat Faez asyik menelaah bacaan di ruang tamu atas. Membelek buku tanpa menyedari kehadirannya. Daryan meneruskan langkah ke biliknya tanpa niat mahu menegur Faez yang asyik membaca. Tidak mahu menganggu budak seorang itu.
Dua puluh minit kemudian, Daryan turun lengkap berbaju melayu dan kain pelikat. Kopiah putih miliknya dipakai di atas kepala. Daryan segera turun ke tingkat bawah. Risau yang lain menunggu akan kehadirannya.
Mereka berkumpul di sebuah bilik di bawah tangga yang telah diubah menjadi surau kecil. Muat untuk keluarga kecil Tan Sri Hanz Mikael. Kelihatan, Puan Aisyah dan Delisha sudah berdiri di saf belakang. Laungan azan kedengaran dari Faez. Cukup merdu dan lantang.
"Kamu jadi imam boleh tak? Boleh kan?"
Daryan mengangguk laju. "In sya Allah boleh papa..."
Dia berdiri di saf paling hadapan. Debaran terasa di dada. Daryan segera beristighfar memenangkan dirinya. Ini bukan kali pertama dia menjadi imam kepada maklum yang melebihi dua orang.
"Allahu akhbar..."
Aku tertegun mendengar alunan lunak bacaan ayat suci Al-Quran yang dilantunkan oleh suara merdu Daryan. Bergetar dada aku mendengar taranum dan bacaan lelaki itu yang bagi aku sangat sempurna dari bacaan aku sendiri. Aku menyimpan senyum. Membuang perasaan yang mula hinggap di hati.
Mungkin dia sudah berpunya. Siapa tahu kan?
Usai selesai menunaikan solat maghrib. Seperti biasa, papa akan mengadakan tazkirah ringkas sambil merujuk hadis di tangannya. Aku diam dan tidak langsung memandang wajah Daryan. Aku perasan, mata lelaki itu tidak lepas memandang ke arah aku.
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Nouvelles[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...