Puan Nurlina mendengus geram. Penat lelah dia pergi ke rumah bekas suaminya tidak langsung membuahkan hasil. Rancangan dia kembali gagal. Puan Nurlina tiada cara lain lagi. Dia harus memujuk Delisha untuk menerima penawaran dia. Masa yang tinggal tidak lama lagi.
Dia menunggu penuh sabar kedatangan seseorang di sebuah restoran. Puan Nurlina sesekali mengimbas rambut perang aslinya yang sedikit berwarna putih itu. Menyedut minum jus oren dengan wajah sombongnya.
"Lama kau tunggu?"
Seorang lelaki bersut hitam dan berkaca mata menarik kerusi di hadapan Puan Nurlina. Wanita itu mendengus geram. Dia sudah menunggu lelaki itu hampir setengah jam. Dan lelaki itu hanya membuat wajah tidak bersalahnya.
"Ada apa kau nak jumpa aku? Kau tahu tak rancangan aku hampir berjaya! Tapi budak tu keras kepala. Bagi aku masa sikit lagi. Aku akan pujuk dia..." rayu Puan Nurlina. Dia sangat terdesak waktu itu.
Lelaki itu melepaskan tawa sinisnya. "Kau tahukan Datuk tak suka kerja tangguh-tangguh. Apa yang dia nak, mesti dia dapatkan. Kau dah janji Nurlina. Masa hanya tinggal dua bulan saja lagi. Hutang kau masih belum langsai lagi..."
Nurlina mendengus kasar. Dia geram kerana Datuk itu tidak pernah menunjukkan wajahnya. Sering menghantar anak buahnya untuk membuat urusan. Nurlina ingin tahu siapakah gerangan Datuk yang sangat mahukan Delisha itu.
"Aku...aku...aku cuba kumpul duit. Ada sikit lagi. Kau cakap dekat Datuk. Aku perlukan masa lebih lagi..."
Lelaki itu berdecit panjang. Memandang Nurlina dengan wajah sinisnya. Kaca mata dibuka. Disangkut ke dalam saku jaketnya di bahagian dalam. Mata hitam itu merenung wajah wanita tua di hadapannya penuh tajam.
Sudah tua tapi masih lagi tidak serik meminjam wang. Kata tiada wang, tapi berjoli sakan sana sini. Berjudi. Membayar anak ikan. Lelaki itu tahu semua aktiviti malam Puan Nurlina.
"Berapa banyak lagi masa yang kau nak? Tempoh lima tahun belum cukup lagi? Bukan ke bekas suami kau tu orang kaya? Kau mintak jelah dengan dia untuk bayar hutang kau yang empat ratus ribu tu..."
Puan Nurlina berdecit panjang. Mengerling lelaki di hadapannya dengan ekor mata. Jika bukan kerana hutang, dia tidak akan berurusan dengan lelaki itu. Dia meminjam pun kerana dia ketandusan wang untuk membayar pertarungan judi dia pada bulan lepas sebanyak 100 ribu.
"Kau fikir senang ke hah? Bekas suami aku tu bukan senang bawa bincang. Aku dah taruhkan anak aku pada Datuk. Kau tunggu jelah budak tu sampai ke tangan Datuk nanti..."
Lelaki itu melepaskan tawanya. Mudah betul Puan Nurlina menjadikan anaknya sendiri sebagai alat untuk digantikan dengan hutangnya. Umpama sistem barter pada zaman dahulu kala.
"Nurlina...jangan ingat aku tak tahu kau ada dua orang anak perempuan. Kembar. Cantik pulak tu. Why not kau serahkan anak kau yang dah macam perempuan murah tu pada aku? Seorang lagi pada Datuk?"
Puan Nurlina membulatkan matanya. Tidak! Dia tidak akan serahkan Ilma pada lelaki itu. Kerana, Ilma anak emasnya. Ilma yang selama ini menyokong aktiviti jahatnya. Tiada Ilma, macam mana dia nak hidup nantinya.
"Tak sanggup?"
Pantas Puan Nurlina mengeleng kepalanya. Lelaki itu terangguk-angguk sendiri. Dia menunjukkan skrin telefonnya pada wanita tua di hadapannya. Membuatkan wajah Puan Nurlina berubah pucat.
"Datuk pendekkan masa. Dua minggu dari sekarang. Delisha mesti ada dekat sana! Kalau tak, kirim salam pada nyawa kau Nurlina Kassim..."
Lelaki itu berdiri. Berjalan terus tanpa menoleh ke belakang lagi. Kerja dia telah selesai. Puan Nurlina semakin terdesak. Dia sudah berjanji pada seorang Datuk untuk menyerahkan Delisha untuk dijadikan isteri. Puan Nurlina tidak habis fikir. Apa-apa pun cara. Dia harus memaksa Delisha. Dia tidak mahu mati lagi.
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Cerita Pendek[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...