BAB 16

9.1K 738 52
                                    

Ilma mendengus geram melihat wajah kembarnya yang tertawa bahagian di samping Tan sri Hanz dan mama Aisyah. Sangat bahagia. Membuatkan Ilma berasa iri hati melihat senyuman di bibir kakak kembarnya. Ilma melorek senyuman sinis.

"Aku bagi masa untuk bahagia sekarang ni kakak. Tak lama lagi, kebahagiaan kau akan aku lenyapkan!"

Ilma tersenyum penuh makna. Majlis pertunangan Delisha dan Daryan hanya dihadiri teman-teman rapat dan saudara mara terdekat. Tidak dilakukan secara besar-besaran. Ini semua di atas permintaan Delisha sendiri. Tidak mahu acara pertunangan dilakukan secara besar-besaran. Cukup saja yang ringkas. Itu sudah memandai.

Puan Nurlina mendengus geram. Gagal lagi rancangan dia. Tidak sedar, bahawa masa dia semakin suntuk. Chat di telefonnya diberhenti-henti masuk sedari tadi membuatkan Puan Nurlina berasa rimas sangat-sangat

Nurlina, kau jgn kau lupa bawa ank kau pd aku.
Aku dh sediakan wang yg kau mintak tu!

Aku tahu! Sabar!
Kau nk plan kita gagal ke hah!

Its your problem Nurlina!
Aku nk kena hntar budak² ni
Smua ke Thailand by next week!
Kau tahu kan apa aku akn buat kalu
Kau gagal!

Sabar!
Aku ada plan baru.
Budak tu aku akan serahkan pd kau!

Two days!
Aku bgi kau masa 2 hari Nurlina!
Kalu x kau jdi galang gantinya!!!

Puan Nurlina menghempas kuat telefonnya. Sakit kepala memikirkan rancangan baru mahu mengheret Delisha agar mengikuti dirinya. Ilma yang melihat mummy nya yang seakan tertekan tersenyum penuh makna.

"Why mummy? You look so stress lately ni..." Ilma menegur Puan Nurlina. Mereka duduk di bawah khemah. Yang hanya ada mereka berdua sahaja.

Majlis telah tamat sejak asar tadi. Tetamu kebanyakkan sudah pulang. Hanya ada pihak katering sahaja. Puan Nurlina mendengus. Menjeling Ilma tajam.

"Tell me mummy. Mana tahu Ilma boleh tolong mummy?"

Puan Nurlina menatap wajah Ilma lama-lama. Ilma selama ini tidak pernah tahu bahawa Puan Nurlina bekerja sebagai ibu ayam. Memperdayakan gadis-gadis yang menginginkan pekerjaan di bandar. Puan Nurlina dengan mudah memperdayakan mereka. Menawarkan pekerjaan. Lalu, menangkap gadis-gadis itu semua untuk dijadikan pelacur di negara jiran.

"Just go Ilma. Jangan ganggu mummy..." Puan Nurlina bersuara keras. Tiada siapa tahu bahawa, Ilma dan Delisha adalah kembar seiras.

Ilma menghentak kakinya. Tidak berhasil pula mahu mengorek rahsia mummy nya. Tapi tak apa, Ilma tidak mudah menyerah. Dia akan pastikan apapun rancangan Puan Nurlina. Akan dia pastikan rancangan itu berjaya.

Di dalam rumah, Delisha tertawa bahagia di samping Qistina dan mama Aisyah. Jari jemarinya dihiasi inai. Tiada corak. Hanya inai di hujung jari sahaja. Dia hanya mengenakan baju kurung putih dan tudung bawal. Simple dan tidak terlalu berat. Wajah dia pula disolek oleh Qistina sendiri.

Delisha sudah mula menerima kehadiran Daryan secara perlahan-lahan. Terkejut juga dia menerima kehadiran kaum kerabat sebelah Daryan. Berwajah asing. Tidak seperti orang melayu tulen. Lihat saja Daryan, wajahnya saja seperti anak kacukkan.

"Finally bro, penantian kau berakhir juga. Berapa lama kau ikat dia?" Giat Tengku Zahin. Menyonggol lengan Daryan yang santai duduk di tepi kolam renang halaman belakang.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now