BAB 4

9.3K 743 16
                                    

Aku goyang kaki di rumah sambil membelek galeri telefon aku. Melihat-lihat gsmbar-gambar yang aku swafoto bersama rakan-rakanku semasa di universiti dulu. Banyak sangat gambar kami berempat, dari zaman sekolah sampailah zaman belajar pun sama. Tak pernah berpisah. Aku tertawa sendiri melihat gambar buruk kawan-kawan aku.

Ada mulut tengah menganga, ada yang tidak ready lagi ketika gambar diambil, ada yang tudung berkibar dibawa angin. Aku dan kawan-kawan aku ni boleh dikatakan masuk air. Ada saja perangai kami yang nakal, yang menyebabkan kami selalu dipanggil cikgu disiplin dan Tuan Pengarah.

"Bukan kamu cakap nak pergi bercuti ke?" Tegur mama Aisyah dari belakang sambil menepuk bahu aku.

Aku automatik tarik sengih. Membetulkan duduk. "Memang pun, tapi kak Qis tiba-tiba ada emergency call dari pihak hospital. Jadi macam nilah...percutian kami ditangguhkan sehari..."

Mama Aisyah mengeleng-geleng kepala. Mungkin pening dengan lagak kami tiga beradik. Kalau rancang bercuti ada saja rintangan yang mendatang. Contah dah ada, macam aku lah salah satunya.

Aku kembali baring di atas sofa apabila mama Aisyah menghilang ke dapur. Aku kembali mengodek telefon aku. Masa itulah, muncul wajah seorang lelaki. Kacak, tinggi tapi hmm- tinggal sejarah saja.

Aku terus delete semua gambar lelaki tu dalam galeri telefon aku. Sejarah lama. Tinggalkan saja. Tiada guna lagi aku terus menyimpan kenangan kami berdua. Dia dah pun bahagia. Kisah aku sangat sadis.

Dua tahun kami bercinta, tahun terakhir aku baru tahu yang dia tu tunang orang dan sekarang dah jadi suami dah pun. Dia bercinta dengan aku pun, sebab bet kawan-kawan jahanam dia tu. Aku menyesal gila sebab pernah sayang dia. Hidup aku haru masa dia cakap dia minta putus dengan aku.

Ketahui lah, isteri dia sekarang tu adalah anak saudara si betina liar tu. Aku kiciwa gila sebab dorang mainkan perasaan aku. Aku berkurung dalam bilik tiga hari tiga malam sebab patah hati. Puas mama dan papa pujuk, aku tetap degil.

Sampailah, pagi tu adik aku bagitahu yang mamat tu dah dapat pengajaran dia sebab permainkan aku. Si Faez gila tu pergi tumbuk lelaki tu sebab dah kecewakan kakak dia seorang ini. Aku terharu gila dapat adik macam Faez. Sob...sob...

"ISHA! PERGI AMIK ADIK DEKAT SEKOLAH!" mama Aisyah menjerit dari dapur. Mengingati aku tentang hal itu.

Aku menepuk dahi. Hampir lupa dekat adik aku yang sorang tu. Cepat-cepat aku sarung shawl warna putih di kepala aku. Dililit ala kadar janji masih menutup dada.  Purse, kunci kereta dan telefon tidak dilupakan. Berlari-lari anak ke pintu utama.

"ISHA PERGI DULU MAMA!" Aku pun tak mahu kalah dalam juara menjerit. Sama naik dengan mama Aisyah.

Aku bercekak pinggang. Menimbang-nimbang mahu memakai kereta apa di garaj besar gedabak itu. Papa pun satu, dah tahu dia seorang saja guna kereta, yang beli banyak-banyak dah kenapa?! Aku pun jarang-jarang keluar. Kalau keluar pun aku rela naik grab or bas saja.

Ford Mustang warna merah menjadi pilihan aku. Kereta ini adalah kereta milik Faez. Papa hadiahkan pada budak tu masa hari lahir dia yang ke 15 tahun. Aku cemburu juga. Tapi papa adil, pasal aku pada hari lahir ke 23 tahun lepas aku dapat Audi TT. Kereta yang dah lama aku idamkan selama ini.

Mengaum kuat enjin kereta itu apabila aku sengaja menekan-nekan minyak. Aku pasti, mama dekat dalam dah geleng kepala. Aku tarik sengih. Dah lama tak keluar, rasa lain pula.

Aku mengangkat tangan kepada pengawal rumah aku. Deruan enjin Mustang itu menderu laju di kawalan perumahan elit itu. Kawasan yang dijaga pengawal keselamatan dari luar, tiada sesiapa diizinkan masuk kecuali mendapat kebenaran dari pihak tuan rumah. Memang ketat.






Tiba di hadapan pagar utama SMK Seri Hartamas. Ambil masa dalam 20 minit untuk aku tiba disitu. Melihat ramai pelajar berpusu-pusu keluar membuatkan aku rindu sekolah aku dulu. Orang dah balik sekolah, aku melepak disekolah dan warung cendol berdekatan.

Dari jauh, aku sudah nampak kelibat adik kesayangan aku tu. Tak lain tak bukan, Faez Fiyyad. Aku mengeleng kepala kesal melihat penampilan Faez. Macam samseng jalanan.

Memang tak hairanlah, sebab kakak dia ni pun lebih kurang saja. Aku tertawa kecil. Dengan kelebihan yang aku ada, aku boleh membuat orang sewenang-wenangnya. Kes buli pun ada.

Faez melambai tangan kepada rakan-rakannya. Mereka terpisah haluan. Rakan-rakan dia pergi ke arah tempat pakir motor. Manakala dia pula, melangkah ke arah sebuah kereta yang terpakir tidak jauh dari pintu pagar utama sekolahnya.

Melihat nombor plat kereta sahaja dia sudah tahu. Faez mendengus kesal apabila Delisha memandu keretanya tanpa kebenaran darinya. Faez melihat banyak mata memandang kearah Ford Mustang merah itu.

Kesal tidak sudah. Hanya Delisha sahaja yang berani mengusik keretanya. Nak kata Kak Qis dan papa dia, memang jauh sekali.

"Sukahati kau je kan, bawa kereta aku..." tegur Faez sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Aku menarik sengih. Haa sudah. Budak ni nak membebel pulak. Aku menjungkit bahu selamba. "Saja..."

Faez menjeling aku. Terus aku menekan pedal minyal, meninggalkan kawasan sekolah dengan deruan enjin yang mengaum kuat. Faez duduk disebelah aku sambil menyilang tangan di tubuh.

"Aku nak pergi dekat tempat kerja kak Qis. Kau tak kisah kan?" Soal aku sambil lalu.

"Lantak kaulah..."

Sudah aku duga. Memang begitu jawapan yang selalu diberi oleh Faez apabila ditanya. Aku mencebik bibir. Kelajuan kereta aku tingkatkan sedikit. Menuju ke HKL.

Sampai sahaja di tempat pakir, aku mematikan enjin kereta. Aku mengejut perlahan Faez dari tidur dengan mengoyangkan bahunya. Faez terjaga sambil mengosok mata. Dia mengeliat meregangkan tubuh badan.

Aku membetulkan shawl yang sudah hampir terlurut dari kepala. Aku melihat cermin, risau sekiranya ternampak leher, aurat aku tu. Setelah yakin, shawl aku terletak elok dan menutupi aurat aku, kami berdua keluar dari badan kereta.

Aku menekan alarm kunci, dan memasukkan kunci kereta ke dalam sling beg aku. Aku memaut erat lengan kanan Faez yang menunggu aku di depan keretanya.

"Kau dah bagitahu kakak belum yang kita nak datang?" Soal Faez sambil merapi kemas rambutnya.

Baju sekolah dia dah dibuka, hanya tinggal sehelai baju-t putih sahaja di tubuhnya. Kami memasuki kawasan lobi hospital, yang agak ramai pada hari ini. Aku terkebil-kebil melihat lif yang macam tin sardin itu.

"Dah jom..."












Qistina membelek-belek beberapa helaian kertas yang dikapit di dalam satu fail. Dia menurunkan beberapa tandatangan dan menulis sesuatu pada kertas tersebut. Menjadi doktor bedah pada usia yang muda bukanlah mudah. Sentiasa bersiap sedia menerima panggilan daripada pihak hospital pada bila-bila masa.

Seorang jururawat wanita tersenyum ramah pada Qistina apabila bertembung dengan gadis itu. Sudah maklum, bahawa Qistins seorang yang mesra, sopan dan lembut dalam berkata-kata menyebabkan staf disitu suka berbual dengannya.

"Aida, nanti awak serahkan fail ini pada doktor Hafiz ya..." ujarnya pada staf jururawat yang menjaga kaunter hadapan itu.

"Baik doktor..."

Qistina melangkah ke lorong yang menuju ke ruangan bilik kerjanya. Tiada istilah penat, mengantuk dalam dirinya. Kerana tidak kira masa, dia harus bersiap sedia jika diperlukan di dewan bedah nanti. Qistina memandang sekeliling sambil memikirkan sesuatu.

Seseorang datang dari arah belakang Qistina, dan bertindak menekup mulut gadis itu dengan tapak tangan dia. Mata gadis itu terbeliak kerana terkejut dengan tindakan drastik orang itu. Tubuh dia diheret masuk ke satu lorong yang sunyi dan jarang dilalui orang.

Badan Qistina dipusing, menghadap lelaki itu. Kaki dia ke belakang beberapa langkah, menekup mulut dengan riak tidak percayanya.

"A-awak?"

Lelaki itu tersenyum sinis. "It's me darlin'..."


DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now