BAB 20

13.2K 828 52
                                    

9 BULAN KEMUDIAN.

Delisha tersenyum sambil mengusap lembut perutnya yang sudah sarat itu. Asyik dia mengelamun, Delisha mengerut dahi apabila terasa senak dan sakit di bahagian perutnya. Dia terasa sesuatu mengalir keluar dari celah pehanya. Membuatkan Delisha perlahan-lahan duduk di atas kerusi. Menarik nafas dan dihembus perlahan-lahan. Tidak sia-sia dia menghabiskan masanya di kelas ibu hamil. Segala teknik yang dia pelajari digunakan olehnya.

"Delly? Are you okay?" Jacob yang kebetulan lalu di bahagian taman belakang berkerut dahi hairan.

Hanya Jacob yang memanggilnya Delly. Katanya mahu kelainan. Sempat juga beradu mulut dengan suaminya. Cemburu kerana lelaki lain memanggilnya begitu. Padahal, Delisha tidak kisah. Janji bukan panggilan yang pelik-pelik.

"I'm not okay. I think, I want to give birth right now!" Ucap Delisha dalam nafas tersekat-sekat. Tangan dia menahan bawah perutnya. Kontraksi mulai terasa.

Jacob yang mendengar akan itu tanpa sengaja menjerit kuat. Hingga mengejutkan penghuni di dalam mansion Rudov itu. Arnold, Daryan dan Reana bergegas turun dan menghampiri Jacob dengan wajah cemas mereka.

"Help! Delly nak beranak!" Jerit Jacob kecoh.

Daryan segera mendapatkan isterinya. Melihat air ketuban yang pecah, tanpa bertangguh lagi dia mencempung tubuh isterinya. Nasib baik, dia sudah menyediakan beg pakaian dan segala barang keperluan Delisha di dalam keretanya.

"Anne! Drive my car!" Kunci kereta dicampak laju kearah Reana. Gadis itu menyambut baik balingan kunci dari abang sepupunya.

Audi TT dihidupkan enjin. Daryan membaring Delisha di kerusi belakang dan berlapikkan pehanya. Tangan dia mengenggam kemas tangan kanan Delisha. Peluh di dahi wanita itu sesekali di lapnya. Arnod dan Jacob menyurusi mereka dari belakang. Menaiki Range Rover yang dipandu oleh anak buah Arnold sendiri.

Anne memandu umpama dia berada di litar lumba. Memotong dan menyelit cekap setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya itu. Pedal minyak ditekan rapat. Melanggar lampu isyarat dan Anne memekakkan telinganya mendengar bunyi hon. Lantak lah, disaman atau apa-apa pun. Janji, Delisha sempat sampai di hospital.

Arnold telah menghubungi doktor peribadinya. Mereka sudah menunggu kedatangan Daryan di hadapan lobi utama hospital. Setiba mereka di hospital, tubuh Delisha terus diusing ke atas strecher dan dibawa ke bilik bersalin. Daryan mengikuti langkah doktor dan perawat disitu.

Delisha bergerak gelisah. Perutnya seakan dirobek dari dalam. Airmata membasahi pipi. Tidak kisah penampilan macam mana, janji anaknya lahir dengan selamat. Tangan dia mencengkam dan mencakar kuat lengan kekar suaminya. Melepaskan rasa sakitnya. Daryan hanya menahan perit, dan sanggup mengorbankan dirinya.

"Sudah bukaan lapan! Get ready Mrs Noah" ucap doktor wanita itu. Dia mengarahkan perawat menyediakan segala alatan yang akan mereka gunakan untuk menyambut bayi.

Noah mengucup lembut dahi isterinya. Menyalurkan kata-kata semangat. Airmata Daryan turut tumpah melihat bagaimana kesakitan yang dirasai oleh Delisha. Ingin saja dia menukur rasa sakit itu dengannya.

"Okay, one...two...three...push!" Ucap doktor itu di sebalik kain yang menutupi kaki Delisha.

Delisha menarik nafas dalam-dalam. Dia berselawat di dalam hati, berharap proses persalinan dia dipermudahkan. Dengan bibir diketap kuat, dia meneran kuat tanpa mengeluarkan suara. Tangan dia mencengkam kuat tangan Daryan. Hingga kuku Delisha tertacap kuat dan melukakan lengan Daryan.

"One more!"

Dengan segala tenaga yang ada, Delisha meneran lagi kuat dari sebelum ini. Terasa sesuatu meluncur laju keluar dari celah pehanya. Kesakitan yang dirasainya mulai hilang. Digantikan dengan tangisan bayi yang sangat lantang. Airmata tumpah laju dan tersenyum lebar melihat anaknya di tangan doktor dan perawat itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now