Aku menguap besar . Terbongkang atas katil dengan macbook terbuka begitu . Aku terkebil-kebil sendiri . Bosan ! Nak keluar, tetapi tak ada apa-apa nak dilakukan .
Jam baru pukul 2 petang . Masih terlalu awal lagi aku nak menolong mama memasak di dapur . Kak Qis pula selalu pulang pukul 6 petang . Itu paling awal . Kadang-kadang Kak Qis tak balik terus . Tidur di hospital jika ramai pesakit memerlukan perkhidmatan dia .
Faez ? Budak tu selalu lepas sekolah melepak di lorong-lorong dulu . Lepas asar baru nampak batang hidung budak bertuah tu . Itupun kalau balik dalam keadaan okay lah .
Aku bermain dengan rambut perang aku . Papa cakap aku ikut rambut mummy aku . Sebab tu rambut aku perang . Rambut papa pula coklah hitam-hitam gitu . Kuat betul genetik belah barat ni . Sampai muka aku dah tak melayu dah pun .
Kawan-kawan aku semua membuta pagi-pagi macam ni . Malam semalam bukan main game , dah lah tak ajak aku ! Hantu pun malaun !
Haikal , Afif dan Eric . Jejaka idaman malaya . Muka memang kacak tapi sayang mat motor . Asal game best je ajak aku . Haprak punya kawan . Mujur saja tiga teruna tu selalu menang . Kalau tak habislah perawan aku !
" Arrghhh bosan ! " aku melompat dari katil . Bosan yang amat ni .
Nak main ps4 tak ada kawan . Kalau ada Faez aku boleh lawan game bola dengan dia . Drama korea ? Aku dah layan semua dah . Dah marathon tengok bersama Kak Qis . Subuh hari baru kami tidur .
Itupun setelah mama membebel .
Aku membuka sliding door balkoni . Angin bertiup kencang . Menyapa wajah aku . Dibiarkan saja rambutku beralun ditiup angin . Aku mengambil tempat di kerusi rehat . Merehatkan diri sambil memandang suasana belakang rumah yang hanya dikeliling hutan dan kicauan burung .
Aku mula menguap besar . Dah ngatuk . Sedar tak sedar aku tertidur .
《》《》《》
" Hai mama " aku menyapa mama yang nampak sibuk di dapur .
Maklumlah , jam sudah menginjak ke angka 6 petang . Juadah untuk tetamu malam ini harus disiapkan sebelum pukul 8 . Jadi tak menang tangan kami berdua .
Aku hanya mengenakan baju t putih berlengan pendek dan berkain batik . Mama pula mengenakan baju kurung kedah dan kain batik . Di kepala tersarung kemas tudung sarung hitam miliknya .
Aku menyanggul rambutku tinggi . Masa untuk berperang di dapur .
" Isha buatkan pencuci mulut . Ermm -puding roti dan cocktail . Air pula Isha buatkan air laici " arah mama sambil lalu .
Aku angguk saja . Sebab dah terbiasa ikut nenek aku bekerja di dapur . Jadi aku memang cekap di dapur . Lagi-lagi kepakaran aku adalah membuat dessert .
" Haa lagi satu , Isha buatkan acar sikit . Mama ingat nak buat nasi beriani untuk malam ni " .
" Hmm Isha tak kesah pun . Janji masakan mama sedap " aku sengih .
Mama Aisyah terus menghilang di pintu belakang . Pergi ke mini kebun dialah kot . Macam-macam jenis sayur mama Aisyah tanam kat belakang sana .
Aku menyiapkan bahan-bahan . Tak payah beli kerana bahan-bahan lebihan buatkan dessert sebelum ini masih ada lagi . Aku tersenyum sambil menyanyi kecil .
" Assalamualaikum " suara seseorang memberi salam .
Aku hanya diam . Kenal sangat suara garau itu milik siapa . Tak lama itu muncul kelibat seorang lelaki yang masih berpakaian sekolah . Rambut kusut masai dengan pakaian tak terurus . Sakit mata aku memandang .
" Kak mama masak apa ? " soalnya dengan mata kuyu . Aku menjeling dia .
" Tu haa dalam tudung saji . Kau tengok lah sendiri " balas aku sambil sibuk mengacau adunan puding roti .
Faez terus menuju ke mini bar yang terletak ditengah-tengah dapur . Tudung saji terbuka . Mata dia terbeliak luas . Selera dia terus mencanak naik . Beg sekolah dicampak ke kerusi sebelah .
" Nasi ayam ! " dia menjerit teruja . Kerana itu adalah kegemaran Faez .
Bukan main laju lagi lelaki itu makan . Tak toleh kiri dan kanan lagi . Mama Aisyah kembali semua bersama beberapa jenis sayur dan cili .
" Haa dah balik pun budak bertuah ni . Apasal selekeh sangat awak ni " mengeleng mama melihat penampilan anak teruna dia itu .
Aku sengih . Habislah kau Iyad .
" Arr-err Iyad..Iyad stres laa mama . Kang dah nak pt3 . Jadi Iyad serabut haa serabut sikit " .
Aku tahan gelak . Amboi kau Faez bukan main serabut dan stres kau . Macam lah aku tak tau kau melepak kat bandar dengan kawan-kawan kau .
Aku terkekeh-kekeh melihat wajah kelat Faez . Padan muka kau budak !
" Haa kamu Isha . Gelak-gelak . Dah siap ke belum ? " kini mata mama beralih ke arah aku .
Terus terhenti tawa aku . " Haa nak siap dah " laju je aku jawab . Tak nak dengar lah mama membebel .
Kini gelaran Faez pula mengetawakan aku . Haram jadah punya adik !
《》《》《》
Selesai menunaikan solat maghrib aku terus bersiap-siap . Mujur saja aku tak berminat mengenakan sebarang solekan pada wajah . Hanya bedak biasa saja . Sedikit minyak wangi dan lip balm itu saja cukup .
Aku mengenakan baju kurung warna hijau lumut . Tudung bawal warna coklat gelap . Selepang sana . Selepang sini . Siap !
Aku melihat pantulan diri aku di cermin solek . Makk aii . Dah macam mualaf dah rupa aku ni . Macam budak barat baru masuk Islam .
TOK ! TOK ! TOK !
" Kejap-kejap ! " aku menjerit dan kelam-kabut berlari menuju ke pintu .
Buka saja pintu bilik muka Faez terpancul depan muka aku . Aku kerut dahi . Menjengah ke luar bilik . Tiada sesiapa . Melainkan aku dan Faez saja .
" Kau cari sapa kak ? " Faez soal aku dengan muka hairan dia .
" Mana yang lain ? Tak siap lagi ke ? "
" Yang lain dah kat bawah . Tunggu kau je kak " .
Aku angguk . Pintu bilik aku tutup rapat . Aku merangkul lengan kekar Faez . Saja nak manja-manja dengan budak ni . Lagipun Faez bukan kesah . Dia ralit bermain Iphone X max miliknya .
Sedangkan aku pakai Iphone 7 je .
Faez nampak kacak malam tu . Mengenakan kurta warna hitam dan seluar jeans biru gelap . Rambut hitamnya dibiarkan terjuntai di dahi . Nampak macam artis Korea laa pula .
" Haa sampai pun kamu berdua . Duduk . Semua tunggu kamu berdua " suara papa kedengaran .
Aku duduk di sebelah Kak Qis . Sebelah kiri aku pula Faez . Lelaki itu sudah menutup telefon . Muka bukan main dingin lagi . Aku pun sama . Senyum ala kadar saja .
Aku haraplah tetamu kali ini tak banyak tanya . Aku dah bosan jawab soalan dorang . Doa aku dalam hati .

YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Short Story[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...