"Adik! Cepat sikit lah!"
Aku menjerit kuat tanpa mempedulikan orang-orang sekitar aku yang tertoleh-toleh melihat sikap tak tahu malu aku. Aku tak kisah pun, asalkan dorang tak ambik peduli hal aku. Itu sudah cukup. Tak sangka, hari ini hari terakhir kami di negeri Penyu ini.
"Sabar lah kak! Kau ni kan!" Faez mendengus kasar. Dia membetulkan topi hitam yang berada di atas kepalanya.
Aku menahan tawa melihat wajah cemberut Faez. Seronok betul aku kenakan budak seorang tu. Bukan aku tidak nampak, mata dia asyik memandang sekumpulan minah salleh yang tidak tahu malunya berjemur di bawah matahari dengan berpakaian dalam sahaja.
Kuk! Faez berdesis sakit apabila tangan aku laju saja naik meluku kepalanya. Wajah Kak Qis memang terkejut habis melihat kelakuan aku. Faez mencerlung tajam memandang aku.
"Kau dah kenapa kak? Kau fikir kepala aku ni papa tak bayar zakat ke huh?"
Aku menjuling bebola mata aku ke atas. Macam lah dia seorang saja bayar zakat dalam dunia ni. Habis tu aku? Tak payah bayar lah kan? Macam tu. Bercakap dengan Faez, memang menyakitkan hati.
"Sudah! Makan dulu. Kejap lagi kita dah nak bertolak balik" tegas kak Qis yang tadinya hanya diam memerhati kami berdua.
Zahin tak ada. Kata kak Qis, si tunang dia menguruskan bot untuk kepulangan kami tengahari nanti. Aku memejam mata menghirup udara segar di Pulau Perhentian ini. Semalam dah tawaf satu pulau ni. Memang terbaik lah.
Macam-macam aktiviti yang kami buat bersama. Yang paling best, semua ditaja sepenuhnya oleh bakal abang ipar kami. Aku punya senyum tu, kalah kambing tau. Suka sebab ada orang belanja.
"Adik dah check semua barang? Ada yang tertinggal tak?"
"Dah kak. Aku dah double check dah pagi tadi. Lagipun barang aku bukan banyak macam minah sebelah ni" Faez memandang aku sinis.
Aku buat pekak. Biasalah perempuan. Kalau bukan satu atau dua tiga beg memang tak cukup. Itupun, ada saja terasa barang-barang lain nak kena bawa. Bukan saja skincare, pakaian, barang mandian apa semua tu. Banyak, dan perempuan memang suka membawa sesuatu yang akan diperlukan nanti.
"Kau lelaki. Mana kau faham, aku yang perempuan ni..." cebik aku sambil menghirup laju air kepala.
Kak Qis hanya tertawa saja melihat keletah kami berdua. Tidak lama itu, Zahin datang sambil bercakap-cakap di telefon. Seketika, aku terpana melihat ketampanan pada wajah Zahin.
Dengan baju kemeja pendek, berbunga-bunga. Berseluar pendek paras lutut dan berkaca mata hitam. Rambut yang kelihatan beralun indah, mengikut rentak langkahnya membuatkan Zahin nampak kacak sangat.
Aku segera memaling wajah kearah lain. Tersedar, terlalu hanyut menghayati ciptaan Tuhan. Zahin duduk di sebelah Kak Qis selepas saja dia menamatkan panggilan. Kaca matanya dibuka, dan dengan selamba dia menyedut air milik Kak Qis.
Aku tidak hairan dengan perangai dia. Tiga hari dua malam di pulau ini, cukup untuk aku menilai dirinya. Luaran, Zahin nampak sangat dingin dan serius. Tapi apabila dengan Kak Qis, sisi romantis dia membuatkan aku mencair seperti ais.
"Bot dalam dua puluh lima minit lagi. Kita boleh dah pergi ke jeti sekarang ni" Zahin memandang kami semua dengan wajah seriusnya.
Kak Qis mengangguk laju. Segera kami semua menarik beg masing-masing. Kami tak bawa bagasi, sebab susah nak angkut masuk ke dalam bot. Kami hanya membawa beg travel dan digalas ke bahu bersama dua beg sandang.
Yang lelaki, hanya membawa satu beg saja. Aku pun tak faham, apa saja dorang bawa sebenarnya. Aku yang tiga beg ni pun terasa masih ada lagi tak cukup. Aku dan Kak Qis berbual mesra di hadapan, dan di belakang ada Faez dan Zahin yang hanya mendiamkan diri.
"Kak Qis! Nanti kita pindah pasar payang tau! Isha nak beli sikit makanan untuk buah tangan kita nanti" ujar aku sedikit teruja.
"Hmm...boleh je. Kak Qis pun nak beli untuk rakan sekerja akak. Dorang ada kirim keropok dekat sini"
Faez dan Zahin berpandangan. Tidak lama itu mereka menepuk dahi. Susah berjalan dengan perempuan. Ada saja mereka nak beli. Itu belum termasuk saudara mara mereka. Mujurlah Zahin membawa kereta Alphard nya. Tak adalah kecik sangat dan lebih luas dan besar.
Tiba di jeti, bukan kami saja disitu. Ada juga beberapa pengunjung lain menunggu di situ. Aku sempat berswafoto untuk kali terakhir. Padahal, sudah banyak gambar kami di dalam kamera yang dibawa oleh aku. Susah kami nak bercuti macam ni sekali.
Aku memejam mata setelah selesai menunaikan solat Isyak berjemaah tadi. Telekung masih tersarung di tubuh aku. Sebab aku malas nak tanggalkan. Kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul lima petang tadi. Perjalanan agak jauh. Kami hanya singgah di stesen minyak dan membeli jajan saja.
Faez juga terbongkang di atas katil aku. Mama Aishah paling suka apabila kami pulang. Sunyi katanya sebab tak ada anak-anak dia bersama. Wajah mama Aishah sangat gembira apabila kami hadiahkan beberapa helai kain batik dan kain sutera yang kami beli di sana.
Papa pun sama. Kami belikan kemeja batik untuknya. Aku pun membeli keropok lekor, telur penyu dan beberapa makanan lain. Kak Qis sama seperti mama. Dia lebih berminat membeli pakaian. Ada beberapa helai baju kelawar dipilih oleh Kak Qis.
Aku merenung siling bilik apabila terasa ada sesuatu menganggu fikiran aku sejak beberapa hari ini. Mesej dari nombor seseorang membuatkan hati aku berasa tidak tenang dan terbakar.
Sayang, mummy dah arrange ur date dgn ank kwn mummy. I hrp you dtg syg ❤ dia ank ahli perniagaan. Hensem. Kacak. You mesti suka dia pnya.
🏞 Pic
Pesanan itu aku hanya biarkan sepi. Malas betul aku nak melayan manusia seorang itu. Rasa sakit di hati kembali lagi. Aku betul-betul bencikan dia. Disebabkan dia, aku hampir saja hilang maruah aku tiga tahun lalu.
Jika saja dia bukan darah daging aku, aku bunuh saja manusia terkutuk itu. Ada ke patut, dia kenenkan aku dengan lelaki tua. Beruban pulak tu. Tak cukup lelaki tua, lelaki muda belia dari aku pun boleh.
Imej lelaki berwajah kulit tan itu membuatkan aku mimpi ngeri saja. Dia tidak buruk. Rupa memang ada. Senang cakap tip top sebagai seorang lelaki. Tapi perangai dia. Aku cukup kenal lelaki itu.
"Haih, dia tak bosan ke asyik mesej aku hari-hari? Penat lah nak tukar nombor" aku merungut perlahan.
Aku merebahkan diri ke atas katil tanpa niat mahu membalas pesanan perempuan sihir itu. Lantaklah. Macam lah aku nak sangat dekat lelaki yang dia nak jodohkan dengan aku tu. Bukan dia yang jadi wali aku nanti. Tapi papa aku.
Dari aku layan perempuan tua tu, lebih baik aku layan drama Korea yang baru aku download semalam. Lagi syok. Love with Flaws. Aku tertengok cerita itu di Facebook semalam, dan tiba-tiba aku rasa macam nak download dan ini hasilnya.
Aku buka laptop aku dan mula memainkan drama tersebut bersama jajan yang memang aku buat stok dalam bilik aku. Aku sorokkan bawah katil dan aku letakkan dalam kotak. Tanpa pengetahuan keluarga aku yang lain.
Sedar tak sedar, sudah pukul lima pagi. Aku menghabiskan kesemua episod drama itu dalam masa satu malam. Ini kalau papa dan mama tahu pasti mereka membebel sampai seminggu.
Aku mula terasa mengantuk dan mata terus terpejam rapat. Laptop dibiarkan begitu sahaja.
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Short Story[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...