BAB 17

7.8K 701 33
                                    

Delisha tertawa riang di sisi Qistina. Mereka berdua asyik melepak di sebuah warung kecil tidak jauh dari sekolah Faez. Sambil menunggu si adik, mereka berdua menjamu selera di bawah pokok. Mee sup dan sambal kicap cukup membuatkan mereka berselera. Ditambah pula ABC pada tengahari terik begini cukup melegakan tekak yang dahaga sejak tadi.

Qistina mengusap perutnya yang mula menampakkan bentuk. Tengku Zahin membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga Tan sri Hanz. Keluarga mentuanya kerana keluarga telah berpindah ke luar negara menguruskan perniagaan mereka yang baru bertapak di Kota London. Jadi, Tengku Zahin memilih untuk tinggal bersama keluarga mentuanya sementara mansion mereka dalam proses pembinaan.

"Jahatlah kak Qis!" Ujar Delisha dalam tawanya. Seronok betul dia mendengar cerita dari Qistina.

"Eh betul lah! Bila kita mengidam, suami kena turutkan. Kalau tak, baby lahir nanti. Air liur dia meleleh tak berhenti. Sebab apa? Sebab tak dapat apa yang kita nak masa mengidam!" Sambung Qistina dengan wajah cerianya.

Manakan tidak, semalam dia menangis semahu-mahunya hanya kerana mahukan char keuy teuw pada pukul 3 pagi. Kelam kabut Tengku Zahin keluar mencari makanan yang dimahukan isterinya. Nak marah tak boleh, anak dia yang mahukan.

Akhirnya, Tengku Zahin berinsiatif untuk memasak sendiri dan diajar oleh Mama Aisyah sendiri. Nasib baik ibu mentuanya ada. Memang hancur ruangan dapur malam semalam. Qistina pula yang melihat suaminya memasak buat pertama kali menghamburkan tawa.

Wajah Tengku Zahin sangat kusut. Selama ini wajah itu datar dan serius memanjang. Kali ini, digantikan dengan kesan kicap di wajahnya dan berminyak. Sangatlah bukan Tengku Zahin. Seorang yang cukup menjaga diri. Perfectionist.

"Haa tu dah keluar pun budak Iyad tu!"

Mereka tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arah Faez yang berjalan bersama sekumpulan lelaki yang masing-masing sudah tidak serupa manusia. Selekeh. Kusut. Memang budak-budak nakal.

"Jom gerak. Kan bising pulak abang Zahin..." ajak Qistina sambil tangan dia bergerak memanggil pemilik kedai itu untuk membayar makanan mereka.

Selesai saja, mereka bergerak mendekati Faez yang bersandar santai di kereta milik Qistina. BMW 8 series. Warna putih. Qistina terus menghidupkan enjin keretanya. Delisha pula duduk di sebelah si kakak. Faez pula pamit pada rakan-rakannya.

"Aku lapar"

Delisha dan Qistina menjulingkan mata ke atas. Itu je yang mereka selalu dengar kalau Faez masuk dalam kereta sebaik saja pulang dari sekolah.

"Mama dah masak. Kau jangan mak mengada nak singgah mana-mana ya!"

Faez mencebik. "Eleh. Kau makan tadi takpe pulak! Aku je tak boleh!" Bentak Faez. Mana boleh macam tu.

"Aku teman mak buyung sebelah aku. Kau nak ke anak buah kau nanti lahir-lahir air liur dia meleleh huh!"

Faez terus mengeleng laju. Sedangkan Qistina menahan tawanya. Tidak sangka, teori orang tua dulu-dulu dipercayai oleh Delisha dan Faez. Dia pun main sebut je. Tak tahu betul atau tak. Tapi, Qistina selalu dengar macam tu. Sampai sekarang masih diguna pakai. Walaupun zaman dah moden, tapi kata-kata orang tua dulu-dulu masih lagi kukuh dalam ingatan.

Mereka tiba di rumah tepat pukul 3 petang. Kereta Tengku Zahin sudah tersadai di bawah garaj. Bermakna, lelaki itu pulang awal. Qistina laju keluar dari kereta dan meninggalkan dua adiknya. Tak sabar mahu bermanja dengan suami tercinta.

"Eh-eh tinggalkan kita pulak!" Rungut Delisha. Dia pula yang mematikan enjin kereta dan menutup pintu sebelah pemandu yang ditinggalkan begitu saja oleh si kakak.

DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•Where stories live. Discover now