Aku menghentak kaki kuat-kuat tanda memberontak. Yang paling aku sesal sekali, Daryan hanya buat bodoh dan berjalan ke hadapan tanpa mempedulikan aku. Kecik besar je aku pandang mamat tu dari belakang. Nak saja aku tendang dia jauh-jauh sampai pluto. Biar dia berkawan dengan alien.
"Woi, cepatlah..." jerit Daryan dari jauh. Berkerut dahi dia yang melihat aku masih tercegat di hadapan KFC.
Selepas saja hantar kak Qis dan abang Zahin ke KLIA. Daryan terus mengheret aku ke IOI City Mall. Katanya, kalau aku nak selesaikan hutang dia, kena ikut semua kata-kata dia. Jadi, disini lah kami berdiri. Dihimpit hiruk piruk manusia yang keluar membeli belah di hari minggu.
Aku merungut dalam diam. Nak tak nak, kaki aku langkah juga mendekati Daryan yang berdiri kacak di tengah-tengah keramaian orang awam. Hingga, dirinya menjadi perhatian. Maklumlah, orang kacak. Kemana saja pasti akan menjadi perhatian ramai orang.
"Terhegeh-hegeh lah kau ni. Bukan aku suruh kau berlari keliling mall ni pun..." sungutnya sebaik saja aku sampai di hadapannya.
Aku jeling Daryan. "Awak tak cakap pun nak datang sini. Lain kali bagitahu lah cik abang oii" ucapku dalam nada geram.
Dengan pakaian aku yang sangat lah tidak sesuai membuatkan urat malu aku mula bersambung. Aku hanya memakai pakaian simple je. Baju-t lengan panjang belang-belang hitam putih. Seluar plazo hitam. Tudung sarung dan berkaca mata. Hanya membawa dompet yang aku aku genggam kemas. Berselipar jepun pula tu! Ya Allah, di pertama kali dalam hidup aku pakai macam ni!
"Apa? Kau jangan banyak cakap lah. Kfc dah dapat, ikut aku. Jangan nak banyak bunyi sangat..." ujar Daryan datar.
Hujung lengan baju aku ditariknya. Aku mencebik bibir. Muka stone macam tu pun masih nampak kacak. Aku memandang diri aku dan Daryan. Macam pipit dan enggang. Macam langit dan bumi. Macam pipit dan gagak. Macam-...arghh semua lah yang berkait. Yang penting, aku macam tak sesuai langsung berjalan di sebelah dia yang bak bidadara turun dari langit.
Kami berhenti di sebuah butik pakaian lelaki. Kami masuk ke dalam butik serba mewah itu dan disapa oleh seorang pekerja lelaki bersut hitam dan memakai nametag. Aku hanya diam di sebelah Daryan yang asyik memandang sekeliling.
Daryan melangkah ke arah rak yang menyusun segala jenis kemeja, necktie, tali pinggang, seluar slack, sut dan banyak lagi lah. Tak terhitung aku. Daryan aku lihat sangat serius membelek pakaian disitu.
"Kau rasa ni sesuai tak untuk aku?" Daryan mengacukan satu baju kemeja bercorak jalur warna kelabu hitam. Aku mengerut dahi lalu mengeleng.
"Tak lawa. Ambil warna cerah sikit..."
Daryan kembali menyangkut baju tadi ke tempat asal. Kali ini, aku lihat dia mengambil dua kemeja kosong berwarna merah terang dan biru laut. Aku terus mengangguk kepala sebelum dia bertanya.
"Baju baju macam ni sepuluh helai. Include warna putih, hijau, oren...but please yang cerah-cerah. Aku nak sepuluh helai. Long coat...necktie yang sesuai dan belt yang baru..." arah Daryan selamba kepada pekerja butik itu yang berdiri tegak sedari tadi.
Aku duduk di sebuah sofa yang berdekatan dengan cashier. Dah bosan menunggu dan melihat Daryan memilih pakaian. Aku boleh kategori kan dia sebagai lelaki yang agak cerewet. Lihat saja, ada rosak sikit minta yang baru. Satu lagi, kaki shopping mengalahkan perempuan.
Asyik aku melihat-lihat isu semasa di Instagram. Aku dikejutkan dengan kedatangan Daryan yang sudah berdiri di hadapan aku bersama lima paperbag di tangan kirinya. Aku tercengang sendiri. Gila!
"Jom..."
Aku hanya mengalah dan mengikutinya. Tapi, hairan juga aku melihat dia membeli begitu banyak pakaian. Nak ditanya, terasa berat mulut. Takut dituduh suka jaga tepi kain orang. Kali ini, lelaki itu berhenti di hadapan sebuah kedai jam.
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
القصة القصيرة[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...