Btw, nak bagitahu yang sis akan tukar pov Delisha tu as Delisha.
Supaya x ada kekeliruan & sis pon keliru.
Utk bab yg belakang² tu nnti sis ada masa sis edit balik ya!Sis pon fening hmm 😂😂
Sendiri tulis sendiri pening. Aigoo...Tan Sri Hanz mundar mandir di hadapan bilik Delisha. Risau dan sedih dalam satu masa. Bagaimana tidak, dia selama ini tidak tahu apa yang telah dihadapi oleh anak gadisnya. Anak yang selama ini dia tatang bagaikan minyak yang penuh. Disayangi setelah dia dan Puan Nurlina bercerai. Kerana Delisha, dia kuat untuk meneruskan hidupnya. Mama Aisyah pula terduduk lemah di sofa di ruang tamu di tingkat atas. Ditemani oleh Qistina.
Wajah dia sembap dan kemerahan kerana banyak menangis. Tan Sri Hanz segera mendapatkan seorang doktor wanita yang baru melangkah keluar dari bilik Delisha. Begitu juga Mama Aisyah dan yang lain.
"Tan Sri, boleh kita bercakap di tempat lebih privasi? Ada sesuatu saya nak bagitahu pada Tan Sri dan Puan Sri berdua. Berkenaan dengan Delisha..." ujar doktor wanita itu dengan raut wajah yang tidak dapat digambarkan.
"Boleh doktor. Jom ke bilik kerja saya. Kita bercakap dekat sana..." usul Tan Sri Hanz.
"Qis, tengokkan Isha dalam bilik ya..." sempat Mama Aisyah memberi pesanan pada anak sulungnya.
Qistina segera mengangguk. Faez memandang sedari tadi di dalam bilik Delisha. Tidak sedikit pun dia beranjak pergi. Faez lagi terkesan dengan keadaan Delisha yang berubah mendadak. Qistina duduk di birai katil. Faez pula di sebelah kanan. Mereka menatap wajah pucat Delisha.
"Sayang..." suara Tengku Zahin kedengaran di balik pintu. Tidak lama itu, lelaki itu muncul bersama Daryan.
Qistine memang dua lelaki itu dengan raut wajah sugulnya. Tengku Zahin memeluk bahu isterinya. Mengucup dahi Qistina yang tersarung tudung sarung itu. Daryan duduk di kerusi meja solek yang terdapat di dalam bilik tidur Delisha.
"In sya Allah, Delisha akan okay. Adik kita kuat. Sayang jangan risau sangat ya..." pujuk Tengku Zahin lembut.
Membalas genggaman tangan isterinya. Qistina mengangguk. Dia mengusap kepala Delisha yang dilapisi tudung sarung. Faez pula mengenggam erat tangan kanan Delisha yang dingin itu. Delisha tertidur setelah diberi ubat penenang oleh Qistina.
"Mana papa dan mama?"
"Jumpa Doktor Ina. Mungkin mereka bercakap pasal Isha" balas Qistina. Dia menarik tubuh suaminya melabuh punggung di sebelahnya.
Daryan hanya diam memerhati. Dia sedikit rasa cemburu melihat Faez tidak habis-habis mengenggam tangan Delisha. Tapi bila difikirkan balik, dia tiada hak untuk cemburu. Daryan menahan rasa hatinya.
Krek! Pintu bilik Delisha terbuka. Muncul Tan sri Hanz dan Mama Aisyah di sebalik pintu. Kemudian, mereka melangkah masuk setelah menutup pintu rapat-rapat. Qistina dan Tengku Zahin segera berdiri. Memberi laluan kepada Tan sri Hanz dan Mama Aisyah menjenguk keadaan Delisha yang semakin membaik.
"Doktor Ina dah balik ke pa?"
Tan sri Hanz mengangguk. "Dah. Papa suruh bodyguard hantar Doktor Ina balik ke rumah dia. Kamu jangan risaulah"
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Cerita Pendek[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...