Lelaki itu tersenyum sinis melihat riak ketakutan di wajah gadis itu. Apatah lagi melihat gadisnya mengigil ketakutan disebabkan perbuatan dia tadi. Menatap wajah cantik milik gadis itu, membuatkan dada dia berasa lapang.
"It's me darlin..."
Qistine terkedu melihat wajah Tengku Zahin. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan lelaki itu. Sedangkan selama ini, pelbagai cara dia gunakan untuk mengelak berjumpa dengan lelaki itu.
Tengku Zahin menekap kedua tangan di dinding. Dia tahu, dalam kepala Qistina pasti bermain banyak persoalan mengenai dirinya. Dia kisah apa. Janji dia puas melihat gadisnya berasa takut dengan dirinya.
Tengku Zahin bertekad, tidak akan melepaskan Qistina pergi jauh darinya. Gadis itu miliknya. Sejak peristiwa malam itu, dia sudah claim gadis itu sebagai gadisnya. Tiada siapa boleh mendekati Qistina melainkan dirinya.
"Kau cuba lari dari aku sayang? Hmm?" Suara Tengku Zahin kedengaran sangat perlahan. Berbisik di telinga kirinya. Membuatkan Qistina rasa terancam dengan kedudukan mereka yang agak rapat.
"Kau tahu kan, aku tak suka gadis aku main sorok-sorok dengan aku. Tak fun sayang. Kalau ya pun, kau nak lari...pastikan lebih jauh dari sini..."
Qistina terkelu lidah. Dia ingin membalas kata-kata lelaki itu, namun pandangan redup dari Tengku Zahin membuatkan jiwa wanita dia terbuai sama. Bagaikan terhipnotis dengan pandangan redup Tengku Zahin.
Dengan berani, Tengku Zahin mengucup pipi gadisnya. Membuatkan wajah Qistina berona merah. Antara marah dan malu, Tengku Zahin peduli apa. Qistina juga bakal menjadi teman wanita dia juga nanti.
"Kau nak bercuti dengan adik-adik kau bukan?"
Qistina mengangguk. Wajah dia masih berona merah kerana rasa geram. Dia seakan tiada keberanian mahu melawan lelaki seperti Tengku Zahin. Aura lelaki itu terlalu kuat hingga membuatkan dia masih mengunci mulut hingga kini.
"Mana suara kau sayang? Aku nak dengar suara merdu kau. Bukan bahasa isyarat dari kau sayang. Kau tak bisu kan?"
Tengku Zahin cukup benci jika setiap pertanyaan dia tidak dijawab. Kalau tidak mengenangkan Qistina itu gadisnya sudah pasti kepala gadis itu menjadi habuan Walther P99 kesayangan dia.
"Y-ya..." Qistina membalas gugup.
Tengku Zahin menghela nafas kasar. Dia menarik Qistina ke dalam pelukan dia. Qistina tidak menghalang, dia tahu jika dia menghalang sikap posesif Tengku Zahin padanya makin menjadi-jadi.
"Aku izinkan tapi..."
Mata Qistina bersinar-sinar umpama kilauan cahaya. Tanpa sedar, dia mencengkam kuat lengan Tengku Zahin. Lelaki itu tersenyum senget melihat riak gembira gadisnya. Dia mengosok lembut kepala Qistina yang berlapik tudung dengan tangannya.
"Tapi apa awak?" Qistina menyoal tidak sabar. Mata dia tidak terkalih dari memandang iris hitam pekat Tengku Zahin.
"Aku akan pergi sekali sayang..." bibir Tengku Zahin menyungging senyuman penuh makna. Dia tidak sesekali membiarkan Qistina seorang diri.
Wajah Qistina terus bertukar mendung. Baru dia ingin membantah, nada dering telefonnya menganggu mereka berdua. Qistina segera menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil.
Tengku Zahin sudah berwajah tegang. Mata helang dia sempat menangkap nama lelaki. Siap ada emoji love merah membuatkan hati dia membara hangat. Tanpa sedar, dia mencengkam kuat buku limanya.
"Oh. Tunggu dekat situ. Kejap lagi akak datang sayang..." suara Qistina mula berubah lembut. Gembira mendengar suara di hujung talian sana.
"Tak. Dah habis dah tadi. Haah. Tunggu situ, kita pergi makan sama-sama"
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Nouvelles[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...