Seorang perempuan melangkah penuh gaya memasuki satu ruangan yang gelap, dan dikawal ketat oleh lelaki berbaju hitam. Dia sesekali melemparkan senyuman menggodanya. Langkah yang begitu anggun. Mata-mata nakal tidak lepas memandang tubuh itu hingga hilang di sebalik kegelapan.
Pintu bilik itu ditolak sedikit kasar. Dia tersenyum sinis melihat seorang lelaki yang sedang 'bermain' bersama seorang wanita di sofa di hujung bilik. Lelaki itu mendengus kasar dan segera bangun sambil memakai seluarnya.
"Kau memang suka potong eh?" Soal lelaki itu kasar. Dia memberi isyarat supaya wanita itu supaya keluar.
Dia mengutip kemejanya yang terlempar di atas lantai. Hanya memakai biasa di tubuhnya yang berotot itu. Dia menjeling sekilas perempuan itu. Lelaki itu mengeluarkan satu putung rokok dari kotak rokok.
"Aku ada kerja untuk kau Leo..."
Perempuan itu mendekati Leo. Melabuh punggung sambil menyilang kedua kalinya. Leo terangkat kening. Kerja? Tawaran yang sangat menarik dari perempuan di hadapannya.
"Kau tahu kan, satu kerja upah aku cukup tinggi. Kau mampu ke?" Balas Leo kembali. Dia sengaja ingin melihay reaksi perempuan itu.
Perempuan itu tertawa sinis. Bayaran yang tinggi? Tidak jadi masalah kerana wang yang dia miliki cukup untuk membayar sesiapa sahaja yang bekerja di bawahnya.
"Untuk permulaan aku akan bayar kau sepuluh ribu. Yang selebihnya kemudian. Selepas kau selesai kerja kau yang aku suruh tu..."
Leo mengangguk. "Okay deal"
Perempuan itu tersenyum senget. Dia mencari Leo setelah direkomen oleh salah seorang teman dia. Leo lelaki yang senang di ajak bincang. Hanya dengar wang, dia akan terus menjalankan kerja.
Perempuan itu membuka beg tangannya yang berjenama mewah. Mengeluarkan sesuatu yang terisi dalam sampul putih.
"Dalam tu ada semua maklumat. Gambar dan ciri-ciri orang yang kau perlu bunuh. Aku nak mayat dia kau bakar tinggal abu kalau boleh"
Leo memandang perempuan di hadapannya. Hmm, menarik. Dia merenung foto di tangannya dan perempuan di hadapan dia beberapa kali. Wajah dia berkerut seribu.
"Tu kakak kembar aku..." kata perempuan itu. Dia cukup faham reaksi yang ditunjukkan oleh Leo.
Leo mengangguk. Foto itu diletakkan di atas meja. Perempuan itu akan memastikan bahawa orang yang dia benci itu akan terhapus dan dia boleh menguasai semuanya. Wajah dia memang nampak polos tetapi hati dia tiada sesiapa yang tahu.
"Pergi mana kak?"
Aku menoleh ke kiri. Berkerut dahi aku melihat Faez masih berada di luar bilik pada waktu pagi sebegini. Aku rasa, aku sudah pulang cukup lewat. Pukul 2 pagi. Faez masih asyik bermain ps5 di ruang tamu di tingkat atas.
"Hish! Sibuk je kau..." aku menjeling Faez. Tapi kaki tetap melangkah ke arahnya.
Pehanya aku jadikan tempat aku letakkan kepala. Faez hanya membiarkan saja lagak aku. Bukan selalu aku manja-manja dengan budak ni. Biasanya asyik gaduh je. Aku pandang skrin tv dengan wajah bosan. Game FIFA 2O20. Kebiasaan seorang Faez
"Kau tak sekolah ke Iyad?"
"Tak. Cuti sekolah seminggu" maklumnya dalam nada malas.
Aku hanya mengangguk perlahan. Dalam kepala aku asyik memikirkan apa yang dikatakan oleh ayah tadi. Tempat itu akan dimusnahkan. Macam mana nasib ayah, budak-budak tu semua. Aku tidak mahu mereka merempat dan kembali menjadi budak jalanan.
Dengan mereka semuanya tempat aku berkawan. Bukan tiada kawan, ada memang ada. Tapi tak semua jenis setia kawan. Ada yang tikam belakang. Ada yang jenis berkawan tapi di belakang cakap yang bukan-bukan. Realiti hidup. Tapi yang jenis macam tu juga akan tetap ada kala susah senang. Hmm, dunia-dunia.
YOU ARE READING
DARYAN DELISHA | COMPLETED | S S •3•
Short Story[ S H O R T S T O R Y ] - 3rd | KNOWN AS MY WIFE | ________________________ Cinderella ? Ada lagi ke perkataan tu ? Didera ? Dihalau ? Mak tiri ? Kakak tiri ? Taklah . This time , I'll make a different . By Fasya Delisha . Tu nama aku ! Yes, its me...