Bab 32 - Misi Atau Visi

240 15 12
                                    

John

Dari tidur meniarap, aku kembali menelentang. Dua tapak tangan di letak di belakang kepala. Sesekali jari memicit procerus muscle untuk meredakan ketegangan yang telah menekan kepala.

"Maksudnya, kau masih ada niat nak rampas cinta Idris?"

"Not anymore. I want someone else!" Fel mengenyit mata.

Aku membalas dengan senyuman pahit. Sengaja aku kalihkan wajah agar tidak terlalu merenung ke dalam matanya.

Entah kenapa dialog serta mimik muka Fel giat menerpa benakku. Persoalannya, apa permainan Fel yang sebenarnya?

Dahulu, dia juga yang memintaku supaya rapat dan buat Melati jatuh cinta padaku. Alasannya, takut Idris bakal jatuh hati pada Melati.

Sekarang, misinya nampak sedikit terpesong. Mungkin juga sudah beralih arah.

Sememangnya amat sukar untuk menebak tentang apa yang sedang bermain di dalam hati orang. Ada kemungkinan besar menjurus pada tersalap anggap.

Harus diakui, lewat kebelakangan ini, Fel banyak meluangkan masa bersamaku. Pandai pula dia mencuri waktu aku yang sangat bernilai ini. Ada sahaja alasan yang digunanya semata-mata untuk menarik aku keluar dengannya. Pun begitu, aku juga selesa keluar bersamanya. Dengan Fel, aku bebas menjadi diriku sendiri yang selalu berperangai 'gila'. Tak perlu 'control macho' kononnya.

"Weh, John! Kau ni pehal? Sekejap baring, sekejap bangun, sekejap jalan, sekejap duduk. Macam siamang tunggal aku tengok!" Jerkah Mael. Bibirnya tersisip sebatang rokok Surya yang pasti dibeli dari 'megamall' Wak Parjo.

"Hampeh! Boleh dia samakan aku dengar siamang. Kalau dengan dinasour tu rasanya elok sikit. Boleh aje aku...." Pangkasku. Aku tak pernah sentap dengan gurauan Mael.

Dinasour?!
Tidak semena-mena lidahku ingin menyebut ayat yang pernahku gunakan pada Melati.

Kini, giliran wajah Melati meniti di ruang mata menggantikan mimik muka Fel yang selalu tampil menggoda.

Riak wajah Melati yang garang berjaya menepis bayangan Fel yang manja dengan begitu mudah. Seperti adegan pertarungan kickboxing sedang terpampang pada layar fikiranku.

Debussh! Satu tumbukan padu oleh Melati yang memakai head guard helmet serba merah tepat ke muka Felina. Ada cecair merah pekat mengalir dari hidung gadis itu sebelum kedua-dua lututnya menghentak lantai. Melati cuba untuk terus mengasak tubuh Fel dengan menggunakan kaki, mujurlah seorang lelaki berkepala botak menerpa kemudian menolak Melati dari terus menerjah tubuh Felina.

Saat ini, aku hampir menerpa ke arah Fel yang jatuh tersungkur di penjuru gelanggang.

"Tidaakkkk!!!" Tubuhku mula dihadang oleh dua lelaki berbadan besar setelah aku cuba meluru dan memanjat gelanggang untuk mendapatkan Fel yang telah longlai.

Seorang lelaki berbaju putih berbelang hitam membuat kiraan. Setelah berlakunya sepuluh kiraan, dua belah tangan referee bergerak secara bersilang menandakan bahawa Fel telah didapati knockout.

Bibir Melati mengukir senyum yang cukup sinis sambil menjeling pada Fel sebelum matanya merenung padaku. Tangan kanannya dijulang tinggi manakala tangan kirinya dilurus ke arahku.

Aku menjadi tergamam melihat perlakuan Melati yang begitu angkuh sambil meraikan kemenangannya. Terasa tekakku pahit setelah memandang pada Fel yang tidak berdaya untuk bangun lagi.

"Woi, John!!! Kalau bab berangan kau memang champion."

Bahu kiriku ditepuk kuat oleh tangan Mael. Barulah aku tersedar dari lamunan yang muncul seakan realiti.

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now