Bab 23 - Bila Bunga Di Petik Orang?

410 20 38
                                    

Eva Melati

Sehelai tudung dari fabrik satin yang bercorak abstrak terhampar di atas katil. Dibiarkan tudung itu terbentang tanpa diusik.

Aku sedang berkira-kira sendirian. Ada persoalan yang masih bermain-main di kepalaku.

'Perlukah aku keluar bersama abang Idris?'

"Hurmm... Pelik ni. Tetiba aje ajak aku keluar. Suruh pakai cantik-cantik pula."

Aku duduk di atas bangku kecil di hadapan meja solek yang mempunyai cermin besar. Dengan malas aku tetap mengoles wajahku dengan pemerah pipi sebelum mengilat bibirku dengan gincu berwarna rose bloom.

Walaupun hati ini berasa berat, permintaan abang Idris terpaksa ku turuti. Sungguh aku tidak tega menghampakan permintaan abang sepupuku itu. Belum pernah aku menolah ajakannya untuk keluar bersama. Tapi selalu keluar bertiga. Kadang-kala dia mengajak Dahlia atau Tuah untuk turut bersamanya. Tapi pelik, malam ini hanya kami yang keluar berdua.

"Kakak!!! Abang Idris dah sampai!" Suara Dahlia menjerit dari tingkat bawah. Belum sempat dapat jawapan, lelaki itu muncul. Sungguh pantas sekali.

Aku melihat ke arah jam tangan - lima minit sebelum jam lapan. Mamat tu memang selalu punctual apabila berjanji..

Aku mengambil tudung kemudian dililitkan ke kepalaku. Pada awalnya ingin bergaya dengan cara lilitan ala turban, namun otakku cepat teringat akan kata-kata John. Dia kurang menggemari fesyen tudung sedemikian. Sebelah hujung tudung aku lilitkan di leher tersu ke belakang, manakla sebelah hujung lagi aku biarkan terjuntai melepasi dadaku. Aku menyarungkan cardigan warna beige untuk melindungi t-shirt putih didalamnya. Celana palazzo berwarna sekata dengan cardigan menjadi pilihanku. Dua kali aku memusingkan tubuhku di hadapan cermin. Lewat kebelakangan ini, aku begitu menitikberat terhadap gaya dan penampilan. Sebolehnya mahu kelihatan cantik walaupun aku bukanlah seorang instafamous yang selalu lapar like dalam pengunjung laman sosial.

Tatkala kaki ini ingin melangkah keluar. Telefon bimbitku berbunyi. Isyarat ada mesej yang masuk.

-Hai Bunga, awak dah solat? Dah makan?-

Bibirku menggariskan sebuah senyuman. Bagai menjadi kelaziman, John aku bertanya perkara yang rutin aku lakukan.

-Hai awak. Solat... Done! Makan... Belum lagi, tak lapar!-

Balasku. Hilang segala rajuk yang singgah pada pertemuan sebelum ini.

-Awak rindu saya tak?-

Belum sempat aku menjawab pesanan dari John, sekali lagi kedengaran suara Dahlia yang menyeru namaku secara berulang-kali. Aku naik rimas dengan tingkah laku dahlia yang memekak di bawah.

Aku meletakkan telefon ke dalam tas tangan. Aku terpaksa bergegas turun untuk bertemu dengan abang Idris yang sedia menanti di bawah. Makin lama aku di dalam bilik, makin kuat laungan daripada dahlia. Tak pasal-pasal satu taman boleh dengar laungan Dahlia.

"Sorry abang. Lewat sepuluh minit!" Aku merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sebagai tanda memohon maaf daripada abang Idris.

Abang Idris tersenyum sambil merenung ke arahku. Tubuhnya ditegakkan namun dia tidak bangkit dari duduknya. Melihat kemunculanku, Dahlia mula berganjak untuk beredar dari ruang tamu. Tugasnya yang menemani abang Idris telah berakhir. Dalam beredar masih sempat dahlia menjelir lidahnya padaku. Kurang asam punya adik! Nak aje aku campak ke Lautan Atlantik. Baru dia kenal apa itu Paus Sperma.

Aku sedikit kehairanan dengan renungan mata abang Idris. Seolah-olah ada yang tidak kena dengan penampilanku. Ataupun dia terpukau dengan penampilan diriku yang anggun dan bergaya ini.

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now