Bab 22 - Duga

401 19 30
                                    

John

Sedar tak sedar masa telah berlari dengan pantas. Sudah melangkaui tiga bulan empat belas hari, aku menjalinkan hubungan cinta bersama Melati. Memang tidak aku menduga bahawa Melati telah menerima aku sebagai seorang sang kekasih untuk bertakhta di dalam hatinya. Sungguh aku berasa bertuah kerana gadis impian kini menjadi teman wanitaku. Yeebadu beduuuuu!

Namun tidak semua hari yang dilalui itu sentiasa cerah, sesekali pastinya hujan mendatang atau paling tidak muncul awan yang berarak mendung. Cinta tanpa ada rasa cemburu bagaikan kopi tanpa gula atau maggie kosong tanpa telur. Cinta tanpa hadirnya ujian ibarat bermain bola sepak tanpa adanya pasukan lawan. Ujian yang hadir mungkin akan menjadi penguat hubungan dan mungkin juga boleh menjadi sebagai pemusnah hubungan.
Apabila ditanya hala tuju hubungan kami berdua. Pernah aku suarakan sebegini pada Melati.

"Melati, saya ni cuma mat despatch! Kalau mak awak minta hantaran dua puluh ribu... terpaksalah saya jual lembu, kambing, gajah, zirafah kat kampung. Kalau tak cukup juga buka ladang buah naga pula.” Kataku serius walaupun dalam nada jenaka.

"Apa yang awak melalut ni. Bila masa mak saya minta dua puluh ribu. Jumpa mak saya pun tak pernah. Tetiba cakap pasal hantaran pula. Awak ni dah kenapa?!" Melati memuncungkan mulutnya.

Hah, elok sangat muncung bibir cenggitu. Kalau ada riben , nak je aku ikat mulutnya. Ataupun nak sangkut hanger. Baru dia rasa erti penyesalan kerana selalu bermimik duckface.

“Eh, tadi kan awak tanya pasal hala tuju hubungan kita. Saya jawablah seikhlas hari saya.” Aku menempelak cakap Melati.

"Awak!!! saya cakap bukan seperti kita nak kahwin esok. Saya nak awak berusaha ke arah itu. Cari kerja yang mampu sara hidup kita berdua dan anak-anak kita nanti!" Melati menjengilkan matanya pula.

Hish, banyak betul mimik muka yang Melati mampu buat dalam satu-satu masa. Kagum betul dengan kebolehan Melati. Mungkin dahulunya ketika uminya mengandungkan Melati, Uminya gemar menonton filem-filem yang dilakonkan oleh Jim Carrey. Mungkin boleh itu boleh terkenan pada Melati.

Wah, terkesima aku buat seketika. Melati bercakap pasal anak. Ting!

"Awak tahu cara nak buat anak?" Soalku yang tersenyum kambing seraya mengenyitkan mata pada Melati.

"Bongoklah kau ni!" Dengan pantas Melati mencubit lenganku.

"Adeh!!! Dia yang cakap pasal anak kita pula dicubitnya.” Telapak tanganku mengusap bekas cubitan yang telah hinggap pada lengan kiriku.

"Boleh tak sekali - sekala awak jadi serius. Cuba jadi matang sikit! Ini tidak... asyik dengan lawak yang tak empuk!" Marah Melati padaku. Kedua-dua belah tangannya sedang enak memeluk dirinya sendiri. Hurmm, bila pula dia nak peluk aku ye?

Aku mula menggaru kepalaku walhal tidak gatal. Salah satu tabiat yang spontan. Tapi takpe, dia marah banyak manapun aku tetap sayangkan dia.

"Sekali lagi awak buat lawak bodoh. Saya tinggalkan awak kat sini. Biar mereput seorang diri kat sini. Padan muka!" Sambung Melati bernada keras. Huuu... tatutnya titew!

Aku melempar pandangan ke arah Stadium Shah Alam yang tersergam kukuh dan megahnya. Aku mengamati rekabentuk bumbung stadium sambil cuba memahami falsafah architecture yang diterapkan oleh para arkitek yang telah merekabentuk stadium ini. Huh, buang masa betul aku memikirkan perkara itu kerana aku bukanlah seorang arkitek tetapi hanyalah seorang Peon yang berkaliber di company secretarial firm.

"Kalaulah dulu saya rajin belajar tentu saya tak jadi macam ni kan!" Keluh aku perlahan.

"Maksud awak? Hurm, bagi saya kan, tak perlu tengok di belakang kita. Kerana sejarah tak boleh diubah. Awak perlu rancang masa hadapan awak mulai sekarang. Takkan selamanya awak nak berada di takuk sama."

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now