Melati
Gementar jari-jemariku saat melihat kelibat John yang berjalan seiringan dengan seorang gadis berambut karat. Dari jauh, terlihat akan kemesraan di antara mereka berdua. Rasa bagai hatiku dihiris dengan belati yang paling tajam. Sakit sangat!
"Makanlah kakak! Dah kenapa dok termenung pula?" Tegur Umi.
Mungkin Umi perasan perubahan pada wajahku. Riak wajahku memang tidak mampu untuk sembunyikan rasa geram yang membuak-buak. Pun begitu, aku berpura-pura senyum di hadapan Umi.
Sebentar tadi aku terbuai dalam emosi. Fikiranku melayang pada John. Tak sangka pula, mamat itu berlaku curang denganku. Patutlah dia memberi alasan selalu sibuk. Rupa-rupanya keluar dating dengan perempuan lain. Tergamak kau buat aku begini, John!
Umi menoleh keluar kemudian kembali menatap padaku.
"Siapa budak lelaki yang kakak pandang tadi?" Soal Umi sambil menjongket kening.
"Budak mana? Mana ada tengok siapa pun!" Bohongku. Aku melingas mencari John lagi. Ternyata kelibatnya telah lama hilang.
"Kakak tak payah nak tipu Umi. Umi nampak kakak seperti tak senang duduk. Tadi, kakak sorok muka kakak dengan buku ni sambil tengok pada budak lelaki kat luar. Alih-alih budak tu keluar dengan orang lain. Jangan ingat Umi tak perasan apa-apa." Tegas Umi sambil jari menekan menu booklet.
Aku membuat mimik muka. Bibir dimuncung dan diherot ke sisi kiri. Secara tak sengaja riak cemberut terpamer.
"Itu boyfriend kakak kan? Budak lelaki tu rumah dia lorong tepi padang kan? Apa nama budak tu, hurmm... John betul kakak? Are you serious with him?"
Soalan Umi membuatkan aku meneguk liur. Tersentak sedikit.
"Taklah. Kakak kawan aje dengan dia." Jawabku tidak acuh.
"Kita makan dulu. Kalau sejuk tak sedap pula. Lepas ni, kakak nak cari kasutlah Umi. Boleh kan?" Sambungku dengan niat supaya Umi tidak lagi meneruskan soal-siasat tentang aku dengan John.
Dilihat Umi merenungku dengan pandangan yang tajam. Mungkin banyak perkara ingin ditanya namun seperti dia menahan sabar. Buat sementara waktu ini, rasa tak perlu panjangkan tentang perhubunganku dengan John pada pengetahuan Umi. Naluriku kuat mengatakan bahawa Umi tidak berkenan dengan John.
"Kakak... kalau boleh cari yang lain. Bukan Umi tak suka dia. But please!" Renungan mata Umi membuatkan aku menjadi serba-salah.
Aku bukan sahaja hilang kata-kata malah berasa segan untuk bertentang mata dengan Umi. Aku dapat menjangkakan bahawa aku bakal terjerumus dalam persimpangan yang mengundang dilema. Antara lelaki yang bergelar kekasih dengan ibu yang wajib dihormati.
Kepalaku tercantuk pada dua penumbuk tanganku. Dua belah siku menopang dahiku yang dirasakan begitu berat. Aku sedar bahawa kata-kata Umi merupakan satu arahan. Selera hendak makan hilang serta-merta. Nasi ayam Hainan dilihat tawar dan hambar.
John
"Kita nak makan kat mana ni?" Soalku sambil menjeling pada Fel yang seiringan denganku.
"Kita keluar dari sini. Kau naik kereta dengan aku."
"Habis tu, motor aku?"
"Tinggal aje motor kau tu kat sini dulu. Petang karang aku hantar kau kat sini. Risau sangat pasal motor dia." Pangkas Fel.
"Petang karang? Aku tengah kerja. Nanti bos aku tau aku mengulor. Masak aku babe!"
"Hish, kau ni takut sangat dekat Encik Harun tu. Jangan risau... Bos kau ada di Kuantan dengan papa aku. Kalaulah Encik Harun pecat kau. Aku boleh bagitau papa aku aje. Tau nanti apa aku nak buat."
YOU ARE READING
BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.
RomanceDIA adalah sekuntum bunga yang mekar mewangi.. Dia sang lebah yang gemar berkeliaran mencari bunga. Aku... eh..kenapa aku jadi tebuan... Arghhh.. Ini bukan cerita hero dan heroin yang agak klise.. sudah ditakdirkan aku dilahirkan menjadi 'hantu' d...