John.
Sudah tiga hari, Melati melancarkan mogok senyap terhadapku. Hari ini aku tersedar bahawa rupa-rupanya peperangan senyap ini lebih menyakitkan berbanding perang mulut!
Takkanlah disebabkan aku terlanggar kucingnya, dia sanggup boikot aku. Aku betul-betul tak sengaja tau. Kucing tu pun satu, apasal melintas jalan tak tengok kiri kanan. Tak pasal-pasal Melati marahkan aku. Sudahnya, Melati enggan bercakap apatah lagi berjumpa dengan aku. Sampai bila dia nak merajuk, aku pun tak pasti. Bukannya aku reti nak pujuk perempuan.
Panggilanku tidak pernah berjawab. Whatsapp hanya di blue tick sahaja. Kalau ikutkan kepala aku, nak aje aku panjat pagar rumahnya lalu berdiri di tepi tingkap biliknya. Baru dia kenal siapa aku yang mempunyai kuasa luar biasa - bisa terapung di udara setinggi 19 sentimeter dari aras laut dengan tempoh ketahanan 0.3saat. Daya tujah, F = m X a tidak dapat dikira kerana tachometer terhenti pada nilai kosong.
Belum lagi dikira daya inertia akibat geseran tayar motor pada permukaan asphaltic wearing course 50mm yang tak sengaja aku lakukan tiga hari yang lepas. Mujurlah tubuhku ada momen lentur yang membantu menentang gaya graviti, kalau tidak - maka berhuhulah aku tatkala pipi menjilat permukaan tar.
Semua itu aku tak peduli demi kerana chennnntaku padamu Melati!!!!!
Aku meletak tangan di atas dahi seraya mataku terkebil-kebil memandang kipas yang berputar di bawah siling asbestos.
'Bila Izrail datang memanggil. Jasad terbujur di pembaringan, seluruh tubuh akan menggigil... Terbujur badan dan kedinginan...'
"Woi... Aku hidup lagi lah.. siot kau Mael!" Aku menjerkah Mael yang baru muncul sambil memetik gitar Kapok.
Aku mengangkat kedua-dua tangan. Kononnya bersilat. Di ketika itu, mataku terpandang kesan luka yang mula menjadi parut pada lengan kiriku. Kerana seekor kucing milik gadis kesayanganku, aku rela diriku berparut. Kalau kucing orang lain, pasti aku terajang kucing itu biar jatuh longkang. Huh... wahai pencinta haiwan yang membaca kisah aku ni- jangan marah ye!
"Lu ni dah kenapa bro? Aku tengok macam ayam berak kapur aje." Sambung Mael.
Aku cuba untuk tidak mengendahkan pertanyaan dari Mael. Sebolehnya aku malas membuka mulut. Baik terkunci terus. Aku masih tidak tegar untuk berkongsi rasa kecewa tentang sikap Melati yang tidak membalas whatsapp dan enggan menjawab panggilan telefon.
Mael duduk bersila sambil memangku gitar Kapok. Jari tangan kanannya mula memetik tali lalu mengalunkan lagu Don't Cry dari Kumpulan Gun N Roses. Begitu lincah jarinya berlari di antara tali-tali gitar. Kekadang aku cemburu dengan bakal dan kebolehan yang dimiliki Mael.
"Aku sedang meneroka dimensi yang lain. Mungkin dalam dimensi sana, aku adalah transformer yang boleh bertukar menjadi helikopter Agusta AW109 atau pun kereta Mustang. Eh! kau jangan dengki pula bila aku jadi Mustang..." Jawabku acuh tak acuh. Walaupun hati ini dibungkam rasa resah namun aku masih ingin berjenaka. Biarpun Mael tidak ketawa mendengar lelucon itu namun ia mampu menghadirkan senyuman dari bibirku sendiri.
"Rupanya minda lu masih terkurung dalam usia lima belas tahun. Lu tak boleh tipu gua, bro. Gua tau lu tengah frust menonggeng. Sekali ikan di air, gua tahu jantan betina. Jangan lu cuba untuk terus berpura-pura dengan gua wahai sahabat sejatiku."
Malas pula untuk terus mendengar Si Mael membebel. Bukan sebab aku takut rasa sakit hati. Tapi otak aku rasa macam sudah penuh dengan pelbagai teori dan falsafah cinta yang bakal disembur oleh Mael. Tanpa berlengah, aku bingkas untuk bangkit lalu meninggalkan Mael yang duduk bersila. Rupanya dia langsung tidak pedulikan pergerakanku. Bibirnya disisip dengan sebatang rokok Surya, apabila asap terhembus ke udara maka aroma cengkih yang menerawang ke udara mula menyucuk rongga hidungku.
YOU ARE READING
BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.
RomanceDIA adalah sekuntum bunga yang mekar mewangi.. Dia sang lebah yang gemar berkeliaran mencari bunga. Aku... eh..kenapa aku jadi tebuan... Arghhh.. Ini bukan cerita hero dan heroin yang agak klise.. sudah ditakdirkan aku dilahirkan menjadi 'hantu' d...