Bab 16 - Cinta Si Pengacau

355 23 39
                                    

'John, jangan lupa! Aku nak kau pergi jumpa Joy petang ni.' satu mesej diterima daripada Fel menerusi applikasi WhatsApp. Dengan pantas seperti Gaban memakai baju perisainya, aku membalas pesanan tersebut dengan mengatakan aku bersetuju untuk ketemu Joy di butik pakaian yang diusahanya bersama Fel. Aku seakan menurut perintah Fel, sedangkan aku tidak mengetahui motif sebenar Fel menyuruhku bertemu dengan Joy. 

Ditemani lagu rock 90an yang berkumandang di melalui earphone, aku memecut vespa kesayangan menuju ke butik Joy. Kebetulan lokasi butik tersebut berada tidak jauh dari pejabatku. Walaupun pelbagai andaian sedang berkecamuk di dalam benakku. Aku tekad menurut kehendak Fel walaupun hati ini sedikit sangsi. Aku mengambil pendekatan yang cukup mudah, ' orang sudi berkawan denganku, maka aku turut terima dengan hati yang terbuka.' Tak usah menyemakkan kepala yang sentiasa semak. Hidup mesti selalu relax and chill.. Bersangka baik pada orang salah satu terapi hati menjadi tenang.

"Weh, datang juga kau.. Aku ingat kau tak mahu datang!" Kehadiranku disambut dengan kata-kata provokasi daripada Joy. Gadis itu tersenyum mengejek. Sengaja membuatkan hatiku membahang. Kehadiranku buat kali pertama disambut dengan ejekan. Cisskek betul!! Perempuan berambut pendek itu masih sempat menempelak aku yang berhati baik ini. Ikut suka hati nenek dia aje. Kan!!!

"Boleh tak kau jangan bersandar dekat almari kaca tu, kalau pecah karang, kau nak ganti tak?" tegur Joy seraya menjelingkan matanya kepada aku yang tersengih-sengih.

"Jika aku tidak boleh bersandar kat cermin ini, tentu aku boleh bersandar di bahu kau, kan?" Balasku sambil menjongket kedua-dua belah kening. Aku masih tidak mahu mengalah untuk menyakat gadis ini, biarpun ini kali kedua kami bersua-muka. Lagipun riak wajahnya yang mula garang menjadi kegemaran, malah juga kegeraman.

"Ciss!! Pervert!" Joy mencemuhku.

Sengaja aku mengusik gadis bertubuh genit yang berpakaian ala tomboy ini. Dengan mengenakan sepasang jeans yang terkoyak pada bahagian lutut dan peha, berkemeja lengan pendek bercorak kotak-kotak yang tidak dibutangkan. Eh, dia memakai t-shirt di sebelah dalam tau. Ditambah dengan beberapa akesori yang menghiasi leher dan juga dua belah telinga. Dia tampak kasual namun tetap anggun dan bergaya. Maklumlah tugasnya sebagai Image Consultant membawanya kepada penampilan yang sentiasa menarik sekali.

"Kau tahu tak apa beza kau dengan saterika.. Kalau saterika ni menghilangkan kedutan pada baju , kau pula menghilangkan rasa gelisah pada hati aku." Aku masih mencuba menyakat Joy yang sedang menyiapkan kerja-kerjanya. Aku melihat dia sedang tekun merapikan pakaian-pakaian untuk yang tergantung pada penyangkut. Sesekali matanya menjeling ke arahku. Setiap jelingan yang dilontarkan padaku, aku membalas dengan senyuman.

"Puihhh.. kau tahu tak apa kaitan saterika ini dengan kau pula.. Kalau aku panaskan saterika ni dan tepek pada muka kau tu, baru kau tahu erti penyesalan yang sudah tidak berguna!" Bentak Joy dengan wajah yang mencuka. Makin kelat akan riak wajahnya, membuatkan aku makin galak untuk menyakatnya. Ditambah raut wajah babyface yang dimilikinya membuatkan aku geram. Namun sekadar bergurau bukan membuatkan orang terpaut hati.

Kata-kata Joy membuatkan aku melopong seketika. 'Boleh tahan minah ni,'Menjawab!!!' Getus aku di dalam hati.

Joy menjeling lagi.. Nampak sweet pula...

"Dah .. jom ikut aku .. kita pergi ke saloon.. Repair rambut kau dahulu. Lepas tu, aku bawa kau untuk buat facial pula." Tutur Joy setelah meletak stand iron steamer ditempat asal.

"Weh... aku mana dapat gaji lagi!" Tingkahku. Merah padam muka aku apabila terpaksa mengaku bahawa kocek aku tengah kering-kontang. Namun biarlah aku berterus-terang sahaja.

"Itu kau tak payah risau.. Kali ini ada orang sponsor kau untuk buat semua treatment itu. Kali ini kira kau ni beruntung sikit...." Ujar Joy sebelum merapati kedudukanku. Kami hanya terpisah kedudukan dengan jarak sehasta. Renungan mata Joy bagaikan memukau hatiku. Namun hati ini tidak mudah goyah dengan renungan wanita, kerana hati ini sudah dimiliki oleh seseorang. Biarpun ' rasa cinta' ini hanya aku sahaja yang tahu.

"Siapa?" Aku kehairanan. Langsung tidak diduga olehku tentang perancangan Fel dan Joy adalah benar dan bukan sekadar gurauan mereka berdua. Sedarlah aku semua ini telah dirancang oleh Fel. Sungguhpun aku tidak mengenali mereka berdua dengan agak rapat. Dari lubuk hatiku, berasa begitu terharu dengan tawaran dan pertolongan daripada mereka berdua. Aku tidak lagi betah untuk menolak. 

"Jangan pura-pura tak tahu pulak. Kan aku cepuk kau sebijik!"

Tingkah-lakuJoy yang selamba membuatkan aku senang untuk berkawan dengannya. Perawakan yang sempoi menjadi tarikan untuk aku mendekati malah tidak keterlaluan untuk aku hulurkan tali persahabatan. Tak salah kan. Kerana 'kawan biarlah seribu, bercinta biarlah satu.'

"Weh, jomlah kita gerak! yang kau dok tenung aku lama-lama, apahal!!" Bentak Joy sambil mengherotkan bibirnya.

Eva Melati...

'Dah seminggu aku tak nampak muka mamat sengal itu. Mana dia pergi? Dah tak sudi datang ke sini ke?'

Dari pagi aku sibuk meninjau kelibat mamat sengal di dalam kafe ini. Langsung tidak kelihatan. Usahkan batang hidungnya nak nampak, bayang dia pun tak kelihatan. Dalam fikiranku, mungkin mamat sengal telah berasa fed up  terhadapku. Atau mungkin niatnya hanya sekadar bergurau denganku sahaja. Walaupun aku nampak seperti ada kesungguhan dalam dirinya untuk mendekati aku.

Aku mengeluh panjang. Jauh di dalam hatiku berasa sedikit ralat dengan sikapku yang 'jual mahal' kepada John. Bukan niatku yang sebenar, cuma aku mengambil langkah berhati-hati untuk memulakan persahabatan dengan mana-mana lelaki.

'Benarlah orang kata, bila dah tak jumpa.. Rindu pula! Eeuuuwww... aku mana boleh rindu pada mamat sengal itu. Geli aku!' 

Aku tersengih-sengih sendirian. Walaupun mulutku kata benci padanya, hakikatnya hati ini telah terpalit kerinduan. Ya, aku rindu untuk mendengar usikan darinya. Aku rindu mendengar ucapan 'pick up line'  yang kekadang tak menjadi itu. 

'Kenapa pula aku boleh teringat pada mamat sengal tu. Eh, tak kuasa betul.'
Dengan spontan aku menggelengkan kepala supaya dapat menyingkirkan ingatan kepada John.

Dalam teringat, aku tidak mengabaikan tugasku yang hakiki. Biarpun hati ini mula terusik kerinduan, cepat-cepat aku sisihkan supaya tidak kelihatan ketara. Segan weh, kalau rakan sekerja menyedari aku berkelakuan aneh.

Sedang aku meletakkan sebiji red velvet cake di dalam rak, seorang lelaki datang mendekati diriku dari arah belakang. Aku sekadar melihat pelanggan itu dari hujung mata tanpa terus meluru mendapatkannya. Sengaja aku memberikan ruang dan masa kepada pelanggan membuat pilihan. Lagipun aku sedar, bahawa terdapat golongan pelanggan yang tidak suka diganggu ketika membuat pilihan sebelum membuat keputusan pembelian. Namun ada juga yang lebih gemar bersoal-jawab dengan panjang-lebar tetapi tidak melakukan sebarang pembelian. Lain orang lain ragam!

"Melati!" 

Namaku diseru dari arah belakang. Aku menegakkan badan dari kedudukan membongkok. Aku berhenti seketika perbuatanku yang mengatur susunan kek di atas rak.

'Eh, mamat ni kenal aku ke?' Getusku. Aku masih pegun dan tidak menoleh ke arah suara itu. Tiba-tiba jantung berdegup kencang.

"Hei ..awak dah tak nak pandang saya ke?" Sambung lelaki itu  setelah aku masih berdiam diri.

'Aku macam kenal suara ni!' Tiba-tiba  hatiku melonjak gembira.

Dengan lambat-lambat aku memusingkan tubuh supaya berhadapan dengan lelaki yang berhadapan dengan aku.

"Awak!!!" Aku sedikit terkejut. Satu kehadiran yang tidak ku sangka.

Tanpa sengaja aku mengukir satu senyuman. Cukup membuat hati ini gembira.

'Adakah aku sebenar rindu padanya.'

***bersambung***

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now