John
Asap putih berkepul-kepul dilepaskan dari corong hidung dan mulutku. Telinga dan mataku hanya fokus pada kugiran yang sedang mempersembahkan beberapa buah lagu yang kegemaran. Malam ini, kumpulan Mael kembali beraksi setelah sepuluh hari berehat.
Kemerduan suara Joned yang sedang mendedangkan lagu Dealova berjaya menarik perhatian ramai pengunjung food court untuk mendekati kedudukan kumpulan busker itu. Nyanyian daripada Marheanis Busker bukan sahaja berjaya menenggelam hiruk-pikuk keadaan semasa malah mengheret jiwa untuk menjurus pada perasaan melankolik.
"Best sangat ke rokok tu sampai sekarang kau tak reti-reti nak berhenti lagi?" Suara seorang perempuan menerjah gegendang telingaku.
Aku berpaling ke kanan setelah berasa seperti ada 'makhluk asing' yang baru sahaja tiba entah dari planet mana. Kepalaku mendongak sedikit ke atas untuk melihat gerangan yang tercegat di sebelahku.
"Haih... Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul! Beri salam pun tidak. Siap sound aku lagi. Mau tak bengkek!" Sindirku spontan.
Fel melabuhkan duduk di birai pedestrian walk yang dibina dengan paving block. Duduknya adalah terlalu dekat denganku hinggakan haruman dari tubuhnya menyucuk hidungku. Sangat wangi! Tentu perfume yang dipakainya adalah berjenama dan mahal harganya. Sekilas, aku mengerling ke arahnya sebelum putung rokok ditonyoh pada permukaan tar.
"If smoking make you calm, give me one!" Begitu pantas tangan Fel merampas kotak rokok dari genggaman tanganku. Fel membuka penutup kemudian mengeluarkan sebatang rokok.
"Hey, don't you dare! Not good for your health! Kau tengok gambar pada kotak rokok tu. Kau rasa?" Aku cuba merampas semula rokok yang berada di tangan Fel tetapi gagal.
Fel meneliti kotak rokok dengan penuh minat. Sebatang rokok masih dijarinya seperti hendak disisip ke bibir.
"Ooo, kau tahu benda ni bahaya! Habis tu, yang kau still smoking tu kenapa?" Mata Fel terbeliak padaku.
"Addict. My simple answer."
Eh, tetiba aku ter- speaking London. Lantaklah betul atau salah. Bukannya aku hendak ambil SPM lagi."Huh, alasan!"
"Addict! Like your. Addict to Idris. Oh sorry, actually you were obsessed!" Sambungku sambil menoleh pada Fel.
Fel mencebik sebelum mencampakkan kotak rokok ke kakiku. Marah nampak!
"Hei, John tak nak kenalkan awek kau tu pada kitorang? Selama aku kenal kau, tak pernah kau bawa mana-mana awek ke sini. She the first!" Laung Joned dengan mikrofon.
Aku berasa seperti semua mata yang berada di sini memandang ke arahku. Aku cuba tersengih. Buat-buat macam tak dengar. Sempat memandang pada Fel yang tersenyum simpul. Barulah aku sedar bahawa Fel nampak lebih anggun bila rambut disanggul tinggi sekaligus memperlihatkan lehernya yang jinjang.
Makin lama aku duduk berdiam diri, makin sakan Joned menyakatku. Malam ini, nampak seperti Joned memperolehi peluru untuk menembakku secara bertalu-talu.
Aku terpaksa bangun sambil mencuit lengan Fel. Meminta dia untuk turut melangkah ke arah Joned dan kumpulannya.
"Guys, aku kenalkan ini Fel. Fel, yang ini Joned sebagai vocalist. Ini Mael, lead guitar. Yang janggut panjang itu abang Nasir main bass guitar dan yang belakang itu, Wan percussion." Tuturku sambil ibu jari kananku menghala pada setiap anggota kumpulan Marhaenis Busker seorang demi seorang.
YOU ARE READING
BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.
RomanceDIA adalah sekuntum bunga yang mekar mewangi.. Dia sang lebah yang gemar berkeliaran mencari bunga. Aku... eh..kenapa aku jadi tebuan... Arghhh.. Ini bukan cerita hero dan heroin yang agak klise.. sudah ditakdirkan aku dilahirkan menjadi 'hantu' d...