Bab 41 - Merak Kayangan, Gagak Di Rimba

356 24 20
                                    

John

Alhamdulillah, syukur di atas nikmat yang diberikan. Aku kekenyangan. Mujurlah mataku belum mengantuk lagi. Dapatlah aku meredah keheningan malam dengan rasa selamat dan selesa. Motor ditunggang menuju ke rumahku, itulah syurgaku. Konon! Biarpun sesekali tengok macam kapal pecah! Janji ada tempat untuk berteduh.

Aku menongkat vespa bersebelahan dengan Y15ZR kemudian berjalan untuk mengunci pagar. Dari sini aku mampu memandang lorong ke arah rumah Melati. Meskipun rumahnya tidak nampak namun memandang lorong sudah cukup bagiku.

Eh, gila apa?!

Aku tak jadi kunci pagar. Lalu kembali mendapatkan vespa yang enjinnya masih lagi hangat. Jentera beroda dua itu dihidupkan sebelum bergerak keluar dari kawasan porch.

Jam sudah menginjak ke angka 11.25 malam. Aku menunggang Vespa semata-mata untuk melewati hadapan rumah Melati.

Orang cakap, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadi!

Aku berhentikan Vespa tanpa mematikan enjin. Pandangan dihala pada tingkat atas rumah banglo itu. Konon-konon ingin melihat Melati yang bersidai di jendela. Berangan seketika. Melihat susuk Melati yang diimaginasi seperti Ranpuzel yang menyisir rambutnya di birai jendela. Sedang menyisir rambut yang panjang mengurai sambil mengukir senyuman yang paling menawan. Si cantik sedar bahawa senyuman manis itu sekadar melindungi pahit di hati. Sayangnya si rupawan tak ubah seperti tawanan yang terkurung di dalam menara.

Tapi Melati bukan Ranpuzel, jauh sekali Cinderella.

Bukan juga Tun Teja atau Dang Anum.

Mustahil dia seperti Puteri Gunung Ledang atau Puteri Gunung Tahan.

Fantasi bagai menjenguk awan sedang kaki masih terpasak pada tanah.

Realitinya? Aku sayangkan Melati dan aku juga mula sayangkan... Felina.

Eh, tak mungkin dua!

Imaginasiku pecah dan terbang melayang ke langit yang gelap. Kemudian ia dibawa angin yang mungkin akan mudik ke hulu. Lalu imaginasi itu akan tersadai di puncak gunung.

Suasana malam kian sepi. Bunyi salakan anjing membuatkan aku sedikit gementar.

Baik aku blah sekarang. Tak pasal-pasal dituduh pencuri pula.
.
.

"Baru balik dating ke, brader? Amboi, makin lama gua tengok lu makin berseri-seri. Tadi lu pergi kursus kahwin ke? Tak pernah gua tengok lu pakai kurta. Dah macam PU Riz pula!" Tegur Mael setelah kakiku berpijak di lantai rumah.

"Woi, PU PU jangan sebut. Aku bukan ada aura ke lapan belas, sembilan belas tau. Lagipun aku tak nak kahwin baru pastu cerai bini tua."

Badanku menghenyak sofa dan tanganku sempat mencapai sejilid novel cinta yang dipercayai milik Joe Jambul yang berjudul 'Mr. CEO, I love you...'

Huh!

Office boy a.k.a mat peon macam aku ni jangan harap dapat I love you bagai.
Siapa yang nak pandang andai tiada darjat dan harta?

Mentang-mentang jumpa jantan level CEO, senang-senang nak ber 'I love you.' Hastag love you till jannah.
Konon.

Kalau jumpa yang level mat peon, apa pula kau nak cakap? 'Mat Peon, you not my taste.'

Hoi, ini semua poyo!!! Bak kata Datuk Awie.

Aku mencebik. Bukan kerana beremosi dengan judul novel itu. Cuma terfikir, andai darjat dan pangkat diutamakan demi meraih cinta. Bagaimana pula dengan nasib rakyat marhaen yang sedang ingin bercinta? Ya, marhaen seperti aku.

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now