Bab 1- Ini Aku !!

4.8K 74 57
                                    

INI aku... Siapa AKU?

Aku sendiri kekadang tak faham kenapa aku adalah aku... aku bukan dia.. dan dia itu sudah tentu bukan aku.. .. Jawapannya mudah. Tuhan telah menciptakan aku sebagai aku yang diciptakna olehNya... Mudah kan.. So, aku sudah berhenti berfikir untuk soalan itu.

Ya.. aku seorang lelaki, berambut sedikit ikal dan berwajah bujur. Warna kulitku tidak terlalu cerah atau gelap. Alah.. seperti orang melayu ..sawo matang.. berat badan aku kurus dan ketinggian mencecah 172cm.

Aku mengaku aku tidaklah sehensem housemate aku yang sorang itu.

Tapi tak kisahlah aku hensem atau tak.. yang penting kalau tengah bulan si housemate aku yang hensem nak mampus tu akan paw meggi dan telur ayam yang aku punyer.

Kawanku... dengan kehenseman dia setaraf bintang pelem tidak menggugat kedudukan aku walaupun dia sering mendapat perhatian daripada gadis-gadis.

Walaupun aku tidaklah sekacak teman serumahku.. tetapi...

Apabila aku berjalan-jalan di shopping mall.

Pasti... Pintu kaca akan terbuka automatik untuk menyambut ketibaanku.

Pasti.. l.ada gadis-gadis berjalan di belakangku. Eh... selalunya ada makcik-makcik.

Pasti... mendapat senyuman daripada gadis-gadis ketika aku seperti memilih barangan di gerai-gerai.. Bila aku blah muka mereka ..masam mencuka.. tentu mereka kecewa kot!!

Pasti.... ada gadis-gadis menyambut huluran tanganku ketika potret Agong yang pertama berada di jariku.

Arghhhh... hensem atau kacak bukan jadi ukuran apabila aku masuk KFC apabila gadis itu bertanyakan yang 'original atau hot and spicy' sambil merenung wajahku.

Tetapi yang paling mengujakan.. apabila staff perempuan di pejabatku ada yang menegurku "kenapa seluar you basah" apabila aku keluar dari toilet.

Ada juga dia tersengih-sengih sambil datang berbisik kepadaku.

"Eh, zip seluar you rosak ke?"

Haha... aku tak perlu menjadi hensem hanya semata-mata mendapat perhatian dari perempuan.

Jadi.. adakah aku dilahirkan semata-mata untuk mendapat perhatian daripada wanita?

Tentu tidak!!!

Kerana tugas aku adalah khalifah di bumi ini.... Eh, betul ke?

Tak perlu pening-pening fikir lagi...



BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now