Melati
Nasi yang terhidang, sedikitpun tidak dijamah. Lauk-pauk dilihat tawar meskipun hidangan yang sebegini sudah biasa dijamah. Nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, acar timun dan ayam masak merah seperti tidak mampu mengundang seleraku. Apa yang dilihat semuanya dirasakan tawar.
"Kak, aku lihat kau ni macam putus cinta aje? Biasanya orang yang putus cinta ni kelakuan macam akak. Manjang monyok, lepastu dok termenung tak sudah-sudah!" Tegur Dahlia.
Kata-kata Dahlia tidak diendah. Malas nak bertekak dengan puteri bongsu umi yang seorang ini. Aku bangkit dan meninggalkan meja. Membiarkan Dahlia dengan konklusinya. Buat seketika, aku ingin bersendirian.
Aku kembali ke bilik. Berlegar-legar mengelilingi ruang bilik sebanyak tiga kali sebelum duduk berlunjur di atas katil dengan ditemani teddy bear pemberian John.
Maka, melangutlah diriku di sini.
"Mula hari ni, umi tak mahu kakak ada apa-apa hubungan dengan budak tu lagi. Kakak kena dengar cakap umi."
Bayangan umi menjelma di hadapan mata. Semalam, aku hanya tunduk dan diam. Hanya itu yang mampu dilakukan. Jika menjawab cakap umpama aku melawan umi.
Kata-kata umi sudah menjadi arahan mandatori buatku. Hendak diturut, jiwaku bakal sengsara. Hendak disanggah, tidak mungkin. Jika aku duduk terperuk dengan melayan emosi, mungkin kepala ini akan bertambah serabut. Ada baiknya aku keluar.
Aku membuka pintu almari. Mencari sehelai bawal printed bermotif bunga tulip diletakkan di kepala. Sepasang baju kurung cotton berwarna biru gelap yang telah siap digosok bakal disarung ke tubuhku. Agak jarang aku memakai baju kurung berbanding dengan blouse dan skirt panjang.
Aku bersolek ringkas, cukuplah untuk melindungi wajah yang muram. Aku cuba senyum di hadapan cermin. Senyuman yang terpamer, nampak sangat fake!
Biarlah!
.
.Meskipun tiada arah yang ingin dituju, kini aku sedang memandu dan menghala ke arah SACC Mall. Hujan mula gugur dengan lebatnya. Ia bagai memaksaku untuk masuk dan parkir di kawasan SACC Mall. Mungkin takdir yang membawa kakiku untuk melangkah ke sini.
Berjalan-jalan secara bersendirian bukan sesuatu yang asing buatku. Rasa lebih selesa. Inilah cara untuk memujuk hatiku supaya tenteram.
Setengah jam telah berlalu, aku sekadar berlegar-legar di dalam bangunan ini. Aku tiada tujuan yang spesifik melainkan sekadar mencuci mata dengan melihat barangan yang dijual. Bergerak dari satu outlet ke satu outlet yang lain.
Setelah penat berlegar, aku mengambil tempat duduk di dalam Secret Recipe. Tekakku terasa haus dan teringin untuk menikmati kek chocolate indulgence.
"Melati..."
Agak lambat untuk aku mengangkat muka. Aku kenal sangat dengan suara itu. Kenapa dia muncul ketika ini? Adakah ini satu kebetulan?
Aku melihat seorang lelaki berjaket kelabu berdiri di hadapan meja. Sejujurnya aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
Perlukah aku diam dan membisu?
Perlukah aku bangun dan berlalu?Aku gugup hingga tidak tahu apa ekpresi wajahku.
Dadaku bergemuruh.
Aku melarikan mataku dari terus memandang pada renungan matanya.
Kenapa aku perlu jumpa dia di saat aku harus melupakan dirinya?
John tercegat. Raut wajahnya seperti biasa. Tidak langsung nampak orang yang sedang dirundung kecewa. Dia bukan seperti aku.
"John, duduklah dulu. Mungkin ada sesuatu yang awak hendak cakap dengan saya."
YOU ARE READING
BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.
RomanceDIA adalah sekuntum bunga yang mekar mewangi.. Dia sang lebah yang gemar berkeliaran mencari bunga. Aku... eh..kenapa aku jadi tebuan... Arghhh.. Ini bukan cerita hero dan heroin yang agak klise.. sudah ditakdirkan aku dilahirkan menjadi 'hantu' d...