Bab 12- Gila Bayang

591 32 53
                                    

Just call me John. Sila layan lagu baru dari kumpulan Ukays .. I love you, I miss you.

SEDANG enak duduk bersantai menunggu masa untuk balik, aku sempat melayan 'Mobile Legend' dan berteman satu pek kacang tanah cap Ngan Nyin yang berjaya aku rembat dari Kak Tina Pom-Pom sebentar tadi. Sekiranya tiada sebarang kerja di luar pejabat, aku lebih selesa melangut di sini berbanding keluar 'mengular' seperti rakan-rakan yang lain. Almaklumlah kat pejabat ni ada Wi-Fi. Boleh lah layan apa yang patut! Masa masih berbaki 40 minit sebelum waktu kerja berakhir.

"John, mari sini!!!"

Nama glemer milikku berkumandangan ke udara dengan kekuatan 90dB. Fuh, tidak lain tidak bukan suara itu kepunyaan En. Harun Ismet Ulam Raja, boss dimana tempat aku mencari rezeki ini. (Nama Ulam Raja itu aku yang gelarkan. Seperti dalam filem P.Ramlee. Ismet Ulam Raja.)

"Aku nak kau serahkan dokumen ni kepada Dato' Rosdi. Ingat serah kepada Dato' Rosdi sahaja dan jangan beri pada orang lain. Aku dah bagitahu Dato' yang kau akan serah pada dia sebelum pukul 5.30 petang ni. Sekarang Dato' sedang tunggu kau di pejabat. Kau pergi hantar dokumen ni segera jangan melencong ke mana-mana. Lepas kau selesai hantar, aku tak kisah kalau kau nak lepak mamak, tengok wayang ke, lepak taman ke, keluar dating dengan awek Coway ke. Itu aku tak kisah janji kau hantar dokumen ini terlebih dahulu. Kau faham tak! Kau ada masa setengah jam untuk settle benda ni. Kalau dokumen ni tak sampai pada Dato'.. siap kau! Bulan ni aku potong gaji kau 50 percent!!!" Mulut boss tak ubah sepeti bertih jagung yang tengah meletup-letup. Non-stop!

'Fuh, panjang bebenor titah perintah boss aku petang ini.'

"Baik bos... tapi.. tapi..." Aku tersengih seperti kerang, sambil menggaru-garu rambutku yang belum dilakukan teknik rebonding. Aku akur dengan arahan majikan kerana inilah tugas hakiki sebagai mat despatch yang terlatih dan profesional. Ketika itu, kelulumur mulai jatuh berguguran seperti salji putih ke atas bahuku. Kebetulan aku memakai kemeja hitam maka penampakan salji yang memutih di situ.

"Hisshhh.. ni takde benda lain." Gerutu En. Harun sambil tangannya memasuki ke ke dalam kocek seluar seperti mencari-cari sesuatu.

"Alaa boss, gaji lambat lagi!" Aku masih tersengih dan tubuh meliuk-liuk seperti lalang yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

"Nah, ambil ini. Tapi ingat, aku tolak gaji kau bulan ni." Dia menghulurkan sekeping not berwarna merah kepada aku.

"I love you lah Boss!" Jawabku dengan nada yang tersangat girang setelah wang kertas itu disambut olehku. Aku sangat kenal perangai boss, walaupun dia mulutnya macam laser tetapi hatinya baik. Duit yang dihulurkan tak pernah dikiranya. Hanya sekadar ugutan semata-mata. Belum pernah dia menolak gajiku.

"Dah, pergi cepat. Dato' tak suka menunggu orang. Dan satu jangan lupa beli shampoo anti-dandruff. Aku tak suka ada salji yang memutih di dalam pejabat aku." Masih sempat En. Harun menyindirku. Sekejap sahaja, kelulumur yang memutih pada bahu disingkirkan dengan tapak tangan.

Untuk ke pejabat Dato' Rosdi hanya mengambil masa 30 minit dari pejabatku. Dengan kelajuan 80km/j, aku menunggang motor dengan berhemat tanpa sebarang aksi superman, wheelie atau weekang yang perlu dilakukan cuma aku perlu mencilok-cilok tanpa memecahkan side mirror kereta orang lain, aku pasti akan tiba ke pejabat Dato' Rosdi sebelum jam 5.30 petang. Memang aku agak familiar dengan pejabat dato' Rosdi kerana saban minggu aku terpaksa ke sana untuk menghantar beberapa dokumen.

"Hello sweetie, Dato' ada kat dalam ke? Aku nak serah dokumen ni." Aku menegur seorang gadis receptionist yang ralit menata rias wajahnya dengan sebatang berus. Gadis yang memakai cermin mata berbingkai bulat mendongakkan kepala memandang akan wajahku yang tampan bergaya ini.

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now