Bab 9 - Biar poyo janji jujur!

609 38 51
                                    

Aku John .. John apa? John Travolta? John F Kennedy? John Lennon? John Labu?  Ohyeah John Labu .... 'Asal aku mimpi je ko datang, asal aku mimpi je ko datang... ko niii memang tak boleh tengok aku senanglah Labi!' 

Nota: Lagu Rock Jiwang tangkap leleh semua yang dilampirkan mesti ada perkataan bunga.

"Cisss.. kerek dowh minah nih!" Aku mampu bergumam setelah dia melangkah pergi bersama si kucing parsi. Ketika itu, pandangan mata kami bertembung- matanya bulat bercahaya tidak berkedip. Rupanya mata kucing itu memang berkilauan pada waktu malam. Hanya kucing yang mengiyau bukan manusia yang mendokong. Woi, kucing pun pandai ucap terima kasih!!

Aku menghantar langkah kaki 'bungaku' sehingga ke perkarangan rumahnya. Dari itulah aku tahu di mana lokasi rumahnya. Esok aku akan 'save' koordinat rumahnya untuk rujukan GPS tatkala aku sesat kelak. Biarlah aku sesat dalam mencari cintamu wahai bunga. Choiii!! Takyah feeling sangat bro!

Di keheningan pagi di kala mentari telah memancarkan sinarnya, aku memulakan langkah dengan berjalan kaki dan perlahan-lahan berubah berlari-lari kecil melewati kawasan perumahan menuju ke padang permainan yang berada di hujung sana. Waktu pagi yang menginjak ke pukul 9.00pagi (pagilah sangat ni?) yang indah dan mendamaikan jiwa sangat elok untuk beriadah- mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Daripada tidur terbungkam dalam bilik lebih baik keluar beriadah biarpun mentari mula memacar tenaga UV yang bakal merosakkan struktur kulit yang semulajadi bertona sawo matang. Eh, aku kan lelaki melayu- tiada langsung darah campuran kecuali campuran benih mak dan ayah aku. Korang belajar sains kan. Dah tak payah nak explain lebih-lebih bagaimana benih itu boleh terjadi. Susah aku nak huraikan kromosom X, Y , XY, fetus, janin,bayi dan macamana itu semua terjadi. Aku bukan nak ambil SPM lagi.

Aku bejogging melewati seorang gadis bertudung berwarna hitam berbaju biru  berlengan panjang dipadankan dengan trek hitam, seperti leka membelek-belek sebiji handbag berwarna pink. Aku sekadar memandang dan menjeling hingga naik juling melihat telatah gadis itu yang begitu ralit meneliti setiap inci handbagnya. Aku kenal akan gadis itu. Baru semalam dia muncul dengan wajah yang menyinga di hadapan pagar rumahku. 

Semalam dia sombong padaku, maka pagi ini aku akan sombong padanya. Biar dia tahu aku bahawa aku juga ada hargai diri - tak mudah terhegeh-hegeh pada yang tak sudi. Biar padan dia... Eh, muka aku lah!

"Tolong! Beg aku.. beg aku!!" Telingaku dapat menangkat jeritan suara seorang perempuan.

Aku menoleh kebelakang.. Sah, gadis yang berdiri di tengah-tengah 'pedestrian walk' itu telah diragut oleh seseorang. Beg yang dipegangnya dilarikan oleh pemuda kurus berbaju hijau- dan kebetulan berdesup melintasi hadapanku. Aku hanya tercengang seketika. 

Kepala aku menoleh ke arah lelaki yang merampas handbag 'bunga' yang sepantas kilat melompat pada belakang motor Honda EX5 yang ditunggang oleh seorang lelaki lain yang memakai helmet apollo warna merah. Sekilas aku melihat si bunga yang rebah dan lututnya mencecah 'paving block' - tampak wajahnya berkerut seperti mengerang kesakitan.

Sekali lagi aku menoleh ke kanan- pastinya dua makhluk perosak itu telah melarikan diri entah ke mana. Berdoa semoga mereka akan dilanggar lori IWK kelak. Baru tak sempat mengucap!! (Mendoakan musibah kepada saudara seagama amatlah dilarang oleh Rasulullah SAW)

"Hei.. awak! Kenapa tak halang setan gondol tadi!" Gadis itu berteriak. Dia meluruskan kakinya sambil mendesah menahan kesakitan.

"Hah! Awak ingat saya polis angkasa Gaban, boleh suka-suka lawan penyagak tadi." Aku bergerak beberapa tapak ke arahnya dan kemudian berhenti. Merenung ke arah wajahnya, walaupun sakit tetap mencuka. Lol! dah sakit takkan nak ketawa. Biol!!

BUNGA, LEBAH DAN TEBUAN.Where stories live. Discover now